"Ring,ding,dong" bunyi jam penggera lagu SHINee yang di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Jihyo mematikan jam penggera tersebut lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah siap, Jihyo turun ke bawah untuk bersarapan bersama kawan baiknya Soon Shin.
"Good morning, Soon Shin!" ucap Jihyo gembira.
"Good morning, Jihyo. Jemputlah bersantap" kata Soon Shin.Jihyo sedih kerana melihat makanan yang dihidangkan hanyalah roti kosong yang dibakar disapu dengan kaya beserta air teh yang hangat.
"Harini takde kek coklat moist kau tu. Apa yang ada ni makan je. Puan Park balik kampung" kata Soon Shin.
Macam tahu-tahu Puan Park balik kampung.
Rungut Jihyo lalu menjamahnya sahaja. Setelah selesai, mereka pergi ke universiti.
🍫🍫🍫
Setelah mereka sampai, Jihyo keluar dari perut kereta. Dalam perjalanannya ke kelasnya,badan kecilnya dilanggar oleh badan yang sedikit sasa.
"Aduh!" rintih Jihyo lalu memandang ke arah orang tersebut. Jihyo terkejut kerana Leo yang melanggarnya. Bukan itu sahaja, Leo siap memberikan panahan mata yang agak tajam lalu beredar dari situ. Jihyo terus memberikan ribuan kemaafan.
"Kau okay tak?" tanya Soon Shin.
"Aku ok..okay..jom ke kelas" kata Jihyo lalu pergi ke kelas.Setelah habis sesi pembelajaran, Jihyo dan Soon Shin pulang ke rumah. Mereka menuju ke tempat letak kereta lalu masuk ke dalam perut kereta. Soon Shin yang memandu kenderaan seperti biasa.
"Kau okay tak?" tanya Soon Shin.
"Berapa kali aku nak bagitau yang aku ni okay, Soon Shin?" jawab Jihyo kerana serik ditanya benda yang sama.
"Jangan marah. Aku risau dari tadi kau diam atau kalau dalam cinta pandang pertama?" kata Soon Shin.
"Kau ni merepek la,Soon Shin. Ke kau yang sangkut?" gelak Jihyo."Mana ada. Kau tahu sapa Leo tu dalam kolej kite" kata Soon Shin ingin memulakan cerita. Jihyo sudah tahu sikap Soon Shin yang suka mengosip. "Malas nak tahu" kata Jihyo selamba. "Takpe aku cite je. Leo tu hanya nama gelaran je tapi real name dia Jung Teakwoon. Keluarga Leo ada banyak cawangan bussiness membuat coklat yang sedap dan lasat. Tapi, Leo ni sombong tak nak kawan dengan orang macam kite ni" marah Soon Shin melihat gelagat Leo.
"Macam mana kau tahu dia tu berlagak sedangkan dia tu penuntut dekat universiti yang sama macam kita. Aku rasa dia tak tahu nak memulakan perbualan kot" kata Jihyo. "Banyak la kau kot. Kau ingat baju kot ke? Aku tak rasa pun dia tu macam yang kau sangkakan tu. Dia tu memang sombong!" kata penafian dari Soon Shin.
Jihyo tidak mahu lagi berkata-kata kerana dia tahu Soon Shin masih lagi marah dengan sikap Leo.
Terima kasih kerana membaca cerita ini..^^
Maaf jika cerita ini agak panjang dan membosankan..
YOU ARE READING
Love chocolate
Romancesecara ringkas,seorang gadis yang bergelar isteri menghadapi segala rintangan seorang diri disamping dalam kesulitan tanpa suami disisinya... #harap terhibur^^ #fantasi semata-mata #maaf jikalau ada salah silap ><