BAB 15

40 13 0
                                    

Jihyo awal pagi lagi bangun untuk pergi ke kelas kerana sudah tiba musim peperiksaan semester terakhir. Leo yang sedang menjamu selera dengan sarapan pagi yang dibuatnya sendiri. "Jihyo,jom sarapan pagi dengan aku" pelawa Leo. Namun,Jihyo tetap melangkah pergi meninggalkan Leo yang bersarapan itu. Jihyo memandu keretanya terus ke universiti.

Setelah tiba,Jihyo terus pergi ke kafe untuk membeli air kopi caramelnya dan kek coklat moist sa!mbil mengulang kaji sedikit. Jam di pergelangan tangan Jihyo sudah menunjukkan pukul 8 pagi lalu Jihyo menyediakan kelengkapan untuk bersedia menjalankan peperiksaan. Keadaan persekitaran menjadi sunyi sepi. Setelah tamat peperiksaan, Jihyo terus menuju ke perpustakaan untuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan keesokan harinya.

Soon Shin yang sibuk memerhatikan Jihyo terus mengikutnya ke perpustakaan. "Kau nak ke mana? Kau tak balik ke? Selalunya kau habis exam ni terus tidur baru ulang kaji" hairan Soon Shin dibuatnya. "Malaslah aku nak mengadap muka Mr Lion tu!" rungut Jihyo. Soon Shin mengarukan kepalanya yang tidak gatal kerna kutu itu. "Kenapa pulak? Ke kau bergaduh dengan Leo ni. Cite lah dengan aku" pinta Soon Shin dengan senyuman panjang lebar sampai ke telinga. Jihyo pun mula berceritakan semuanya pada Soon Shin. Beruntung Jihyo ada kawan bila susah dan senang macam Soon Shin.

Soon Shin hanya mendengarkannya sahaja. "Oh macam tu lah cite nye. Habis tu pagi ni Leo marah kau ke?" soalnyanya pula. Jihyo memberikan gelengan kepala tanpa tidak. "Habis tu yang kau marah sangat dengan Leo tu kenapa kalau dia tak marah kau?" tanya Soon Shin. "Aku nak ajar dia sikit tentang jaga perasaan orang yang tak boleh dibeli dengan duit" jawabnya. Soon Shin menghembuskan nafas yang agak panjang sebagai tanda tidak setuju dengan tindakan Jihyo. "Jihyo kalau kau nak tahu Leo tak suka Se Yeon tu sebab 'nak kena jaga perasaan' ni lah puncanya" kata Soon Shin jujur. Jihyo membuat muka tidak kisah dengan Leo lagi dengan sikapnya yang ingin menyelidik kisah silam Leo. Jihyo terus menyambung ulang kajinya semula tetapi bukan seorang tetapi ada Soon Shin yang menemaninya.

                                               🍫🍫🍫

"Saya dah balik" kata Leo yang melangkah masuk ke dalam rumah. Leo terkejut melihat Jihyo sedang memasak di dapur dan melihat keadaan rumah yang bersih. "Wow! Masak ke?" perli Leo terus melihat apa yang dimasak oleh Jihyo. "Mestilah. Aku masak sayur campur Jihyo namanya dan air oren" katanya. Leo terus mengambil air oren dalam peti sejuk terus dihidangkan dalam cawan dan menyediakan mangkuk dan kelengkapan untuk makan. Setelah siap,Jihyo terus menghidangkan makanannya dalam mangkuk dan diletakkan di atas meja makan.

"Dah siap!" jerit Jihyo. Leo tersenyum sahaja. Leo terus merasakan sayur campur Jihyo tadi. "Sedapnya pandai kau masak tapi malas" kata Leo. Jihyo hanya sekadar menjadi pemerhati sahaja. Leo tidak mampu mengeluarkan kata-kata kerana kesedapan masakan Jihyo yang ringkas tapi sedap. "Kenapa kau tak makan? Ke kau ada letak sesuatu dalam ni buatkan aku.." belum sempat terus dibalas. "Aku tak macam kau okay. Aku ikhlas masak untuk kau lagipun sayur tu dah nak habis kau makan. Aku nak makan apa?" kata Jihyo. Leo melihat makanan tadi memang benar sekali sudah habis. Leo terus membisukan diri dan melihat Jihyo membuat muka yang ugutan.

Leo terus menuju ke peti sejuk. "Leo, kau buat apa tu?" tanyanya tetapi tiada jawapan pun. Leo memanaskan sesuatu di kualinya. Leo membuat Hotteok yang berintikan cinnamon powder,peanut dan sesame. Detelah selesai, Leo terus memberikannya pada Jihyo. "Nyah kau punya makanan. Aku dah bayar tau jangan mintak lagi!" balas Leo. "Thanks. Leo aku minta maaf kalau semalam aku sakitkan hati kau" ucapnya. "Tak payah lah kau nak minta maaf bagai. Aku yang bersalah tapi memang patut pun kau kena minta maaf" gelak Leo. "Hoi! Kau ni memag nak kenakan!" geram Jihyo dibuatnya. Mereka pun terus dengan menjamu  selera bersama-sama.

Leo melihat Jihyo sibuk dengan telefonnya. "Boleh aku tanya sikit?" pinta Leo. Jihyo menoleh ke arah Leo yang sedang memegang buku resepi. "Apa dia?" soal Jihyo. "Boleh kau cite sikit tentang hidup kau dengan keluarga kau? Aku cuma nak tahu" tanya Leo. "Tapi ada satu syarat" ujar Jihyo melepaskan telefonnya diletakkan di atas meja. "Apa pulak syart dia?" kurang seronok Leo dengan syarat itu. "Kau pun kena story kisah silam kau jugak,boleh?. Share is caring" kata Jihyo senyum. Dapatlah aku cite kau Leo, katanya dalam hati.

"Okay...okay..aku cite tapi kau dulu" kata Leo pula. Jihyo akur lalu bercerita. "Sebenarnya, appa aku dulu main judi,minum arak dan berhutang sana sini. Omma aku ada sakit leukimia dan oppa aku pulak sama macam appa aku. Aku dulu yang selalu jadi mangsa yang hampir nak dijual pada orang yang appa aku berhutang. Hidup kami musnah disebabkan ka!i tak mampu nak bayar hutang jadi kami lari. Aku terkejut dengan das tembakan orang tu menuju ke arah appa aku. Omma aku terus selamatkan aku dari semua tu tapi omma aku pulak kena langgar lari oleh sebuah kenderaan. Oppa aku yang muncul secara tiba-tiba terus bawa aku lari bila dia tahu orang tu kejar aku dan omma. Aku disebunyikan di sebuah kedai" kata Jihyo mengimbas kembali.

"Anjuma boleh saya minta tolong untuk sembunyikan adik saya dekat kwasan ni?" tanya oppa Jihyo. "Boleh mari ikut saya" kata Anjuma tersebut terus masuk ke dalam stor kedainya. Oppa Jihyo melarikan diri dari kawasan tersebut dan mati ditembak. "Dari situlah kehidupan aku berjumpa dengan omma baru aku yang selamatkan aku dipanggil Anjuma tadi dan oppa baru,Hongbin. Dia orang menerima aku menjadi anak angkat dan orang baru di dalam kehidupan mereka" katanya sedih. Leo pilu hatinya dan kagum dengan Jihyo yang berjiwa kental. "Oh,sorry kalau selama ni aku selalu ungkit semua ni" kata Leo.

Jihyo tersenyum lebar. Mr Lion dah tunduk dekat si kancil,gelak Jihyo. "Kau pulak?" kata Jihyo dengan punuh bersemangat. "Dulu aku kawan dengan seorang yang sebaya aku,Se Yeon namanya. Aku rimas dengan Se Yeon tapi orang tua kita orang nak jodohkan kami bila umur dah 25 tahun. Dua tahun aku hilangkan diri sebab aku dapat masuk asrama bila umur aku dah 18 tahun" kata Leo. "Kenapa pulak?" soal Jihyo. "Untuk menyelamatkan diri daripada Se Yeon. Tapi, aku kena tipu dengan permainan Wonshik dan mak aku. Mak aku sakit tenat so aku balik tapi aku kena terima Se Yeon lebih daripada kawan" kata Leo. Telefon Leo pun berbunyi sudah terbantut ceritanya. Jihyo mengeluh dengan telefon itu. "Okay,saya datang" ucap Leo.

Leo mematikan panggilan terus berlalu pergi. Kenapa cite dia lain daripada yang Soon Shin ceritakan selama ni? Yang mana satu betul?,hairan Jihyo dibuatnya.

Mianhae kalau membosankan...
Hope enjoy dengan bab ni...
Thanks...

Love chocolateWhere stories live. Discover now