BAB 8

80 13 2
                                    

Seminggu sudah berlalu. Jihyo dan Soon Shin seperti biasa pergi menuntut ilmu. Setelah selesai, Jihyo dan Soon Shin akan pulang ke rumah. "Soon Shin, aku nak ke library. Kau baliklah dulu nanti aku naik teksi or bas ke?" pinta Jihyo. Soon Shin tidak mahu meninggalkan Jihyo disebabkan moodnya sejak kebelakangan ini agak pelik.

"Takpe aku tunggu kat kereta" kata Soon Shin lalu memberikan senyuman. "Lagipun aku ada urusan yang nak dibuat selepas ni. Takpe kau balik dulu. Jangan risau tentang aku,okay?" jawabnya lalu menepuk bahu Soon Shin. Mereka berdua terpisah pada haluan masing-masing. Jihyo pergi menuju ke kafe yang tidak jauh dari kawasan tersebut. Jihyo menunggu seseorang di situ.

Setelah 10 minit, orang yang ingin menjumpanya sampai lalu duduk menarik tangannya. "Eh,sakitlah! Kau nak apa lagi hah! Kau ingat aku boleh lupakan semua tu atas apa yang kau dah buat" marah Jihyo pada Leo. "Aku tahu memang salah aku dan aku datang untuk bertanggungjawab. Kita kahwin" kata Leo dengan serius. Nasib baik tiada pelajar berdekatan dengan mereka berdua yang membincangkan masalah tersebut.

Jihyo terdiam setelah mendengar kata-kata Leo tadi. "Jadi,aku nak kau ikut aku. SEKARANG!" kata Leo lalu menarik tangan Jihyo ke keretanya. Jihyo hanya membisukan diri setelah melihat Leo yang ada rasa bersalah padanya. Kenapa aku tidak mampu untuk membalasnya Leo? Kau dah sakitkan hati aku dan hancurkan maruah aku dan senangnya kau cakap nak kawin dengan aku. Perempuan yang Wonshik cakap hari tu sebab ni ke?,bisikkan hati Jihyo.

Mereka tiba di sebuah gereja lalu masuk ke dalam. "Kau nak bawak aku ke mana ni?" tanya Jihyo. Leo memandangnya dengan mata tajam singanya itu. "Aku dah cakap kita kawin kan?" kata Leo lalu menarik Jihyo masuk ke dalam gereja. Jihyo tidak mampu mengelakkan daripada perbuatan Leo kerana takut akan ada sesuatu pada dirinya. Jihyo terkejut setelah melihat Paderi, Wonshik dan Soon Shin afa di dalam. Soon Shin? Bukan dia balik tadi tapi kenapa dia ada dekat sini?,tanya hatinya dengan hairan melihat Soon Shin yang berdiri terkaku.

Leo membawa Jihyo mendekati Paderi untuk mengahwinkan mereka berdua dengan tidak berpakaian seperti pasangan yang secocok dan memiliki cinta dari dua hati menjadi satu. Inilah dinamakan mahligai tanpa cinta.

"Saksi kami berdua ialah Kim Wonshik kawan saya merangkumi bagi pihak saya sebab keluarga saya tidak dapat hadir disebabkan ada urusan di luar negara manakala dibelah pihak bagi perempuan adalah kawannya iaitu Lee Soon Shin" ceritanya panjang lebar. Paderi terdiam mendengar kata-kata Leo yang begitu serius.

"Siapa nama pengantin lelaki dan nama pengantin perempuan?" tanya Paderi tersebut. "Saya Leo. Dia Song Jihyo" kata Leo. Paderi agak terkejut dengan nama pengantin lelaki. "Leo itu nama sebenar kamu ke?" tanyanya lagi. "Nama sebenarnya ialah"terhenti Wonshik setelah Leo menahan tangannya. "Saya perlukan nama sebenar pengantin lelaki disebabkan kamu akan dapat surat nikah yang sah dan perlukan tandatangannya juga" jelas Paderi. Leo memandang Jihyo lalu menyebut nama sebenarnya "Jung Teakwoon". Jihyo terkejut mendengar nama Leo. Dia ke Jung Teakwoon tu? Anak kepada Syarikat Jung yang terhebat di serata dunia dalam pembuatan kek,biskut dan kuih dengan coklat?!,kata hatinya.

Love chocolateTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang