Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
| Responsibility |
" Sarah. "
" Ya cik Haeun ? "
" awak ada sembunyikan sesuatu daripada saya ? " soal Haeun. Manakala Sarah sudah mula berubah muka.
" kenapa cik tanya macam tu ? "
" awak dah lebih 10 tahun bekerja disini. Jadi pembantu peribadi saya. Takkanlah awak tak tahu sesuatu pasal keluarga saya langsung ? "
Sarah terdiam. Aku hanya tersenyum sinis memandang kearah lain.
Dah agak.
Nampaknya mereka semua lebih tahu tentang latar belakang keluarga aku dari diri aku sendiri. Menyedihkan.
" Cik Haeun.."
" saya dah tahu. Lelaki gila tu beritahu saya. " ucapku terus. Dahi Sarah berkerut bila mendengar aku sebut tentang lelaki itu.
Bercakap tentang dia , lagilah buat aku rasa sakit hati. Nak lihat wajahnya pun boleh buat aku rasa menyampah lagilah nak bersemuka.
Macam nak tumbuk je muka dia sekuat hati. Biar padan muka dia dah tak handsome lagi. Padan muka !
Nanti,
Aku cakap dia handsome ke?
" nampaknya cik tak sukakan Tuan Jungkook. " duga Sarah sambil tersenyum.
" memang pun. Aku benci dia. Sampai mati pun aku tak suka dialah ! Dia ingat dia tu bagus sangat ? "
" cik, saya ada dengar yang benci akan bertukar jadi sayang. Jangan benci sangat nanti jadi lainnya. "
" sayang ? tak mungkin! Sampai mati pun aku takkan suka dia apatah lagi sayang. Cukuplah dia dah buat aku rasa benci , aku dah merana disebabkan dia. " ujarku sendiri.
Kerana wasiat yang tidak ku sangka , aku terikat dengan lelaki itu. Jeon Jungkook lelaki yang akan menjaga aku sampai aku berumur 20 tahun.
" cik Haeun , dah-dahlah tu rasa marahnya. Koyak juga cadar katil tu nanti. Cik Haeun pergilah bersiap. Tuan Jungkook kejap lagi nak jumpa. "
Perbuatan menarik cadar terus terhenti. Bila rasa geram semua benda aku buat tak perasan. Lantaklah cadar koyak sekalipun dia tak rasa hati aku rasa sakit macam mana.
Aku senjaga berlambat untuk bersiap. Sepatutnya aku perlu mandi dan bersihkan diri pada waktu sekarang ini. Lelaki itu mahu berjumpa dengan aku pada petang ni.
Biar dia tunggu aku lama.
Padan muka !
......
" banyak lagi kerja aku nak buat bukan nak menunggu kau sahaja." tegur Jungkook dingin.
Cawan kaca diletakkan di atas meja. Matanya tajam melihat kearah Haeun yang baru sahaja duduk dihadapanya.
" kalau banyak kerja tak usah datang ke sini. Tak datang terus pun tak mengapa.
" saya ikut cakap awak disebabkan saya terikat dengan wasiat appa saya. Memang sekarang saya adalah tanggungjawab awak tapi tak bermakna saya akan ikut kesemua perintah awak Tuan Jungkook."
" aku nak berjumpa kau ni bukan sebab nak bincang hal ni. "
" fine, teruskan."
" seperti apa yang mendiang Kim wasiatkan , dia mahu aku jaga kau. Bermakna segala yang berkaitan dengan diri kau aku perlu tahu. Kau akan diberikan pendidikan secara peribadi. Tak perlu datang ke sekolah kau lagi selepas ini. Aku dah upah tutor terbaik yang akan mengajar kau. Kau tak dibenarkan keluar dari rumah ini tanpa pengetahuan aku. Sarah dan yang lain akan jadi mata aku semasa ketiadaan aku disini. "
Haeun sudah ternganga bila mendengar ayat yang Jungkook beritahu. Dia memang betul-betul sudah lebih.
" Jungkook, awak nak kurung saya kat dalam rumah ni? Awak dah melampau ! Saya ada kehidupan saya sendiri. " Haeun mempertahankan haknya.
" ini semua semua tentang keselamatan kau. Dengar cakap aku. Semuanya akan berubah bila kau dah berumur 20 tahun nanti. Kau akan tahu jawapannya."
" jangan disebabkan awak dah diberi kepercayaan oleh appa saya awak boleh buat sesuka hati awak sahaja." ujar Haeun dengan pandangan tidak puas hatinya.
" ini untuk kebaikkan diri kau sendiri. " ucap Jungkook turut memandang Haeun dengan sebuah senyuman.
Haeun terdiam. Jungkook memang pandai menghancurkan mood dia. Lelaki tak guna.
" lepas ni aku jarang datang ke sini. Ada kerja dekat luar negara yang perlu aku uruskan segera. Ingat Haeun , dengar cakap aku dan aku akan layan kau dengan sebaiknya."