BAB 11

47 9 0
                                    

Jihyo sedang mengelap rambutnya sambil duduk di birai katil. Leo masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. "Kring...kring...." bunyi telefon bimbit Leo sedang menyanyi di atas meja. Jihyo pergi ke arah telefon tersebut dan melihat nama yang tertera di skrin telefon Leo. Unknown? Sapa yang cuba call Leo waktu ni? Kalau Wonshik mesti ada nama,bisik hati Jihyo dengan penuh kehairanan. Jihyo melihat jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 8.00 malam.

Jihyo cuba menjawab panggilan tersebut. "Hello siapa di sana?" soal Jihyo. Panggilan itu tiada suaranya memberikan sebarang jawapan untuk pertanyaan itu. Jihyo mengulanginya tetapi terus dimatikan. "Sapa call kau tu?" tanya Leo yang entah daei mana datangnya terus berdiri bersebelahan Jihyo. "Phone kau. Tadi berdering dua kali lah lepastu aku jawab sebab bising tapi" terhenti Jihyo berkata. Jihyo terus merenung ke dalam mata Leo tetapi Leo hanya menyoal melalui kepala. "Wonshik kot" jawabnya semula. Leo terus ketawa dan menolak Jihyo ke tepi untuk melihat panggilan sebentar tadi.

"Aduh,kau ta boleh nak bercakap ke suruh aku ke tepi main tolak-tolak pulak" rintih Jihyo. Leo terkejut melihat nombor yang tertera di dalam senarai nama yang mendail. Unknown? Tak kan Wonshik pulak ada nombor baru. Kalau ada pun mesti bagi tahu aku,hatinya mula berbicara. Jihyo yang sedang cuba membaringkan badannya terhenti kerana Leo duduk di birai katil. "Aku nak tanya dia ada cakap sesuatu tak kat kau?" tanya Leo. Jihyo cuba mengatur posisi duduknya menghadap Leo. "Dia tak cakap apa-apa pun. Aku selalu tanya sapa dia tapi takde jawapannya pun" ngaku Jihyo. Dahi Leo mula berkerut dan tertanya-tanya siapakan gerangan yang menelefonnya berkali-kali. "Dah lah kau tidur" kata Leo. Jihyo terus melihat setiap langkah Leo keluar dari bilik itu.

Takkan Se Yeon yang menelefon Leo selama ni. Tapi mesti Leo tahu sapa orangnya. Pelik betul Leo ni,kata hati Jihyo lalu baring di katilnya dan menutup matanya. Leo yang duduk di kerusi meja kanan di dapurnya melihat nombor tersebut. Takkan kau yang cuba nak call aku selama ni sebab kau tahu aku dah kawin? Kau memang perempuan yang tak tahu malu langsung lepas kau guna and then campak je macam sampah, bisik hatinya geram sambil meneguk air kopinya.

                                               🍫🍫🍫

Soon Shin duduk di kafe sambil memikirkan sesuatu. Wonshik masuk ke dalam kafe terus mengambil air kopi. Wonshik melihat di kawasan sekelilingnya untuk melihat kelibat sesiapa yang ada di situ supaya dia dapat mengambil kesempatan untuk memikat hati anak gadis tokey kafe bernama Hyuna. Tetapi, matanya terkejut melihat kecantikan Soon Shin yang tidak perasan Wonshik ada di situ. "Temenungkan apa tu?" tanya Wonshik lalu duduk di bahagian hadapan Soon Shin. Soon Shin terhenti dari pemikirannya. "Oh,kau?!" kata Soon Shin.

"Kau rasa Leo tu buat ke perkara terkutuk tu pada Jihyo?" soal Soon Shin dengan hairan pada Wonshik. "Aku tak rasa pun Leo buat benda yang boleh menjatuhkan maruah Jihyo. Tapi,dulu dia pernah buat perkara tu dekat orang lain jugak" kata Wonshik. Soon Shin terkejut besar disebabkan orang yang diminati ramai itu membuat perkara terkutuk.

"Serius lah?!".
"Ermm. Lepastu dia bertunang tapi tak jadi".
"Kenapa?"
"Sebab pompuan tu tak datang masa hari bertunang tu"
"Kenapa?"
"Sebab jap tau ada orang call"

Telefon Wonshik berdering lalu terus dijawabnya. Soon Shin yang menunggu jawapan pada soalannya tadi langsung tiada jawapannya. "Okay,aku ke sana sekarang" kata Wonshik pada orang yang menelefonnya. Soon Shin ditinggalkan di kafe dan Wonshik pergi menguruskan urusannya tadi.

