"Wah! Cantiknya tempat ni. Kenapa aku guna baju dress perkahwinan ni?" hairan Jihyo dibuatnya dan melihat dikelilingnya ada bunga ros yang menghiasi kawasan sekitarnya. "Jihyo,tunggu saya" kata Leo yang berlari menuju ke arahnya. Kenapa Leo lari dengan baju kahwin tu. Peliknya Mr Lion ni,rintihnya dalam hati. Leo berhenti di hadapannya lalu menarik punggung Jihyo mendekatinya.
"Leo, kau ni dah kenapa?" tanyanya pula dan menolak pelukan Leo. "Jihyo sayang, sudikah awak menerima daku dalam hidupmu dan sudikan dikau menjadi permaisuri ku dan bidadari ku seumur hidup ku?" lamar Leo. Dah buang tabiat ke Lion ni? Atau salah makan ubat. Semalam bukan main lagi pisahkan aku dari Soon Shin,ujarnya dengan dai yang seribu kerutan. "Sayang akan ku sediakan cincin emas 916 ini padamu" kata Leo lalu menyarungkan pada jari manis Jihyo.
Tanpa Jihyo sedari bahawa ada juru gambar yang menangkap gambar mereka berdua. "Cantik gambar ni. Semoga Tuhan rahmati perkahwinan kamu berdua yang secocok dan padan ini" puji juru gambar tersebut. "Boleh rapat sikit. Saya nak ambil gambar yang lebih romantik lagi" pinta juru gambar. Leo menarik punggung Jihyo lagi lalu mendekatkan mukanya seolah-olah ingin mencium Jihyo kerana kepanasan hidung Leo sudah terasa di bahagian pipi Jihyo yang membuatkan jantungnya berdegup dengan lebihq kencang. Jihyo terus menutup matanya apabila Leo ingin menciumnya. "Bangun Jihyo" kata Leo pada Jihyo. Kenapa dia suruh aku bangun? Sedangkan aku ni berdiri dan dalam pelukannya?,tanyanya dalam hati.
"Bangun Jihyo,bangun"ulangnya sekali lagi. Jihyo masih lagi tertanya-tanya kenapa Leo menyuruhnya bangun. "Kenapa kau suruh aku bangun? Cepatlah" kata Jihyo denagn menanti-nantikan ciuman dari Leo. "Hoi! Bangun lah"kata Leo di hadapan muka Jihyo dengan marah. Jihyo terkejut lalu membuka matanya. "Hah!" jerit Jihyo. Eh? Mimpi ke tu tadi bukan realiti?,kata Jihyo dalam hati. "Jangan menjerit boleh tak sakit telinga aku" marah Leo. "Kau ni mesti mimpikan aku kan? Siap cakap cepat-cepat bagai" perli Leo berlalu pergi dari bilik tersebut. Dia dengar apa yang aku cakap tadi?! Malunya!,jerit Jihyo dan menutup mukanya dengan selimut.
Leo duduk di sofa sambil menonton drama. Leo menyeling ke arah Jihyo yang duduk di sofa yang jauh darinya. "Marah ke?" kata Leo dengan ketawa kecilnya. Jihyo membuat mulut itiknya dan tidak menjawab pertanyaan dari Leo tadi. "Harini ada kelas ke? Pukal berapa?" tanya Leo. "Kul 10 pagi nanti. Ada dua jam lagi" jawab Jihyo. "Nanti aku hantar kau ke kelas lepastu ambik kereta kau pulak" kata Leo menyebabkan Jihyo gembira kerana singgah di rumah Soon Shin.
Jam dinding menunjukkan pukul 9 pagi, Jihyo mencari kelibat Leo untuk bertolak ke universiti. "Leo oh Leo. Mana kau yang beria nak hantar aku ke universiti tadi? Kalau tak aku naik teksi" kata Jihyo dengan kuat suaranya tetapi Leo masih tidak muncul macam kena ada kata-kata magic baru boleh keluar. Telefon Leo berbunyi di atas meja ruang tamu. Jihyo terus menuju ke arah bunyi itu. Jihyo terkejut apabila melihat nombor telefon tanpa nama. "Unknown? Sapa ni?" kata Jihyo denagn hairan lalu menjawab panggilan tersebut. "Hello,siapa ni?" tanya Jihyo tetapi terus di padamnya. Jihyo semakin hairan dengan panggilan tanpa nama itu. Leo keluar dari biliknya lalu memandang Jihyo dengan pandangan yang tajam seperti singa memandang kancil.
"Kau buat apa?" kata Leo. Sukarnya nak menelan air liur ni Mr Lion dah bangun,bisik hatinya. "Aku saja je kenapa tak boleh ke?" soalnya mengada-gada untuk mengelakkan sebarang soalan ditujukan dari Leo. Mereka terus menuju ke perut kereta terus menuju ke universiti. "Kul berapa aku tamat nanti?" tanya Leo pula setelah sampai. "Aku naik kereta Soon Shin nanti aku ada hal" ujarnya pula. Jihyo terus keluar tapi Leo mengunci pintu keretanya. Dia dah mula pulak,bisik hati Jihyo dengan marah. "Kau jangan bagi tahu yang kita dah kawin faham? Kalau tak malam pertama kau tak akan kau boleh lupakan jika kau cari nahas!" kejam Leo berbicara tetapi Jihyo seperti biasa sahaja riak wajahnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love chocolate
Romancesecara ringkas,seorang gadis yang bergelar isteri menghadapi segala rintangan seorang diri disamping dalam kesulitan tanpa suami disisinya... #harap terhibur^^ #fantasi semata-mata #maaf jikalau ada salah silap ><
