Leo balik ke rumahnya dan melihat Jihyo belum lagi pulang. Leo terus masuk ke biliknya untuk membersihkan diri. Jihyo pula pulang dan masuk ke rumah seperti pencuri yang cuba ingin mencuri. Nasib baik Mr Lion tu belum sampai sebelum aku,bisik hatinya dengan tersenyum sinis. Jihyo pergi ke bilik untuk membersihkan diri. Jihyo terus mengambil kain tuala berwarna merah lalu menuju ke bilik air. Jihyo membuka pintu bilik air tersebut tanpa ragu-ragu lalu masuk. "Hah!!!!" jerit Jihyo lalu melompat keluar dari bilik air tersebut. Apa yang aku dah nampak tadi? Oh Tuhan,katanya lalu mengosok matanya berkali-kali.
Leo terus keluar dan terus memegang tangan Jihyo. "Kau ni kan memang perempuan gatal kan! Cuba ketuk dulu pintu jangan main masuk je. Tu nasib baik aku guna baju singlet dan seluar pendek bila mandi. Kang tak pasal-pasal kau pengsan tengok keseksian aku" kata Leo dan menunjukkan kesadoannya pada Jihyo. "Eh,kau tu yang salah mandi tak kunci pintu manalah aku tahu kau ada dekat dalam" jawab Jihyo tidak mahu mengalah. "Oh,tindakan kau tu lah salah sebenarnya. Tak kisahlah ada orang ke takde orang dalam rumah ni kau tetaplah beradab sikit je tak payah banyak sangat sebab kalau kau ikut amalan ketuk pintu ni kau selamat dari di timpa maut sendiri,faham Crazy Cho" perli Leo dan mencubit telinga Jihyo. Jihyo mengadu kesakitan kerana dicubit Mr Lionnya itu. "Sakitlah! Okay fine aku mengalah puas?" kata Jihyo daripada cubitan Leo. Leo tersenyum sinis lalu menolak Jihyo ke tepi dan terus menuju ke almari. Tengok tu main tolak-tolak pulak kang tak pasal-pasal aku tendang kau nanti sampai kat Malaysia baru tahu,marah Jihyo dan masuk ke dalam bilik air.
Leo duduk di sofa sambil menonton drama di kaca televisyennya. Jihyo terus duduk di sofa yang agak jauh dari Leo. Terlintas di hatinya ingin menanyakan sesuatu dari Leo tapi takut dibahamnya pula. Jihyo cuba menyelingnya sedang berbuat apa tetapi diketahui oleh Leo sendiri. "Kau nak tanya apa? Cakaplah" ujar Leo yang sudah tahu melihat wajah Jihyo yang dari tadi. "Kau tak marah aku ke nanti?" katanya. Leo hanya memberikan jawapan dengan mengelengkan kepalanya tanda tidak. "Aku nak kau jujur boleh untuk soalan aku ni" katanya lagi sebelum menyoalkan pertanyaan. "Apa dia yang perlu aku jujur kat kau? Lagipun aku kawin dengan kau dan bertanggungjawab je takde cinta tu bagai jangan mimpi" kata Leo membuatkan Jihyo makin sakit hati. Kenapa aku yang kau jadikan mangsa dalam hidup kau Leo? Kenapa kau kawin dengan aku walaupun kau memang tak buat semua tu tapi apa yang kau rancang dalam diri kau untuk memusnahkan aku?,tanya Jihyo tetapi dalam hatinya namun masih lagi mencari jawapan di sebalik semua kejadian dalam hidup Leo. Namun, kata-kata Leo tadi langsung tidak disimpan Jihyo dalam hatinya mahupun dia memilih untuk menebalkan hatinya dengan ketabahannya.
"Kau pernah bercinta?" tanyanya dengan penuh berani.
"Penah" jawabnya selamba.
"Dengan sapa?".
"Secret".
"Orang tu ada dekat korea ni or kampus kita?".
"Entah".
"Leo kau akan kembali ke pada dia semula?".Leo terdiam mendengar persoalan itu lalu menuju ke arah Jihyo yang duduk di sofa. "Kau rasa apa yang patut kau buat masa tu?" tanya Leo pula membalas serangan dengan perang bibir yang bakal berlaku dalam kehidupan mereka pada hari itu juga. "Apa yang kau dah buat untuk kepentingan dia sendiri tanpa kau sedar kau dah bagi segala-galanya supaya dia happy dan tak sunyi,kau sanggup seksa diri kau balik untuk kembali pada dia? Kau akan buat apa pada waktu tu ermm? Kau couple dengan dia semula or kau balas perbuatan dia. Mana kau pilih" sambungnya semula dan memandang jauh dalam mata Jihyo. Jihyo terdiam mendengar penjelasan dari mulut Leo sendiri. Jadi betullah kau benci Se Yeon tu dan kau mempergunakan aku untuk balas dendam,katanya setelah dirinya mendengarkan segala lontaran suara Leo yang masih lagi merasakan seribu keperitan dan kesakitannya yang sungguh mendalam di lubuk hati Leo sendiri.
