BAB 20

35 11 0
                                    

Leo terjaga dari tidur lenanya dan menyedari bahawa Jihyo sudah tiada di sisinya. Leo dengan segera duduk dan melihat bantal disusun rapi. Mana Miss Choco Crazy ni? Siaplah kalau kau buat hal sampai Madam besar tahu!,bisik hatinya bersangka buruk. Leo terus menuju ke bilik mandi. Tetapi,langkahnya sedikit perlahan untuk membuka pintu bilik mandi tersebut. Kemungkinan kau nak buat kejutan untuk aku? Okay,I'm on!,katanya lagi. "Jihyo!" kejutnya tetapi dia mengaru kepalanya yang gatal itu setelah menyedari bahawa Jihyo tiada di situ. Leo dengan segera keluar dan !emeriksa keadaan biliknya itu. Fuh! Nasib baik takde orang yang nampak apa yang aku buat tadi. Kenapa dengan aku ni? Kenapa kau nak sweet dengan Miss Choco Crazy tu?!,marah diri sendiri. Leo terus menyambung niatnya tadi untuk membersihkan diri.

Setelah selesai, Leo terus keluar dan melihat ibunya bersama Jihyo di tepi kolam yang tidak jauh dari situ. "Mama dan Jihyo buat apa dekat luar ni? Macam lah rumah Leo ni dah takde ruang tamu nak berbual. Nak jugak tepi kolam kang tak pasal-pasal sayang tergelincir masuk kolam,kan?" usik Leo pada Jihyo dengan memanggilnya sayang. Ibu Leo hanya tersenyum girang melihat kebahagiaan rumah tangga Leo. "Bosanlah duduk dalam rumah je. Nak jugak sembang dekat luar ni sambil ambil angin kan Jihyo?" kata ibunya Leo. Jihyo terus memberikan trumb up pada ibu Leo tanda sokong dan setuju. "Habistu perut Mama dan Jihyo tak kembunglah banyak sangat ambil udara ni? Dulu Mama nak Leo belajar bersungguh-sungguh untuk tunaikan Mama punya janji dan rumah macam ni. Leo dah beli lepastu cakap bosan pulak?" rintih Leo dengan nada sedih. "Mama nak kamu senang dah ada rumah untuk perlindungan kamu. Lepastu dah beristeri kang senang nak bina rumah tangga dengan senang. Tapi,bila nak ada anak pulak?" tanya ibu Leo. Leo dan Jihyo terkejut dengan kata-kata ibunya. "Ma,Leo belum bersedia lagilah nak ada anak" rungut ibu Leo. Jihyo hanya sekadar menjadi pemerhati sahaja. "Heh! Umur kamu semakin hari semakin meningkat tahu! Dah tak muda lagi! Kamu ni sampai bila nak ada anak kalau cakap tak ready je. Ni lah puncanya generasi tak boleh bahagia sebab takde ikatan perkahwinan yang kukuh sebab tak nak anak!" marah ibu Leo.

Leo terus memeluk ibunya dengan penuh erat. "Ma,sapa cakap Leo tak nak anak. Ermm, sapa cakap? Meh sini Leo pukul dia kuat-kuat. Ma, Leo cakap belum bersedia tu sebab Leo nak manja dengan Jihyo puas-puas. Barulah nak anak" pujuknya. "Mengada betul kamu ni! Kasihan Jihyo terpaksa bersalin umur dah tua nanti! Entah-entah Mama tak boleh tengok cucu sendiri sebab nak mati" katanya dengan sedih. "Mama! Janganlah cakap macam tu! Tak elok tahu" kata Leo. Jihyo sempat termenung. Omma,bilalah omma boleh peluk Jihyo macam mak Leo dengan Leo ni? Omma,kenapa Jihyo terasa dahagakan kasih sayang omma? Omma,Jihyo rindu sangat-sangat kan omma,bisik hatinya.

"Sayang kena belajar bersungguh-sungguh supaya jadi anak yang berjaya dan ada kerjaya yang boleh buatkan Jihyo hidup dengan sempurna. Buatlah semua ni sebagai satu pengajaran kalau tak berusaha" kata ibu Jihyo, Song Ha Hyung. Umur yang belum matang itu hanya sekadar mendengar sahaja. Abangnya sahaja yang mampu mengerti kata-kata ibunya. Imbas kembali itu terpadam dengan melihat ibu Leo memeluknya. "Sayang,walaupun ibu dan ayah kamu tiada disini tapi saya akan menjadi ibu awak jugak. Tak usah bersedih" peluknya dengan erat. Jihyo terus mengeluarkan tanggisannya yang sudah lama ingin memeluk ibunya. Leo terus memandang Jihyo dengan panahan yang sedih dimatanya.

Love chocolateWhere stories live. Discover now