Mereka berempat sedang menjamu selera bersama di meja makan. Jihyo duduk bersebelahan dengan ibu Leo manakala Leo duduk bersebelahan dengan ayahnya. Jihyo terasa agak kekok dan sedikit perasaan malu di hatinya. Apa yang perlu aku buat ni? Makan pun aku tak rasa sedapnya. Leo pulak biarkan mak dia buat keputusan untuk biarkan aku duduk dengan mak dia. Mampus aku!,rungutnya dalam hati. "Piss" bisik Leo dari jauh untuk memanggil Jihyo namun tidak perasan kerana diambang maut duduk dengan mem besar.
Leo terus menyepak kaki Jihyo dan mengejutkannya dengan tindakan Leo. Apa dia yang Mr Lion ni nak?,bisik hatinya sambil berkerut dahi pada Leo. Leo menunjukkan grafu ke arah mulutnya tanpa diminta suap. Jihyo agak malu untuk memegang watak itu tetapi makin kuat dan kerap Leo menyepak kakinya. "Leo,bu..ka.." kata Jihyo dengan sedikit iringan lagu buatan diri sendiri. Leo pun memakannya. Ibu bapa Leo gembira melihat kemesraan tersebut.
"Mama gembira tengok kamu berdua ni" puji ibu Leo. Merah padam muka Jihyo dibuatnya. Ouh! Nasib baik dia tak perasan sangat yang itu hanya paksaan sahaja. Pandai jugak Mr Lion ni berlakon. Kalah perlakon yang lain yang dah lama dalam bidang lakonan ni tak payah guna skrip pun boleh gak,kutuknya. Setelah selesai, mereka berdua pulang ke bilik untuk berehat.
Apabila tiba di bilik, Jihyo terasa agak kurang selesa kerana ini baru pertama kali tidur berduaan di atas katil. "Hoi! Kau jangan fikir bukan-bukan okay. Aku tengok kau pun takde selera sebab bukan taste aku pun" perli Leo. Tersentap Jihyo dibuatnya. Ish! Kau tu je perah santan banyak sangat,jawabnya dalam hati takut diserang pula. "Aku tidor bawak,kau tidur atas,faham? Jangan pulak mengatal nak turun bawak. Aku tak on" kata Leo. Jihyo sudah berapa kali tersentap dengan kata-kata Leo dari tadi. Amboi bahasa menunjukkan bangsa tau! Aku pulak kau nak komen dan larang bagai. Dulu, kau rancang nak buat semua ni tapi bukan jalan yang sah. Sekarang nak nasihatkan aku pulak. Banyak lawa!,sakit lagi hatinya.
Sudah larut malam, mereka berdua masih lagi belum tidur. Kenapa aku takut kalau Leo akan buat sesuatu pada aku? Lagipun,aku risau macam mana nak terus terang dekat Hongbin dan omma nanti bila dah tahu?,bisik hatinya. Leo yang mengiring ke kiri juga memikirkan sesuatu. Kenapa aku kekok bila dengan Jihyo sejak kebelakangan ni? Kalau Mama dan Papa tak kesini mesti aku tak akan rasa semua ni,bisik hatinya.
Ayah Leo yang masuk secara mengejut tanpa mengetuk pintu membuatkan Leo terus melompat ke arah Jihyo di katil. Mereka berdua tersenyum pahit memandang auah Leo sendiri yang membawa segelas susu panas. "Sorry,Papa tersalah masuk bilik. Papa lupa bilik mana" tersenggih ayah Leo. "Takpe pa. Kami okay,kan sayang?" tanya Leo pada Jihyo dengan senyuman manis. Jihyo hanya mampu mengangguk sahaja. Setelah ayahnya berlalu pergi,Jihyo terus memukul dengan bantal di lengan Leo. "Sakitlah! Kau ni dah kenapa hah?! Pukul aku ni" rintih Leo kesakitan. "Kau tu tadi jual mahal siap ugut aku tak gatal bagai. Sekarang ni sapa pulak yang gatal hah?! Kau buat tangan aku sakit tahu!" kata Jihyo bila tangannya tadi ditekan Leo yang secara mengejut. "So,kau on lah ni. Kalau macam tu aku pun on lah. Jom,kau sekarang ni dah jadi milik aku sorang je" kata Leo. Jihyo melihat Leo semakin pelik seperti ingin menerkamnya. Jihyo terus memejamkan matanya daripada terus melihat. "Hahahaha. Kau ni pun. Aku memang tak lah nak on sekarang sebab kau tu bukan taste aku" gelaknya lagi. Jihyo dengan cepat membuka matanya tadi dan terus menolak Leo dari katil sampai terjatuh dari katil. "Tepilah! Sibuk je orang nak tidur" malu Jihyo berkata dan menutup mukanya dengan selimut. Tak boleh jadi ni. Aku kena lah tidur sebelah Jihyo. Ni mesti Mama punya kerja! Aku kena jaga-jaga jugak,bisik hatinya dan membawa bantal terus baring di sebelah Jihyo. "Tengok tu! Sapa yang gatal?!" nafi Jihyo sekali lagi. "Emergency lah nanti Mama aku pulak yang masuk" kata Leo merebut selimut Jihyo. "Kenapa pulak?" tanya Jihyo lagi. "Sebab ni rancangan Mama aku. Dah tidur" kata Leo terus memejamkan matanya. Jihyo terasa sungguh rimas dengan sikap Leo. Malam pun semakin larut dengan kesunyian.
Ibu Leo yang sedang meneguk susu panas tadi terus menanya. "Macam mana mereka tadi?" tanyanya. "Macam tu lah mesra. Kenapa Cha nak tahu sangat ni? Tak elok tahu kacau rumah tangga dia orang" tegur ayah Leo. "Tu lah bersangka buruk lagi. Saya ni dah kenal sangat dah dengan anak teruna kita tu. Masih ingat lagi apa yang dah berlaku pada Leo 5 tahun lepas? Saya takut kalau Jihyo tu buat jahat atau Leo tu nak kenakan si Jihyo tu?" kata ibunya Leo. "Kamu ni pun satu, curiga sangat kan si Jihyo tu. Mana tahu dia baik walaupun hari ni dah kali pertama kita jumpa dengan dia. Lagi satu, kamu ni terlalu syak wasangka dengan anak sendiri sangat" kata ayah Leo. Ibu Leo hanya berdiam diri sahaja setelah mendengarkan semuanya. "Jung" katanya lagi. "Apa dia?" jawabnya. "Macam mana kalau Leo tahu yang dia bukan anak kita?" tanyanya gelisah. Sedikit muka ayah Leo pucat dan mengeluh dengan persoalan itu.
Apakah yang bakal berlaku dengan keluar Jung ini? Adakah cinta itu sudah timbul??
YOU ARE READING
Love chocolate
Romancesecara ringkas,seorang gadis yang bergelar isteri menghadapi segala rintangan seorang diri disamping dalam kesulitan tanpa suami disisinya... #harap terhibur^^ #fantasi semata-mata #maaf jikalau ada salah silap ><