Leo terus menuju ke bilik. Jihyo masih lagi memikirkan perkara yang baru dibicarakan sebentar tadi dengan seribu persoalan untuk mengetahu sebabnya Leo menggunakan dirinya untuk membalas dendam. Persoalannya adakah cinta itu akan timbul dalam hati pasangan ini atau sekadar untuk menjadikan perkahwinan ini sebagai satu jalan untuk Leo membalas dendam sahaja?.
Leo yang berpakaian baju t-shirt berwarna biru dan seluar jeans hitam. "Kau nak ke mana tu?" tanya Jihyo dengan hairan disebabkan hari Jumaat. "Suka hati aku nak ke mana tak payah tunjuk prihatin tu sangat" marah Leo berlalu pergi. Jihyo semakin tidak memahami apa yang Leo fikirkan tentang dirinya yang hanay sekadar megajukan persoalan tadi. Kenapa hati kau keras Leo? Apakah aku salah disebabkan menanyakan soalan peribadi hidup kau ke?. Aku cuma nak tahu sikit pun,rintih Jihyo di dapur sedang membawa air kopi dua cawan. Satu untuknya lagi satu pula untuk Leo tetapi keluar.
🍫🍫🍫
Leo menunggu seseorang sambar meneguk air kopi yang masih lagi hangat dan jugak air kegemarannya. "Sorry beb aku tadi ada hal. So,apa yang kau nak cite dekat aku sampai call aku tadi?" tanya Wonshik dan mengambil air kopi milik Leo. "Aku nak tanya sikit ni?" mula Leo membuka bicara. "What?" soalnya. Leo mula menyelesakan diri duduk di kerusi dan riak wajah yang agak serius. "Kau ada cakap sesuatu pada Jihyo tentang Se Yeon?" tanya Leo. "Wonshik terkejut lalu terbatuk mendengarkan persoalan tadi. "Tak. Kenapa kau tanya pulak ni? Ke dia ada syak benda yang bukan-bukan kat kau ke?" tanya Wonshik pula. "Jihyo mungkin syak aku kot sikit lah sebab aku rasa dia tak tahu sapa Se Yeon tu dan dia tanya aku pernah couple lepastu satu kampus dwngan kita bagai" jujur Leo berbicara.
Wonshik berfikir agak lama dan terus memetik jarinya seperti sudah tahu jawapannya. "Mungkin sebab hal peribadinya kau kot" katanya terus meneguk air kopi. "Maksud kau apa?" soalnya masih lagi keliru. "Kau ni pun kurang bersosial sangat sebab tu lah tak tahu sangat tentang kepopularan diri sendiri. Kau kau anak Dato Jung Ho Seok dan Datin Cha Jian pulak" ujarnya lagi. "So,apa kena mengenanya aku dengan Jihyo?" blur Leo dibuatnya. "Haih kau ni sah-sah tak baca ke group membawang lah tu" kata Wonshik cuba memendekkan cerita. "Dekat mana?" soalnya lagi. Wonshik terus membalas "blog".
Leo terus menyandarkan belakangnya di kerusi. "Cepatnya air kopi ni habis!" rungut Wonshik. Leo terus memandangnya lalu merampas cawan air kopinya. "Kau ni kan nama je rapper terkenal secawan air kopi pun tak mampu nak beli. Kedekut betul lah kau ni!" marah Leo yang melihat cawan kosong sahaja. "Aku pun nak kawin jugak tapi aku kena simpan duit banyak" ujar Wonshik dengan senyuman tersenggih-senggihnya. "Banyaklah kau!" marah Leo lalu tersenyum. "Order lagi tapi kau belanja,boleh?" pinta Wonshik. "Hah engkau makan siku nak? Kau pulak nak habiakan harta aku pulak!" kata Leo ketawa. "Okay,lain hari kau pulak belanja aku. Takde banyak alasan masa tu" kata Leo terus memanggil pelayan. Wonshik memerikan senyuman pahitnya. Wonshik tahu semarah mana Leo tetap akan berbaik dengannya. Tetapi, adakah Leo berbaik dengan Jihyo sebagaiman sahabatnya dengan Wonshik?
Thanks kalau yang sudi membaca dan vote...
Mianhae kalau terlalu membosankan dan agak panjang..
Jangan lupa bab seterusnya......
YOU ARE READING
Love chocolate
Romantizmsecara ringkas,seorang gadis yang bergelar isteri menghadapi segala rintangan seorang diri disamping dalam kesulitan tanpa suami disisinya... #harap terhibur^^ #fantasi semata-mata #maaf jikalau ada salah silap ><