BAB 16

33 12 2
                                    

Sudah 3 minggu dalam proses peperiksaan. Jihyo sudah pun melaksanakan tugasannya hanya menunggu keputusan untuk hari graduasi sahaja yang bakal menentukan dirinya lulus atau disebaliknya. Seperti biasa Jihyo akan meluangkan masa bersama-sama Soon Shin untuk meraikan hari kegemilangan. "Yeah! Hidup bebas tanpa exam!" ucap Jihyo dalam hatinya. Soon Shin mengikuti rentak Jihyo. "Yeah betul tu Jihyo aku nak sangat menjerit biar orang tahu aku sekarang ni dah happy" balas Soon Shin menepuk bahu Jihyo. Jihyo hanya sekadar tersenyum sahaja.

Wonshik yang melihat Leo berduduk di tangga. "Leo,akhirnya kita bebas!" ucap Wonshik lalu melihat Leo yang dari tadi tiada mengeluarkan kata-kata mahupun eiak wajahnya. "Leo,kau okay tak ni? Kau jangan lah risau sangat tentang keputusan exam kau tu. Kau kan pandai dan hebat dalam exam ni. Dulu,kau selalu dapat nombor satu dalam kelas dan juga tingkatan" jujur Wonshik berbicara. Namun,Leo masih membisukan dirinya. "Leo,kau kenapa ni takkan kau jadi macam" terputus kata-kata Wonshik melihat Leo merenungnya agak lama. "Macam 5 tahun lepas?" kata Leo serius. Wonshik berpucat muka dengar tutur kata yang mendalam. Orang tua cakap,air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

"Sorry aku tak bermaksud nak bagi kau ingat semula tapi aku takut kalau aku tak mampu nak tengok kau senyum semula" ucap Wonshik. "Tak kalau langsung tak buat salah tapi kau nak minta tolong kau sikit ni boleh?" pinta Leo pada Wonshik. "Apa dia?" soalnya. "Kau siasat sapa yang call aku tiap-tiap hari dengan nombor ni boleh?" pinta Leo. Wonshik melihat nombor tersebut. "Eh jap kau tak ingat nombor ni? Ni nombor Se Yeon" kata Wonshik terkejut memberikan telefonnya. Leo terkejut dengan nombor tersebut. Macam mana dia dapat nombor phone baru aku ni? ,bisik hatinya hairan.

"Kau ada bagi nombor ni dekat Se Yeon ke?" tanya Leo. "Aku langsung tak bagi. Betul aku tak tipu kau. Tapi,aku rasa dia datang sebab dah tahu kau dah kawin or sebaliknya" ungkap Wonshik. "Sebaliknya?" tanya Leo lagi. "Ye lah. Nak robohkan mahligai tanpa cinta ni or nak dapatkan kau balik. 2 kemungkinan lah jugak" kata Wonshik penuh yakin. Leo ingin katakan Wonshik ini seorang yang penipu tidak pula kerana tekaannya selalu benar dan tepat sekali. Wonshik ini boleh diketagorikan sebagai tukang tilik.

🍫🍫🍫

Sungguh seronok sekali Jihyo dan Soon Shin membeli belah. Namun keseronokan itu telah diganggu dengan ancaman bom entah dari mana datangnya. "Hey! You tak nampak ke buta?!" marah seorang diva yang berpakaian seksi serba-serbi ketat. "Maaf saya tak sengaja" ucap Jihyo bersalah. "Don't touch me! Budak kampung macam you ni layak duduk dalam hutan" katanya lagak. "Hoi kau tu yang sepatutnya duduk dalam hutan! Kalau kau nak tahu,harimau dan singa pun tak sanggup nak makan kau sebab hati tu busuk!" marah Soon Shin. Jihyo cuba menahan Soon Shin yang mula bergaduh dengan diva tu.

"Kau mesti takde tv kan dekat rumah. Takpe aku bagi tahu jugak. Kalau kau nak tahu aku ni Park Se Yeon model terkenal di pelusuk negara dan tunang Jung Teakwoon" katanya lagi. Jihyo terkejut dengan pengakuannya sebentar tadi. Soon Shin yang ingin mendedahkan identiti Jihyo tetapi ditahan dan berlalu pergi.

Mereka berdua menuju ke arah kereta Jihyo. "Jihyo asal kau tak nak bagitau yang kau dah kawin dengan Leo? Biar padan sikit muka" marah Soon Shin. Jihyo hanya senyum sinis sahaja. "Hoi! Kau happy laki kau nak kena rampas?" kata Soon Shin pelik. Tahulah aku nak buat apa dengan Leo untuk tahu sapa Se Yeon tu kalau tak jugak dapat Wonshik pulak jadi mangsa,bisik hatinya. Jihyo terus menuju ke keretanya dan menghantar Soon Shin balik ke rumahnya.
"Kau halau aku ke?!" tengking Soon Shin. "Sorry beb aku ada hal nak buat" katanya pula terus menuju ke destinasinya.

Wonshik yang sibuk di perpustakaan terus diserang. Tetapi,ada kehadiran Leo yang sedang berbicara dengan Wonshik. "Kau tak kisah ke yang Se Yeon tu dah balik korea? Macam mana kalau Jihyo tahu sapa Se Yeon tu? Kau rasa Jihyo marah tak?" persoalan dari Wonshik itu terus dijawab tanpa teragak-agak. "Korea ni tempat dia lahir dan parents dia pun berasal dari sini so tak bolehlah aku halang. Aku akan sembunyikan semua ni dari Jihyo. Don't worry pasal Jihyo dan aku pasti dia tak akan marah pun sebab aku kawin dengan dia untuk game catur aku je" katanya selamba. "Kau ingat sikit jangan kau nak mainkan perasaan perempuan berdosa!" berceramah pula si Wonshik.

Jihyo yang diluar terkejut dengan kata-kata Leo sebentar tadi. Jadi betullah aku ni hanya satu permainan kau untuk menunjukkan diri tu hebat depan Se Yeon. Kau memang jantan yang tak guna!,baran satu badan Jihyo dibuatnya. Jihyo terus berlalu pergi kerana darahnya sudah mencapai tahap maksima untuk marah.

Thanks korang sebab still baca dan vote cite ni walaupun hambar disebabkan ideanya membeku....

Love chocolateWhere stories live. Discover now