Jihyo menanggis sekuat-kuatnya sambil memandu keretanya menuju ke Sungai Han. Jihyo selalu pergi ke Sungai Han apabila sedih,marah dan bahagia kerana ada kisahnya di situ.
Jihyo keluar dari perut keretanya untuk mengambil udara segar. Omma, Jihyo minta maaf banyak-banyak sebab Jihyo dah membuatkan omma sedih. Jihyo dah menjadi anak yang berdosa kerana menconteng arang ke muka omma. Jihyo malu omma,rintih Jihyo menanggis.
"Kenapa menanggis ni?" tanya seseorang bersuara garau dari sebelah Jihyo yang berdiri. Jihyo memandangnya terus mengelap air matanya. "Eh, Hongbin. Mana ada Jihyo nanggis. Hongbin buat apa?" tanya Jihyo cuba untuk mengelakkan persoalan terhadapnya. "Ish kamu ni tanya pula pulak rumah saya dekat sini lah" lawak Hongbin padanya menimbulkan ketawa keluar dari bibir yang manis Jihyo. "Mianhae, Hongbin" kata Jihyo.
Lee Hongbin adalah abang angkat Jihyo tetapi mereka sebaya cuma bezanya Hongbin lahir bulan Januari manakala Jihyo lahir bulan Mei. Hongbin pernah menyuruh Jihyo memanggilnya oppa tapi Jihyo terasa kekok untuk panggilan itu. Jadi mereka memutuskan panggilan tanpa perlu menggunakan ayat formal.
Balik kepada cerita ini. Jihyo dan Hongbin terdiam seketika tetapi Hongbin jenis yang lincah berbicara sebab itulah dia mengambil bidang dalam doktor pakar kanak-kanak.
"Jihyo, omma ada bagitau oppa yang dia terima duit dari kamu. Thanks tau tapi kamu simpan la duit tu untuk sambung pembelajaran kamu. Untuk omma, oppa akan tanggung kamu jangan risau, okay?" kata Hongbin lalu memberikam Jihyo senyuman.
Jihyo kembali menanggis semula setelah dia memahami kata-kata Hongbin yang memahaminya. "Jihyo bersyukur sebab awak dan omma sanggup terima Jihyo dalam keluarga ni walaupun Jihyo bukan anak kandung omma dan bukan adik sebenar awak. Jihyo hanya sekadar menumpang dalam keluarga awak Hongbin. Jihyo tahu selama ni Jihyo dah susahkan omma dan awak dalam membesarkan saya. Kalau saya tak jalankan tanggungjawab ni saya rasa bersalah pada omma walaupun dia tak minta saya bayar semua ni dengan mata duit yang saya kirimkan setiap bulan walaupun tak seberapa tu" katanya dengan penuh pilu di hatinya.
Hongbin mendekatinya lalu memeluknya sekuat-kuatnya. "Jihyo jangan cakap macam tu lagi. Jihyo kamu lah adik oppa sampai ke penghujung hayat oppa sendiri. Kisah tu dah berlalu. Kita pula hidup dalam abad yang baru. Tak usahlah kamu kenangkan lagi. Oppa tahu kamu rasa bersalah jikalau tidak mengirimkan omma duit tapi omma faham keadaan kamu. Lagipun,omma pernah membiayai kos oppa belajar untuk jadi doktor. Jadi, kamu jangan membebankan diri. Bila dah bekerjaya baru bagi omma sebanyak mana duit Jihyo,okay?" kata Hongbin untuk menenangkan Jihyo.
Jihyo memandang pada mata Hongbin dengan senyuman terukir di bibirnya.
🍫🍫🍫
Pada malam yang agak sunyi dan hujan tidak membasahi permukaan bumi pada hari itu. Jihyo duduk di kerusi sambil menulis diarinya. Pernah kawannya menegurnya tips untuk menenangkan diri daripada mengelakkan perkara buruk yang diri kita tidak mampu untuk menahannya dengan cara penulisan.
Soon Shin masuk ke dalam biliknya. Soon Shin tidak mahu melawak seperti biasa kerana dia melihat wajah kawannya itu tidak berapa elok. "Jihyo, kau tulis apa tu?" tanyanya. Jihyo menutup buku itu dan memandang pada Soon Shin yang menanyanya. "Secret" katanya dengan memberikan senyuman. Soon Shin tahu sikap Jihyo yang ada kalanya ingin berkongsi dan ada kalanya dia rahsiakan tetapi dia langsung tidak mahu mendesak Jihyo.
"Kenapa kau balik lambat tadi? Ada hal ke?" tanyanya lagi.
"Aku jumpa Hongbin tadi"jawabnya.
"Hongbin? Leo pulak?" katanya lagi.
"Lepas Leo baru Hongbin" ujarnya.
"Apa hukuman kau dah selesai?"Jihyo hanya tersenyum sahaja lalu duduk bersebelahan dengan Soon Shin dan terus memeluknya. "Mianhae, Soon Shin kalau aku ada buat salah selama ni. Aku bersyukur sebab kau sanggup bagi aku tumpang dekat rumah kau ni" kata Jihyo dengan penuh kepiluan dalam hatinya. Soon Shin terharu mendengar kata-kata Jihyo walaupun seribu persoalan dari hatinya ingin disampaikan tetapi gagal kerana melihat wajah sedih kawannya itu.
"Kau ni jangan lah cakap macam tu. Aku dah anggap kau macam keluarga aku sendiri. Kau susah aku tolong, aku susah kau tolong. Ingat lagi Hongbin belikan kau kereta dulu baru aku ada. Waktu tu aku ada emergency kau tolong" kata Soon Shin.
Jihyo berasa sungguh beruntung sebab Hongbin, Soon Shin dan ommanya Hongbin ada di muka bumi ini walaupun bukan dari pertalian darah yang sama. Namun, Jihyo masih lagi menyambung pemikirannya tentang kejadian itu yang bakal mengubah masa depannya suatu hari nanti. Leo kau adalah musuh aku. Aku benci kau Mr Lion!, jeritnya dalam hati.
Sorry kalau membosankan...
Semoga terhibur...
Gomawo..

ANDA SEDANG MEMBACA
Love chocolate
Romancesecara ringkas,seorang gadis yang bergelar isteri menghadapi segala rintangan seorang diri disamping dalam kesulitan tanpa suami disisinya... #harap terhibur^^ #fantasi semata-mata #maaf jikalau ada salah silap ><