sudah pun menyiapkan tugasannya lebih awal. Jihyo cuba menelefon Prof. Han untuk menghantar tugasannya pada hari Ahad. "Okay,saya hantar sekarang jugak takut saya terlupa untuk hantar pada hari Jumaat sebab saya nak buat revision sendiri" katanya. Riak wajah Jihyo sudah membuahkan hasil dengan gembira kerana dirinya boleh menghantar tugasannya lebih awal. Jihyo terus mengambil begnya lalu pergi untuk ke pejabat.Leo yand dari tadi menonton telefonnya melohat Jihyo seperti ingin ke luar. "Kau nak ke mana tu?" tanya Leo dan berjalan menuju ke arah Jihyo. "Aku nak hantar ni" katanya menunjukkan tugasan itu. "Aku hantar" pelawa Leo tetapi ditolak. "Eh,takpe Soon Shin dah tunggu aku kat luar. Okay lah bye!" ucapnya terus berlalu. Jihyo terus masuk ke dalam kereta Soon Shin dan bertolak ke universiti. Setelah selesai menghjantar tugasannya bersama Soon Shin, mereka memutuskan untuk pergi ke pasaraya untuk membeli belah bersama-sama. Dalam kegembiraan sambil memilih dress Soon Shin, mereka terserempak dengan seseorang. "Jihyo kan? Awak yang menulis cerita di wattpad bertajuk Mr Lion kan?" tanya peminatnya. Jihyo tersenyum dibuatnya dan Soon Shin toidak dapat mengawal perasaan gembiranya terus memeluk Jihyo. "Ye saya. Terima kasih sebab sudi membaca cerita tu dan votekan" ucapnya. Peminatnya meminta untuk mengambil gambar dan tandatangannya sekali.
Jihyo dan Soon Shin pergi ke kafe untuk makan aiskrim yang berperisa coklat. "Hemm,sedapnya! Seronok hari ni sebab kau temankan aku dan dapat jumpa meminat lagi" kata Soon Shin gembira. Jihyo tersenyum sahaja. "Aku pun tak sangka cite aku tu meletup. Terima kasih atas semua idea dan kurniaan Dia yang memberikan kelebihan ni" katanya. "Boleh lah kau jadi orang femes lepas ni macam seorang diva" kata Soon Shin berlagak. "Aku bukanlah nak femes dan berlagak. Tapi,aku gembira sebab orang lain boleh terima cite tu dan aku boleh berkongsi sikit tentang perasaan aku pada orang lain jugak dalam cite tu" katanya.
Sambil mereka berborak ada seseorang yang menyapanya dari belakang. Jihyo menoleh dan berdiri melihat Hongbin di belakangnya sambil memberikan senyuman. Jihyo terus kehilangan kata-kata apabila Hongbin di situ. "Jihyo buat apa kat sini?" tanyanya apabila keadaan sudah semakin baik. "Jihyo shopping dengan Soon Shin. Kau?" katanya gagap. "Samalah juga. Tapi,kenapa muka Jihyo pucat je ni? Tak sihat ke?" tanyanya bertalu-talu. Jihyo takut jikalau rahsia kehidupannya bujang sudah tiada lagi. "Jihyo okay dan sihat je" jawabnya terua menyuapkan aiskrim coklatnya itu. Soon Shin terus membisukan diri sambil menikmati kesejukkan aiskrimnya. "Lepas ni korang nak ke mana pula?" tanyanya. Soon Shin terus berkata selepas melihat riaksi wajah Jihyo yang blur dan tidak mampu berbicara. "Balik" jawabnya sepatah. Hongbin terus memberikan surat pada Jihyo. Jihyo sudah tahu surat itu mesti dari omma angkatnya lalu diambilnya.