Jihyo terus menuju ke kelas tetapi dalam berjalannya dirinya terasa ada seseorang yang mengikutinya. "Jihyo" tegur seseorang yang membuatkan bulu roma Jihyo meremang. Jihyo terus berlari ke kelasnya.  "Soon Shin tolong aku" pinta Jihyo setelah melihat Soon Shin yang memulas tombol pintu. Soon Shin terkejut melihat Jihyo berlari anak ke arahnya. Tangan Jihyo ditangkap seseorang dan menarik ke arah badannya. "Hah!" jerit Jihyo lalu memejamkan matanya. "Hoi! Kau ni dah kenapa menjerit ni?" tanya Leo. Jihyo membuka biji matanya dan terkejut bahawa Leo yang cuba menakutkan dirinya. "Kau tu yang menakutkan aku" rintih Jihyo. Leo terus memberikan telefon bimbit Jihyo. "Kau tertinggal telefon tadi" kata Leo berlalu pergi.

Soon Shin yang berdiri agak jauh tadi terus mendapatkan Jihyo yang tercegat berdiri. "Kenapa tu?" tanya Soon Shin sambil melihat telefon yang dipegangnya dari tadi. "Takde pape. Dah lah jom kita masuk kelas nanti Prof Han marah pulak" ujar Jihyo. Mereka masuk ke dalam kelas dan menjalankan kelas seperti biasa. "Baiklah,saya minta tolong hantar tesis tu minggu depan pada hari yang sama dan waktu yang sama untuk pemarkahan bagi semester terakhir ni" ujar Prof Han pada semua pelajarnya. Jihyo menyimpan semua barangnya dan berlalu pergi bersama Soon Shin.

"Kita ke library nak?" soal Soon Shin pula. Jihyo membalasnya dengan senyuman dan menuju ke perpustakaan di tingkat 2. Ramai pelajar di dalam perpustakaan sambil membuat tugasan seperti biasa apabila hampir dengan peperiksaan yang akan datang. Jihyo dan Soon Shin mencari satu bilik. Mereka berdua menjalankan tugasan masing-masing. Jihyo mengelamun seketika sebelum menyambung semua kerjanya yang tanpa dirinya diketahui oleh Soon Shin yang menjadi pemerhatinya dari tadi.

"Kau okay tak ni? Kalau tak,kita balik" kata Soon Shin risaukan keadaan Jihyo. "Balik pun tak guna gak" jawabnya dengan muka yang tiada riaksi langsung. "Kenapa pulak? Kau gaduh dengan Leo ke?" tanya Soon Shin. "Tak. Kita orang tak gaduh cuma aku hairan dan masih terfikir tentang perkahwinan aku ni je" jujur Jihyo sambil memegang kepalanya yang sudah penuh dengan bebanan rumah tangganya. "Maksud kau apa? Aku tak faham. Cuba jelaskan satu persatu. Maybe aku boleh tolong" aju Soon Shin. "Sebenarnya dah beberapa hari ni ada orang call Leo dengan panggilan yang tertulis 'unknown'dekat skrin telefon dia. Bila aku tanya Leo jawab tak tahu sapa. Aku syak Se Yeon" jujur Jihyo sekali lagi. Soon Shin terkejut mendengar semuanya. "Kau pasti ke tu Se Yeon? Kau jangan fitnah suami sendiri berdosa tau" ujar Soon Shin. "Tak lah aku sampai nak fitnah dia tu. Kan aku cakap syak je" kedut dahi Jihyo membalas kata Soon Shin.

Soon Shin menkadi semakin hairan. "Kau pasti ke?" tanyanya lagi. "Yes or yes lah kot" Jihyo teringatkan lagu Twice dan menyambung ayatnya semula. "Tapi Leo pun tak syak or tahu tu Se Yeon jugak. Haih! Aku pelik dengan Leo ni selepas dah kawin dengan Mr Lion ni" rintih Jihyo dan memicit dahinya berkali-kali. Soon Shin terdiam juga selepas mendengarkan kata kawannya itu. Adakah benar syak Jihyo atau mainan pemikirannya sahaja? Bagaimana dengan perkahwinan Jihyo dan Leo akan berkekalan sehingga ke akhir hayat?.

Sorry korang aku takde idea nak cipta dan semua tu yang mampu aku berikan untuk bab kali ni....
Thanks yang dah baca dan vote.....
Hope korang enjoy dengan bab ni...
Jangan lupa bab yang akan datang...

Love chocolateWhere stories live. Discover now