Awal pagi lagi Jihyo sudah bangun. Jihyo membersihkan diri lalu pergi membeli kek coklat moist Puan Park jirannya yang berjual di halaman rumah tidak jauh dari kediaman mereka.
"Puan Park dah balik dari kampung ke?" tanya Jihyo dengan peramah. "Macam mana nak tahu saya balik kampung? Ke stalker saya nak?" tanya Puan Park. "Soon Shin bagi tahu saya" kata Jihyo. "Hari ni saya nak beli kek coklat moist Puan Park lebih daripada biasa boleh?" pinta Jihyo. Selalunya Jihyo membeli hanya dua potongan segi empat sama bersaiz besar tetapi hari itu dia membeli lapan potongan. Lagi pun,satu potongan tersebut berharga 3000 won.
"Okay. Jihyo nak tanya sikit la kenapa beli banyak ada tetamu nak datang ke rumah ke?" tanya Puan Park. "Tak ada orang datang. Saja nak makan sebab kek coklat moist Puan Park sedap sangat" puji Jihyo dengan mengangkat trumb up kearah Puan Park. Puan Park memasukkan kek tersebut dalam polistena lalu memberikan kepada Jihyo. "Saya nak balik dulu Puan Park. Terima kasih ya" kata Jihyo lalu beredar.
Soon Shin yang duduk di sofa me!andang ke arah Jihyo yang masuk ke rumah. "Kau pergi mana awal-awal ni?" tanya Soon Shin yang melihat jam pergelangan tangan nya menunjukkan pukul 8.00 pagi. "Tamatkan misi Leo" jawab Jihyo lalu menunjukkan barang yang dibawanya.
Jihyo pergi ke dapur untuk meletakkan kek coklat moist itu ke dalam kontena kecil. Setelah selesai, Jihyo menuju ke tempat letak kereta. "Kau nak ke mana pulak? Siap sediakan letakkan kek coklat moist kau tu dalam mangkuk lagi?" tanya Soon Shin. "Untuk tamatkan misi" jawabnya dengan senyuman panjang lebar lalu masuk ke dalam perut kereta.
Jihyo terus menuju ke kedai tersebut. Sesudah sampai, Jihyo masuk ke dalam lalu memanggil Leo. "Leo,aku datang" kata Jihyo. Leo yang datang dari arah satu bilik keluar setelah mendengar suara Jihyo. "What?" tanyanya sepatah memandang ke arah Jihyo yang membawa beg plastik.
"Misi aku dah siap" kata Jihyo dengan bangga.
"Aku cuba" kata Leo.Mereka menuju ke sebuah bilik yang Leo masuk tadi. Jihyo terkejut setelah melihat dalamnya ada katil bujang,meja makan dan sebuah sofa berbentuk jari. "Kau duduk dekat kerusi plastik aku" arah Leo kepada Jihyo. Jihyo menyerahkan kek coklat moist itu kepadanya lalu dicuba.
Leo teekejut dengan rasa kek coklat moist yang sedap. Namun, bukan mudah untuk berjaya mengalahkan diri Leo sendiri yang pakar dalam bidang tersebut. Jihyo memandang ke arah buku novel bertajuk 'I Remember You'.
"Kenapa kau tak tengok cite ni dalam viu or tv?" tanyanya lalu menunjukkan buku novel tersebut. "Aku suka membaca daripada menjadi penonton. Membaca dapat tambah ilmu pengetahuan"jawab Leo.Jihyo senyum sahaja membalas kata-kata Leo. Leo pergi menarik tangan Jihyo lalu pergi ke arah dinding. "Kau nak buat apa ni?" tanya Jihyo cuba menolak dada Leo. "Kau buat ke Kek coklat moist tu?" tanya Leo pula. "Ye lah. Kenapa tak sedap ke?" kata Jihyo dengan riak wajah yang berpura-pura. Leo terus tersenyum lalu memandang semua ke dalam mata Jihyo.
"Kau cuba nak tipu aku?"tanya Leo.
"Mana ada" jawab Jihyo.
"Kau tipu aku. Kau beli. So,aku nak kau buat dengan air tangan sendiri" kata Leo.Jihyo terus di halau Leo keluar dari bilik dan juga kedainya.
"Kau ada 2 hari lagi,faham?" kata Leo.Jihyo terus balik dari kedai tersebut lalu menuju ke tempat letak kereta.
🍫🍫🍫
Soon Shin melihat Jihyo masuk ke rumah dengan muka yang sedih tanpa berkata apa-apa pun.
"Kau okay?" tanya Soon Shin lalu duduk bersebelahan dengan Jihyo. "Tak..kek tadi dia tahu yang aku beli" kata Jihyo lalu memandang Soon Shin. Soon Shin tertanya- tanya bagaimana Leo tahu mengenai tentang kek Jihyo.
"Aku rasa dia ni ahli nujum la. Macam mana dia tahu?" kata Soon Shin dengan hairan. Jihyo terus menuju ke bilik tidurnya. "Kau nak ke mana?" tanya Soon Shin lagi. "Cari ketenangan dulu" kata Jihyo berlalu.
Jihyo baring di atas katilnya sambil melayari internet untuk mencari resepi kek coklat moist itu. "Jihyo!" gurau Soon Shin setelah melihat Jihyo sedang asyik dengan laptopnya. "Ish kau ni memang nak kena betul! Tak boleh ke kau ketuk pintu dulu. Nasib baik tak sakit jantung" bebel Jihyo macam mak cik. Soon Shin ketawa terbahak-bahak melihat riaksi wajah kawannya seperti mati katak.
"Kau buat apa, Jihyo" tanya Soon Shin setelah melihat resepi yang terpapar di skrin laptopnya. "Cari resepi kek coklat moist tu. Kali ni aku nak tamatkan semuanya dengan air tangan aku sendiri" kata Jihyo dengan penuh keyakinan. Soon Shin ketawa kecil melihat Jihyo bersemangat.
"Macam mana kalau tak sedap serupa dengan kek yang Leo buat dan Puan Park punya?" ketawa Soon Shin. "Kau jangan..nanti kau kalau dah rasa sampai terbawa mimpi nanti" jawab Jihyo dengan penuh lagaknya. Soon Shin hanya mengelengkan kepala kerana melihat Jihyo serupa itu. "Memang aku bawa sampai mimpi sebab tak sedap dan terus jadi trauma terus" sambung Soon Shin lalu membalingkan anak patung anjing Jihyo kepadanya lalu sambung Soon Shin lagi "gigit tuan kau ni yang tak berhenti berangan-angan".
Malam barlalu dengan cuaca yang sejuk kerana hujan. Jihyo pun menutup pendingin hawanya lalu terlelap.
Maaf kalau membosankan;-)
Jangan lupa bab 4 tau..
YOU ARE READING
Love chocolate
Romancesecara ringkas,seorang gadis yang bergelar isteri menghadapi segala rintangan seorang diri disamping dalam kesulitan tanpa suami disisinya... #harap terhibur^^ #fantasi semata-mata #maaf jikalau ada salah silap ><