BAB 17

42 12 0
                                    

Leo yang sedang meneguk air kopi caremalnya sambil duduk di sofa yang empuk. Leo mengambil telefonnya di atas meja ruang tamu. Dah pukul 6.00 petang pun minah ni belum lagi balik. Nak kena betul!,kata hatinya. Kemungkinan risau akan keadaan Jihyo disebabkan cinta sudah timbul di hatinya atau sebaliknya?. Leo terkejut dengan adanya mesej dari Line dengan nombor telefon yang tidak dikenali terus diperiksanya.

From:Unknown
Hello,my dear. How are you?? Dah lama kita tak chit chat apatah lagi jumpa. Ni nombor baru I,okay?

Meluat Leo membaca teks mesej yang dihantar oleh Se Yeon. Menyampah betul aku dengan pompuan ni! Tapi,macam mana dia dapat nombor aku ni? Lagipun aku dah tukar nombor ni,bisik hatinya. Jarinya ingin melepaskan telefonnya tetapi berbunyi lagi. Leo mengambil keputusan untuk melihatnya.

From:Unknown
Gwenchana Leo kalau you still marah dekat I. Dan I tak ambil hati pun. Mianhae, kalau dulu I buat salah dekat you and I buat semua ni demi family kita berdua. Mianhae.... :-P

Semakin naik darah Leo dibuatnya. Hebat mainan kau Se Yeon. Dulu kau panggil aku, saya awak sebab tak laku sekarang ni kau panggil aku, You I pulak! Kau memang pompuan yang tak ada hati dan perasaan dan jugak langsung tak bermaruah!,marah Leo. Leo mengambil keputusan untuk mengeluarkan sim kad dari telefonnya. Namun, Leo terkejut apabila menoleh ke belakang dan meilihat Jihyo yang berdiri. "Ish! Kau ni boleh buat aku sakit jantung" kata Leo dan memegang dadanya. Jihyo hanya berdiri dan mendiamkan diri tanpa berkata-kata. Dia ni nampak ke mesej tu? Kenapa dia diam pulak selalunya boleh tahan mulut murai dia ni?,hairan Leo bercampur risau.

"Kau kenapa keluarkan sim kad tu?" tanyanya serius. Leo bangun lalu berdiri di hadapan Jihyo. "Kau balik lambat kenapa pulak? Dah pandai curang belakang aku. Main kayu tiga?" lawak Leo tetapi Jihyo tidak ketawa. "Biarlah aku nak cari penganti kau pun bukan cinta pandang pertama aku pun" jawab Jihyo. Leo malu dengan jawapan Jihyo terus menarik tangannya keluar rumah. "Kau nak bawak aku ke mana ni?!" tanya Jihyo hairan kerana masuk ke dalam kereta Leo. "Hukuman kau kena temankan aku beli sim kad baru" jawab Leo. Jihyo ingin menjawab katakan 'tidak' tetapi sudah terlambat kerana dalam perjalanan ke tempat yang Leo ingin tuju.

                                                  🍫🍫🍫

Sudah pukul 8.00 malam, mereka beruda masih lagi di dalam pusa membeli belah. Jihyo sudah bosan dengan perangai Leo yang singgah di kedai penjual telefon yang sudah 100 kali dengan membuat pilihan yang lebih berpatutan. "Leo,boleh tak pilih dari 100 buah kedai untuk beli sim kad tu dan kita balik. Aku penatlah" rungut Jihyo.
"Aku nak beli phone baru" jawabnya selamba. "What?! Tak cukup ke satu ni!" kata Jihyo dengan sedikit bengang. Jihyo terus mengikuti Leo dari belakang.

"Jihyo,awak buat apa dekat sini?" tanya suara garau. Jihyo menoleh dan terkejut melihat Hongbin. "Eh? Hongbin,awak..awak buat apa kat sini? Saya jalan-jalan je" kata Jihyo tersengih-sengih. "Samalah. Dah makan? Jom oppa belanja" ajak Hongbin. Tangan Jihyo ditariknya menuju ke restoran yang tidak jauh dari kawasan tersebut. Leo melihat semuanya apa yang dilakukan oleh Jihyo. Tu ke Hongbin oppa angkat dia?,bisik hatinya sedikit tertanya-tanya.

Setelah mengorder makanan, mereka berdua pun berbual kosong. "Jihyo,dah habis exam?" tanya Hongbin. "Dah" jawabnya sepatah. "Kalau macam tu,kita balik sama-sama jumpa omma lepas ni" kata Hongbin yang membuatkan Jihyo semakin gelisah. "Tak boleh. Jihyo ada hal kat kolej lagi" jawabnya sedikit ketakutan dan memberi senyuman yang agak pahit. "Okay la kalau macam tu. Jihyo masih lagi sibuk. Nanti,oppa bagitau omma yang kamu takde cuti" kata Hongbin. Riak wajah Jihyo rasa bersalah dengan tindakan dirinya sendiri.

Sesudah itu, Jihyo menunggu di luar pusat membeli belah. Mati lah aku! Nak balik tak cukup duit tambang teksi mahal,rintih hatinya. Jihyo terkejut dengan bunyi hon dari kerata Leo. Ingin hatinya melompat gembira kerana Leo masih lagi menunggunya. "Thanks Leo kau masih lagi tunggu aku. Aku ingatkan kau akan tinggalkan aku" kata Jihyo pada Leo dengan perasaan bersyukur. "Tu tadi oppa angkat kau ke?" tanya Leo. "Ye tapi aku tak bagi tau tentang kita" kata Jihyo jujur. Leo terkejut dengan kata-kata Jihyo sebentar tadi dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

Thanks korang yang dah baca dan vote...
Sorry kalau membosankan....

Love chocolateWhere stories live. Discover now