Jihyo yang sedang menikmati air kopinya sambil melihat buku yang dijumpainya di kedai Leo tadi. Dia mula untuk membacanya. Kulit buku itu sungguh menakutkan kerana dibalutnya dengan pembalut buku warna hitam dan merah. Kenapa dia balut buku ni sampai macam ni? Perlu ke warna hitam dan merah?,tanyanya hairan. Jihyo terus membacanya.
Pada 2 Jan 201X
Aku mula belajar untuk menulis dalam buku ini yang tidak dipanggil diari kerana aku bencikan namanya DIARI! Tetapi rakan ku Wonshik lebih suka akan aku luahkan perasaan terhadap buku ini untuk senangkan hati aku. Namun,tak semudah tu untuk aku lupakannya.Jihyo mula mengeluh dengan kata-kata Leo yang agak sedikit angkuh itu. Dia ni kan memang nak makan siku aku betul! Nama diari pun disalahkan?! Tak guna betul Mr Lion ni!, rungutnya kejam. Jihyo menukarkan muka surat yang lain tetapi kurang menarik. Dia cakap tak suka luahkan perasaan dekat buku ni tapi tulis gak?!,mengeluh lagi. Jihyo terjumpa muka surat yang menarik perhatiannya lalu dibaca penuh keasyikan.
Pada 28 Mac 201X
Aku mula mengenali Park Se Yeon sejak dari umur ku 5 tahun. Keluarga ku sungguh rapat dengan keluarga Se Yeon. Aku mula rasa tidak menyukai untuk berkawan dengannya setelah aku mendengar kata-kata ibuku untuk mengahwini ku dengannya bila usiaku 20 tahun nanti. Pernah aku katakan sesuatu pada ibuku masa umurku 5 tahun dulu."Mama,kenapa nak kawinkan Leo dengan Se Yeon bila 20 tahun nanti?".
Ibuku tak pernah membalas persoalan itu tapi hanya memberikan kata-kata "aigoo,cuty".
Jihyo hanya tersenyum sahaja apabila dirinya dapat membayangkan bahawa Leo membicarakan tentang hal perkahwinan pada usia 5 tahun. Jihyo terus membaca di muka surat belakangnya. Jihyo terkejut apabila melihat gambar Leo dan Se Yeon. Usiaku sudah 12 tahun,baca Jihyo tulisan di bawah gambar tersebut.
Pada 24 Mei 201X
Lagu Happy Birthday berkumandang penuh di kawasan halaman rumah Se Yeon. Aku hanya duduk dan hanya menjadi pemerhati sahaja. Aku duduk di kerusi bersebelahan dengan ibuku. Waktu itu,aku hilang perasaan bila ibuku berbicarakan tentang Se Yeon. Apakan daya aku hanya perlu memekakkan telinga sahaja.Jihyo terkejut dan terus membawa buku itu ke bilik. Leo terus memanggil Jihyo. Alamak! Mr Lion dah mula buat drama lak!,bisik hatinya. Jihyo keluar dari bilik seperti biasa. Leo yang mencarinya memandang ke arah Jihyo yang berjalan ke arahnya. "Kau okay ke?" tanya Leo sedikit gelisah. "Kenapa kau tanya soalan macam tu? Sah-sahkan aku sihat depan kau ni" kata Jihyo. Leo membawa Jihyo duduk di ruang tamu. Jihyo hanya mengikutinya sahaja dengan perasaan hairan. Asal Mr Lion ni? Siap tanya aku okay ke tak,bisik hatinya.
🍫🍫🍫
Ramai sungguh orang yang balik ke tanah air sendiri. Ada yang berlepas dan ada yang mendarat. "Welcome home,Cik Se Yeon" ujar pembantu peribadi keluarga Se Yeon. "Thanks! Mama papa tak datang ambik I?" tanyanya lagak. "Tak Cik Se Yeon. Dia orang ke Hong Kong ada maljis di sana. So, mereka suruh saya ambik Cik Se Yeon di airport" jawabnya. Se Yeon menanggalkan topinya dan juga cermin mata hitamnya. "It's okay. Kau boleh balik ke rumah dulu. I nak ke tempat lain dulu" katanya. Mereka berjalan ke arah yang berlainan. Se Yeon berjalan bersama dengan seseorang di belakang sambil membawa beg bagasi Se Yeon. Mereka menuju ke tempat kereta. "Hanbin, hantar saya ke Kedai Kek Jung"ujar Se Yeon.
Jihyo yang mendengar kata-kata Leo yang duduk tidak jauh darinya. "Kau kena berhati-hati sejak dari hari ni okay? Aku risau kalau kau"terhenti kata-katanya sebentar tadi. Jihyo hanya mendiamkan diri sahaja. Kelu lidahnya untuk mengeluarkan kata-kata. Leo bangun dari duduknya dan pergi tinggalkan Jihyo. Adakah semua ni ada kena mengena dengan Se Yeon? Dia dah kembali ke Korea? Ish! Kenapa aku pulak yang gelisah ni?!,satu tamparan ke pipinya untuk menyedarkan dirinya dari persoalan itu.
Setelah tiba di kedai Leo, Se Yeon memandangnya dengan penuh kesedihan di hati. "Kenapa kau nak ke kedai Leo ni? And kau nanggis ke?" tanya Hanbin. "Kau tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni sebab problemnya kedai dia dah tutup jam segini!" tengking Se Yeon. Hanbin hairan disebabkan jawapan tadi memang tidak masuk akal sekali untuk persoalan sebentar tadi. "So,you crying?!" tanyanya lagi. Se Yeon terus memandangnya dengan tajam sekali. "Kali ni aku tak akan bagi kau terlepas lagi Leo. Aku akan jadikan kau milik aku buat selama-lamanya! Aku tak akan bagi kau hidup dengan sedang kalau tak kawin dengan aku. Dan aku akan hancurkan hidup kau kalau kau curang dengan aku!".

ANDA SEDANG MEMBACA
Love chocolate
Romancesecara ringkas,seorang gadis yang bergelar isteri menghadapi segala rintangan seorang diri disamping dalam kesulitan tanpa suami disisinya... #harap terhibur^^ #fantasi semata-mata #maaf jikalau ada salah silap ><