t w e n t y | o n e

2K 221 2
                                    

| The Last Heirs |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| The Last Heirs |


" dia memang agak keras kepala, aku minta maaf bagi pihak dia."

Tiada balasan daripada Haeun. Masih termenung di ruang balkoni rumahnya. Angin malam yang sejuk mula menyapa ruang tubuhnya. Tapi dia langsung tidak kedinginan.
Lelaki itu pun Haeun tidak menghiraukannya.

" kau akan selsema nanti. Jangan berlama duduk disini-"

" saya tak sangka pun awak ada seorang adik."
Percakapan Jungkook dipotong oleh Haeun. Perlahan dia melangkah dan berdiri di sebelah Haeun. Pandangan mereka berdua dihalakan ke arah langit yang gelap itu.

" banyak lagi yang kau tak tahu tentang aku, Haeun."

" termasuklah penyebab kedua ibubapa awak mati disebabkan oleh keluarga saya ? "

Jungkook terdiam untuk seketika. Dia melihat wajah gadis itu dari arah dekat. Haeun juga turut melihat dirinya.

" itu semua kisah lama. Dan sekarang kau perlu bina kehidupan yang baru."

" awak yakin ke dengan perkahwinan ini akan hadirnya rasa bahagia ? Saya tahu awak banyak sorokkan sesuatu daripada saya. Beritahu saya Jungkook, disebabkan keluarga sayalah ibubapa awak mati kan ?! "

" Haeun, masa tak boleh diputar semula. Kesilapan itu takkan pernah hilang. Lupakan dan fikir tentang masa depan kau sendiri."

" masa depan ? Sejarah silam saya tak perlu tahu ? Jungkook, saya rasa macam orang bodoh. Saya duduk dalam keluarga ni dan saya tak tahu apa pun tentang keluarga saya langsung. Awak takkan faham."

Haeun kembali membuang pandangan ke luar. Tidak sanggup untuk menatap wajah itu lama.

" you're the only one that must we protect. Itu pesanan Tuan Kim sebelum dia meninggal dunia. Awak adalah penyelamat bagi keluarga awak sendiri sebenarnya Haeun."

" jangan nak bercakap perkara yang mengarutlah Jungkook, saya dah penat nak dengar."

" moyang kau terlalu taksubkan dengan keturunan lelaki. Apa yang aku dapat tahu dari appa kau cucu lelaki adalah yang paling berharga bagi dia. Baginya lelaki yang patut mewarisi harta dan kuasa manakala anak perempuan langsung tak diberi keistimewaan. Dia menganggap anak perempuan adalah bala didalam keluarga itu sendiri." bicara Jungkook terus.

" takkanlah dari keturunan saya ni langsung tak ada anak perempuan ? "

" mereka semua tak sempat hidup Haeun, mereka dibunuh. "

Haeun terdiam.

" Tuan Kim adalah cucu terakhir lelaki dan kau adalah cucu perempuan yang pertama."

" maksud awak.."

" pernah Tuan Kim beritahu, abang dia ataupun pakcik kau pernah ada seorang anak perempuan tapi nyawa dia tak panjang, dia mati dibunuh oleh datuk kau sendiri. Kerana kepercayaan mengarut tu mereka sanggup untuk bunuh anak perempuan. "

Haeun menatap wajah Jungkook sepenuhnya. Masih terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

" tapi lain bagi Tuan Kim, bila sahaja isteri dia iaitu omma kau mengandungkan anak perempuan appa kau lah orang yang paling gembira dengan berita itu. Dia sayangkan kau Haeun. Dia sanggup mati dan terpaksa bunuh ibu kau sendiri demi menyelamatkan nyawa kau. "

" sebab itu sehingga kini, kewujudan kau langsung tidak diketahui. Tapi orang luar yang berdendam dengan keluarga kau cuba untuk bunuh waris terakhir. Kerana harta dan kuasa mereka cuba nak membunuh kau. Sebab itulah kau ada dekat sini Haeun. Kau bukan dikurung tapi kami semua mahu lindungi kau."

Mereka berdua berdiam diri untuk sesaat. Melayan perasaan masing-masing.

" kenapa..awak yang jaga saya ? " Haeun mula bertanya. Sejak dulu lagi dia tertanya akan hal itu.

" Tuan Kim percayakan aku untuk jaga kau setelah dia tiada. Haeun, kau tak ingat sewaktu di zaman kecil kau ? "

" kenapa dengan zaman kecil saya ? "

" aku dah lama perhatikan kau sampailah sekarang."



Bersambung..



Saya pun dah lama perhatikan awak kookie

huehue😏

Maaf kerana lewat update.

тωɛитʏ | ᴊᴜɴɢᴋᴏᴏᴋ✔Where stories live. Discover now