Leo yang menonton televisyen di ruang tamu dengan drama MASK. Namun, Leo telah diganggu dengan ketukkan pintu di utama rumahnya. Leo terus melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintunya pada pukul 7.00 pagi lagi. Leo melihat dua orang dari tingkap dan terkejut rupa-rupanya orang tuanya sudah mula menyerang rumahnya lagi. Leo sepantas kilat berlari menuju ke biliknya untuk mengejutkan Jihyo yang masih lagi lena.
"Hoi! Bangun cepat!" kata Leo mengejutkanya. Namun, kerjanya itu bukan mudah mengejutkan Jihyo seperti sudah tidur mati. "Hoi! Bangunlah Jihyo! Mak ayah aku sampai tu dekat bawah rumah" kata Leo cuba menarik lengan Jihyo dan mendirikan kaki Jihyo ke lantai. "Apa dia? Kau ni kan nak buat lawak pun agak-agaklah masih lagi pagikan?" rungut Jihyo pagi hari. "Mak ayah aku datang!" jerit Leo cuba menyedarkan Jihyo yang masih lagi mamai. Jihyo terkejut dibuatnya. "Tapi, aku belum mandi lagi" katanya bila sudah seratus peratus sedar. "Hah,takde tapi-tapi. Sekarang ni kau kena berlakon dengan aku dalam keadaan mesra faham?"kata Leo dan bersambung dengan ayat ugutan" kalau tak malam pertama kau akan jadi ngeri daripada orang yang dah kawin ".
Jihyo terpaksa mengikut sahaja kehendak Leo. Mereka berdua berdiri di hadapan pintu dengan lakonan mesranya dan membuka pintu. "Suprises! Mama dan Papa datang!" kata ibunya Leo bersemangat. Ibu Leo terus menarik Jihyo dari pelukan sandiwara itu yang menambahkan perasaan ketakutan pada diri Jihyo. "Ni ke menantu Mama? Cantiknya dan berperibadi yang sangat baik!" bangga ibu Leo mendapat menantu macam Jihyo. Jihyo hanya memberikan senyuman kurang manis kerana takut dengan ibunya Leo. Ni ke Datin Cha Jian tu? Boleh tahan tapi menakutkan. Tapi, dia kenal aku ke sangat ke sampai cakap keperibadian aku baik dan puji aku lawa pulak tu. Ke ni semata-mata nak bodek aku? Ke mak dan anak sama perangai?,hatinya berkata.
🍫🍫🍫
Jihyo terasa kekok untuk berbicara dengan keluarga Leo. Dirinya hanya membisukan diri dan menjalankan lakonannya bersama Leo. "Kamu sudah berapa lama kenal Leo?" tanya ibunya Leo yang menambahkan kegelisahan Jihyo. "Dah 5 bulan" jawab Leo secara tiba-tiba. Jihyo memberikan senyuman sahaja apabila Leo sudah menyelamatkan dirinya. "Oh,kau kenal Leo di mana?" tanyanya lagi. "Mama janganlah jadi macam penyoal siasat. Kasihan my dear" kata Leo sambil bermain dengan rambut Jihyo yang ikal mayang. Jihyo sudah mula geli dengan panggilan 'my dear' tetapi terpaksa dihadap dan dihadam sekali. "Kamu ni pun satu. Mama nak tahu bila,dimana,macam mana,pukul berapa semua tu sebab kamu seorang je anak Mama dalam dunia ni" luah ibu Leo.
Anak kesayangan lah ni. Patutlah perangai dia ni kadang-kadang pelik kejap okay kejap tak,kata Jihyo dalam hati. "Mama please! Lagi satu Mama nak tinggal sini berapa lama? Biar Leo urusan bilik untuk Mama" kata Leo cuba melenggahkan persoalan yang timbul dalam diri ibunya. "Macam biasa. Papa kamu sibuk lagi ni singgah kejap" jawabnya. Macam biasa tu berapa lama heh? Ish! Jihyo dia orang ni mentua kau tak elok cakap macam tu!,gigitnya lidah kerana berkata begitu. "Sayang jom ikut saya kita kemaskan bilik untuk Mama dan Papa" ajak Leo terus menariknya berlalu dari ruang tamu.
Jihyo terus membuntuti Leo dari belakang. "Kau dengar ni. Jangan bagi tau apa-apa pun tentang kita faham?" pinta Leo dengan sedikit ugutan. Jihyo yang ditariknya dan dipaksa duduk di katil sebelah dengan bilik mereka berdua. "Okay. Tapi,mak kau tu tanya soalan buat aku sakit jantung" rungut Jihyo. "Memang pun. Dia suka membebel dan banyak tanya sebab aku ni anak dia orang" perli Leo dengan lagak. "Beruntung kau" sedih nada suara Jihyo. Leo terkedu dengan kata-kata dirinya sebentar tadi. "Dah lah jom. Nanti dia orang syak pulak" kata Leo. Mereka pun berlalu dan menyambung borak kosong di ruang tamu.
Apakah misi disebaliknya untuk mengelakkan kecurigaan perkahwinan tanpa cinta ini daripada mem besar? Adakah ini akan membongkarkan sesuatu disebaliknya?
Maaf update lama sangat line slow...
Thanks yang sanggup tunggu..sorry sangat-sangat tau dari author...;)
YOU ARE READING
Love chocolate
Romancesecara ringkas,seorang gadis yang bergelar isteri menghadapi segala rintangan seorang diri disamping dalam kesulitan tanpa suami disisinya... #harap terhibur^^ #fantasi semata-mata #maaf jikalau ada salah silap ><