Awal pagi lagi Jihyo sudah bangun dari tidurnya manakala Soon Shin masih lagi membuta di biliknya sambil diambang mimpi indah. Jihyo terus menyediakan sarapan pagi dengan membuat menu yang istimewa iaitu kimbap dan air teh yang masih lagi hangat.
Jihyo mencatat sesuatu di sehelai kertas sambil bersarapan. Jihyo mencatat bahan yang perlu dibeli untuk menyelasai misinya. Setelah selesai, Jihyo mencuci cawannya dan bertolak ke tempat letak kereta. Jihyo memandu menuju ke pasaraya yang berdekatan dengan rumah mereka.
Setelah sampai,Jihyo mengambil troli barang lalu ditolak ke dalam untuk mencari barang tersebut. Jihyo bercadang untuk memcari tepung gandum,baking powder dan baking soda. Seterusnya, Jihyo mencari butter,susu pekat dan susu segar. Akhir sekali bahannya ialah serbuk koko. Namun,Jihyo sukar mencarinya kerana dia langsung tidak menemukannya.
Jihyo mendongokkan ke atas dan melihat serbuk koko yang diletakkan dalam kotak. Jihyo cuba mencapainya namun gagal kerana terlalu tinggi tempat itu. "Ada apa boleh saya bantu Cik Jihyo?" pinta suara garau di sebelah kirinya. "Boleh tolong ambilkan saya sekotak ser...buk..eh,Leo? Kau buat apa kat sini?" tegur Jihyo setelah menyedari siapa gerangan yang ingin membantunya tadi.
"Beli barang untuk kek aku. Kau?" kata Leo sambil mengambil sekotak serbuk koko untuk Jihyo lalu diberikannya. "Oh..,aku nak tamankan misi kau ni" jawabnya selamba dan menolak troli ke kaunter pembayaran.
Setelah selesai membuat pempembayaran, troli barang Jihyo dihentikan oleh Leo. "Jom ikut aku" kata Leo dengan nada suara yang agak serius. "Nak ke mana? Aku ada kerja nak dibuat ni" kata Jihyo menolak pelawaannya dengan baik. "Kau nak aku ajar kau buat kek tak?" tanya Leo. Jihyo termenung setelah mendengar pelawaaan yang agak baik itu kepadanya. "Okay kalau macam tu. Tapi kena ada satu syarat" pinta Jihyo dengan menunjukkan jari telunjuknya kepada Leo. "What?" jawabnya pula. "Kau kena hentikan game ni dan aku bebas okay? Dan lagi satu, jangan dakwa aku dekat mahkamah or balai polis okay?" pinta Jihyo. Leo hanya sekadar tersenyum sahaja. "Boleh tak?" ulangnya lagi namaun tiada jawapan pun diberikan oleh Leo.
Mereka pun bertolak menuju ke tempat kereta. "Eh? Kau nak ke mana pulak?" tanya Leo setelah melihat laluan mereka berlainan. "Ke kereta kau la apa lagi? Kau cakap ikut kau" jawab Jihyo dengan blur sedikit. "Naik kereta kau nantiaku hantar. Don't worry" kata Leo. Jihyo hanya mendengar sahaja kata Leo. Setelah barang dimasukkan ke dalam bonnet keretanya lalu bertolak.
🍫🍫🍫
"Kita bukan ke kedai ke?" tanya Jihyo dengan hairan setelah melihat sebuah rumah. "Tak ke rumah aku. Jom" sahut Leo lalu keluar dari perut kereta. Jihyo terus bergerak dengan pantas keluar. Leo mengeluarkan barang dari bonnet kereta.
"Habis tu mak dan ayah kau ada ke?"tanya Jihyo
"Pelik soalan kau tu"jeling Leo
"Bukan apa Leo aku ni..."belum habis katanya disambung Leo.
" Malu,segan. Dah lah kau ni berdrama sangat! Aku duduk sorang dah namanya bujang. Tolong aku bawak barang ni" pinta Leo kepada Jihyo. Mereka berdua menuju ke dapur untuk membuat kek coklat moist itu."Kau cuci tangan dulu lepastu pakai apron okay?" kata Leo.
"Okay" jawabnya setelah melihat Leo menyediakan kelengkapan yang akan digunakan untuk membuat kek tersebut.
"Mula-mula sekali kalau kau buat kek coklat moist ni,kau kena panaskan air dalam periuk kukus dulu sebab air mengambil masa untuk mendidih. Lepas tu baru kau boleh buat adunan untuk kek dari step by step" kata Leo lalu mengambil sudu dan diketuk pada dahi Jihyo. Jihyo mengadu kesakitan. "Sakitlah! Kau cakap je aku still boleh dengar" kata Jihyo sambil mengusap-usap dahinya."Mari mulakan. Step pertama kau kena sukat bahan untuk buat kek dia dulu. Kau sukat dan aku perintahkan,okay?" kata Leo dengan serius. Jihyo hanya mengangguk kepala tandanya dia mengerti apa yang seharusnya diperintahkan. Jihyo memyukat 1 cawan serbuk koko, 1 cawan susu pekat,1 cawan susu cair,1 cawan gula, 1 cawan minyak dan 3 biji telur ke dalam blender dan di kisar selama 5 minit.
YOU ARE READING
Love chocolate
Romansasecara ringkas,seorang gadis yang bergelar isteri menghadapi segala rintangan seorang diri disamping dalam kesulitan tanpa suami disisinya... #harap terhibur^^ #fantasi semata-mata #maaf jikalau ada salah silap ><