Jihyo dan Soon Shin terus balik dan menghantar Jihyo terlebih dahulu. "Sorry beb sebab aku lah kita tak boleh shopping puas-puas" kata Jihyo dengan sedih. "Takpe. Kita kan dah shopping tadi" jawabnya. "Jihyo boleh aku tanya kau sikit?" pinta Soon Shin. Jihyo memandang ke Soon Shin.
"Kau tak cite kat Hongbin ke tentang Leo?" tanya membuatkan Jihyo mematikan senyumannya. "Tak" jawabnya. "Kenapa pulak?" soal Soon Shin."Aku takut kalau dia orang anggap aku tak kenang budi baik dia orang. Lagipun,aku takut kehilangan orang yang aku sayang walaupun omma Hongbin dan Hongbin tu bukan dari pertalian darah yang sama" jelasnya panjang lebar. "Kau tak risau ke yang semua ni akan terbongkar jugak suatu hari nanti? Kau tak risau ke yang diri kau nanti berbadan dua? Mana kau nak sorok semua tu" soalnya agak panas. "Aku tahu siapa aku pada Leo. Aku bukan taste dia dan kau sendiri cakap Leo tak buat semua tu. Aku rasa dia akan ceraikan aku suatu hari nanti" jawabnya penuh keyakinan. "Macam mana kalau timbul perasaan cinta pada Leo?". Persoalan itu membuatkan Jihyo terdiam.
🍫🍫🍫
Leo memerhatikan Jihyo yang termenung jauh duduk di sofa dengan hairan kerana selama ini Jihyo seorang yang bermulut murai. Leo terus mendekati Jihyo dan duduk disebelahnya. "Kau pikir apa tu?" tanya Leo,hairan. Jihyo menoleh ke Leo yang menanyanya dan mematikan persoalan dari Soon Shin. "Tentang nasib diri" jawab Jihyo. Leo ketawa dengan kata-kata Jihyo tadi. "Asal gelak? Aku bukan buat lawak pun" kata Jihyo.
Leo kembali serius dengan soalan Jihyo. "Kenapa kau fikir lagi tentang nasib diri kau? Aku ada bagi kau duit,rumah dan makanan kan. Apa lagi yang kau nak aku bagi lagi untuk buat kau happy?" tanyanya sehinggakan Jihyo sakit hati dengan katanya sedikit lagak. "Kau ingat dengan adanya duit tu boleh beli kasih sayang? Kau ingat dengan duit tu boleh beli kebahagian? Kau terlampau riak dengan semua ni dengan adanya duit kau fikir boleh buat apa je dalam dunia ni ikut suka kau. Memang betul apa yang kau fikir tentang kelebihannya duit ni tapi kau yang salah gunakannya sebab kau ada duit orang tunduk dekat kau,kau ada duit orang takut,hormat macam tuan dan ikut apa yang kau nak. Tapi,tanpa kau sedar dari situlah kau akan dibenci oleh orang yang kau fikir dungu,kuno tak reti guna teknologi macam duit ni. Dan kau akan kehilangan orang yang kau sayang dalam hidup sebab duit jugak" kata Jihyo berlalu pergi ke bilik.
Leo terdiam mendengarkan kata Jihyo yang sungguh pahit luahan hatinya. Leo sudah tidak mampu membalas serangan itu kerana isinya begitu mendalam. Leo terfikirkan sesuatu yang terlintas dalam pemikirannya. Kau lain dari Se Yeon. Kau berbeza dari Se Yeon. Kau sungguh hebat untuk dijadikan sebagai mangsa dalam permainan ni,katanya tersenyum sinis.
Thanks korang yang dah baca dan vote bab ni...
Sorry kalau terlalu panjang dan membosankan...

ANDA SEDANG MEMBACA
Love chocolate
Romancesecara ringkas,seorang gadis yang bergelar isteri menghadapi segala rintangan seorang diri disamping dalam kesulitan tanpa suami disisinya... #harap terhibur^^ #fantasi semata-mata #maaf jikalau ada salah silap ><