"Saya dah balik" kata Jihyo setelah tiba di rumah. Leo sibuk membuat kek coklat moistnya di dapur. Jihyo dapat menghidu bau sedap kek itu lalu mendapatkan Leo. Jihyo tersenyum girang melihat makanan kegemarannya itu dibuat oleh Leo. Leo yang hanya mengacau adunan topping kek sambil menjeling sahaja Jihyo yang menjadi memerhati dari tadi."Lambat balik. Kau ke mana tadi?" tanya Leo. "Jumpa Soon Shin untuk siapkan tesis kita orang yang akan di hantar minggu depan hari Jumaat" jawabnya terus tangannya mencapai kek coklat moist yang siap dibuat tanpa topping keknya. Leo dengan pantas memegang tangan Jihyo dan mula mata bertentang mata. Kenapa jantung aku berdegup kencang bila Leo pegang tangan aku macam ni? Ke ni namanya cinta selepas kawin?,bisik Jihyo dalam kalbunya. Leo menghentikan lakonannya tadi dengan memberikan kek coklat moist yang sudah siap pada Jihyo.
"Kau makan ni. Yang ni untuk kedai aku ada orang buat tempahan untuk maljis nikah" kata Leo. Jihyo menikmati kek coklat moist itu. "Untuk sapa?" tanyanya. "Puan Kim, pelanggan baru" jawabnya. "Bila kau nak hantar?" soalnya lagi. "Nanti kul 7.00. Nak ikut?" kata Leo setelah meletakkan topping kek di sebelahnya dan duduk menghadap Jihyo. Jihyo mengangguk kepala dan memberikan senyuman pada Leo. "Kalau macam tu kau mandi dulu dan kita makan luar terus malas aku nak masak. Nak tunggu kau masak memang tak" runggut Leo. Jihyo terus mencebikkan bibir itiknya pada Leo dan menuju ke bilik air.
Leo membuka apronnya dan duduk di dapur menunggu keknya sudah di masak. Telefon Leo berbunyi lalu diangkatkan Leo tanpa melihat nama yang tertera di atas skrin telefonnya. Belum sempat Leo berkata sudah terkejut mendengar suara yang sedang berbicara. "Hello,boleh saya berbicara dengan Leo?" pintanya. Leo terhenti nak melihat nama yang di skrin telefonnya. Unknown? Jadi kau masih lagi simpan nombor telefon aku. Aku memang dah agak kau akan cari aku untuk mempergunakan aku lah tu,bisik hatinya dengan punuh kejutan dari seseorang.
"Leo" sapa Jihyo yang mwmbuatkan Leo semakin terkejut lalu mematikan telefonnya. "Oh,apa dia?" tanya Leo. "Kau letak dekat mana shampoo aku?" tanya Jihyo dan ada rasa serba salah kerena mengejutkan Leo. "Oh,dekat bilik tu tapi berkunci. Kau ke meja aku ambik kunci dekat laci bahagian bawah" kata Leo pula. Jihyo melihat wajah Leo yang berpucat muka itu seperti ada sesuatu yang sudah berlaku pada Jihyo membuakan seribu persoalan tetapi takut Leo memarahnya pula. "Leo,kau okay ke?" tanyanya sebelum pergi ke bilik untuk mengambil kunci. "Aku okay. Kenapa kau tanya?" soalnya. "Muka kau pucat" jawab Jihyo menunjukkan mukanya. Jihyo terus pergi ke bilik untuk mengambil kunci. Setelah itu, Jihyo ke bilik yang dimaksudkan oleh Leo sebentar tadi.
Jihyo terkejut melihat piano berwarna hitam di sudut bilik. Jihyo menuju ke piona tersebut. Eh,ada piano dalam bilik ni? Mesti Leo pandai main piano ni. Tapi kenapa dia kunci bilik ni? Mesti ada apa-apa ni or rosak?,fikirnya melihat piano tersebut. Jihyo keluar dan mengunci pintu bilik tersebut dan ke bilik air. Ereka berdua terus menuju ke halaman rumah dan menuju ke tempat untuk menghantar kek coklat moist yang dotempah oleh Puan Kim.
🍫🍫🍫
Dalam perjalanan, Jihyo memandang ke arah Leo sambil memegang kotak kek yang dihias oleh Leo sendiri. "Kenapa kau tak buat dekat kedai tadi?" tanya Jihyo dengan hairan. "Hari ni aku off day so tak ke kedai lah" jawabnya sambil menumpukan perhatian ke hadapan. Pemandu yang berhemah katakan. "Oh. Ermm..boleh aku tanya sikit?" pinta Jihyo padsa Leo. "Apa dia?" soalnya pula. Jihyo agak ketakutan untuk menanyakan soalan tentang piano itu takut seperti di dalam bab 10. Namun,Jihyo tetap memberanikan diri dan tetap ingin bertanya juga.
"Kenapa kau kuncikan pintu dalam bilik hujung tu?" tanyanya tanpa teragak-agak. "Sebab takde orang duduk dalam bilik tu" jawabnya selamba. Jihyo masih lagi tidak ykin itu jawapan bagi persoalannya tetapi dia redha dengan jawapan tadi dan menanyakan soalan yang lain. "Kenapa kau tak main piano tu lagi?" tanyanya lagi. "Sebab tak reti nak main. Tu omma aku minat so dia letak dekat dalam rumah aku tu. Jadikan wasiat katanya" jawab Leo. Mereka pun sampai di kawasan maljis nikah Puan Kim. Mereka keluar dari dalam perut kereta lalu menuju ke arah Puan Kim. "Terima kasih banyak-banyak sebab tolong Aunty" ucap Puan Kim. Jihyo membalas dengan senyuman. "Boleh Aunty tahu kau ni siapa?" soalnya dengan senyuman. Jihyo terus memperkenalkan diri apabila dirinya menyedari Puan Kim orang yang peramah.
"Nama saya Song Jihyo. Saya..." terhenti kata-kata Jihyo apabila Leo bersuara. "Pekerja baru saya Puan Kim" ujarnya yang datang dari belakang Jihyo. Jihyo memberikan senyuman yang agak pahit kerana terkejut mendengar kata Leo sebentar tadi. "Oh macam tu. Jemputlah masuk ke dalam rumah Aunty" pelawanya dengan baik. "Takpe Puan Kim. Kami berdua ada hal sikit yang nak diuruskan. Mianhae" ujar Leo lalu menjeling ke arah Jihyo untuk berlalu pergi dari situ. "Ermm,gwenchana. Thanks for this cake" ucapnya lagi. Jihyo dan Leo menuju ke restoran untuk mengisi perut yang sudah mula berkeroncong.
Mereka menikmati hidangan Bulgogi set dan air kopi caremal. Jihyo ter!enung melihat makanan tersebut. Kenapa dia cakap aku ni pekerja dia? Ke dia ni masih takde perasaan dekat orang macam aku ni or taste dia ni tinggi dan pemilih?,terlintas semua itu dalam mindanya. Leo yang menikmati keenakkan itu terhenti melihat Jihyo yang termenung jauh. "Hoi! Kau ni kan dekat sini pun nak termenung gak" geleng Leo kepalanya. "Jihyo terkejut lalu meletakkan chop stick. "Cakap baik tak boleh ke nak kejut kan aku jugak" rungutnya. "Cakap baik pun tak guna dekat pompuan sekarang ni" perli Leo dan meneguk air kopi caremalnya. "Tak semuia perempuan sama. Lagipun perempuan diturunkan ke bumi untuk lelaki dan mereka juga menjaminkan generasi yang akan datang. Perempuan semua ada perasaan jugak tahu" jawab Jihyo apabila dirinya tidak suka Leo menafikan kata-katanya sebentar tadi.
Leo terus meletakkan chop sticknya lalu bangun dari duduknya terus berlalu. Jihyo turut mengikuti Leo yang pergi. "Leo,mianhae kalau aku terlalu mendesak kau tapi aku tak tahu kenapa kau benci dengan semua perempuan?" soalnya. Leo terhenti langkah kakinya yang berjalan. Leo menoleh ke Jihyo yang berada di belakangnya. "Kisah silam aku tak payah kau nak tahu sangat lah. Aku tahu kau memang tak suka bila cakap cakap macam tu. Tapi memang betul apa yang aku cuba sampaikan ape. Semua pompuan nak lelaki memahami dia untuk kepentingan diri tu je" ujar Leo. Jihyo berasa sungguh sedih melihat Leo.
"Kalau kau benci perempuan sekali pun tanpa aku tahu sebabnya tapi kenapa aku tak bencikan ayah aku sendiri yang dah bunuh omma aku dan oppa aku depan mata aku sendiri masa usia aku 8 tahun" ucap Jihyo dengan sedikit sebak yang membuatkan Leo terkejut besar melihat keadaan Jihyo. "Kenapa aku mampu ubah memikirkan aku dengan positif,Leo? Kenapa aku redha atas perbuatan appa aku ke atas kematian omma dan oppa aku sendiri?" semakin mendalam katanya lagi. Jihyo terhenti dan memegang erat tangan Leo. "Walaupun kau masih berdendam pada cinta pertama kau sekali pun,tapi kau masih lagi ada orang tua kau di sisi bila kau susah dan senang" kata Jihyo memberikan semangat pada Leo.
Leo terus memeluk Jihyo dengan penuh erat. Leo tidak mampu menyuarakan suaranya setelah dirinya tahu bahawa Jihyo hidup hanyalah sebatang kara tanpa sesiapa di sisi. Maafkan aku Jihyo. Aku tak tahu kau juga pernah ada rasa kehilangan juga. Tapi kau mampu jadikan semua ni positif tapi itu bukan aku. Diri aku hanyalah tetap membalas semuanya tanpa ada sebarang halangan,api amarah tidak mampu dipahamkan lagi dengan air. Mereka berdua pun pulang ke rumah.
Mianhae kalau bosan untuk bab ni.....
Thank yang sudah membacanya dan vote...
Jangan lupa bab seterusnya....
YOU ARE READING
Love chocolate
Storie d'amoresecara ringkas,seorang gadis yang bergelar isteri menghadapi segala rintangan seorang diri disamping dalam kesulitan tanpa suami disisinya... #harap terhibur^^ #fantasi semata-mata #maaf jikalau ada salah silap ><