[ 07 ]

1.1K 51 7
                                    

"I have to leave. I love you, sayang. Jumpa nanti di syurga"

"Mateen!"

Aku terjaga dari lena. Astagfirullah'alazim.. Aku meraup muka beberapa kali. Aku melihat ruang di sekeliling aku, terdapat sejadah, telekung serta al-Quran yang tersusun cantik di atas rak. Ya Allah, aku tertidur di dalam surau dengan masih bertelekung.

Allahuakbar! Aku bermimpi. Mimpi yang sama seperti sebulan lalu ketika di KL, sebelum Mateen kemalangan. Serentak itu jantung aku berdegup kencang. Aku kerling jam di telefon yang aku letakkan di tepi sejadah tadi. Sudah jam 1 pagi. Lama juga aku tertidur selepas solat Isyak dan mengaji tadi.

Itu rutin malam aku sejak sebulan lalu. Aku akan ke surau untuk mengaji dan kemudian kembali ke wad diraja untuk menemani Mateen. Al-Quran pemberian Mateen sebagai mahar aku dulu sentiasa aku bawa. Al-Quran itulah yang aku gunakan untuk mengaji setiap malam. Aku masih duduk termenung, memikirkan mimpi aku tadi. Ya Allah! Sakitnya rasa ditinggalkan.

Tolong Mateen, jangan tinggalkan I. I masih belum bersedia untuk kehilangan you.

"Tuanku.. Tuanku!". Suara cemas itu sedikit menggentarkan aku. Aku segera berpaling. Natrah, jururawat yang sentiasa menjaga Mateen memanggil aku dengan muka cemas. Aku mula jadi tak sedap hati. Adakah mimpi aku akan jadi kenyataan. Mateen akan tinggalkan aku?

"Kenapa Natrah?", soal aku bersahaja. Aku cepat-cepat membuka telekung dan menyarung shawl, cuba untuk berlagak tenang walaupun dalam hati aku sekarang ni, bagaikan ada paluan gendang yang sangat kuat dan boleh memecahkan dada.

"Pe-pengiran muda...", tersekat-sekat suara Natrah. Nafasnya tidak teratur, mungkin dia berlari untuk ke surau tadi.
"Kenapa dengan dia, Natrah?!", soal aku cemas. Aku tidak boleh duduk diam lagi. Segera aku bangun dan berlari menuju ke wad. Fikiran aku sekarang masih terbayangkan mimpi aku tadi.

Ya Tuhanku, jangan Kau ambil dia dari aku lagi. Aku masih perlukan dia, Ya Allah!

Entah untuk keberapa ratus kali airmata aku tumpah di wad ini. Mengenangkan Mateen dan juga mimpi aku tadi menjadikan aku seorang wanita yang paling lemah sekarang. Aku menolak kuat pintu wad diraja itu membuatkan semua yang berada di dalam wad itu memandang ke arah aku. Mata aku tertumpu kepada Dr. Haji Awaluddin.

"He's awake", kata doktor. Tergambar kegembiraan di wajahnya. Aku tidak percaya dengan apa yang aku baru dengar. Mateen dah sedar atau aku yang masih bermimpi. Terasa lemah longlai lutut aku sekarang. Aku memaut daun pintu untuk cuba bertahan dari jatuh.

Tolong kejutkan aku jika aku masih bermimpi.

Natrah yang aku tinggalkan di surau tadi segera memegang kedua-dua lengan aku. Membantu aku untuk kembali berdiri semula.

"Pengiran muda dah sedar, tuanku. Alhamdulillah", bisik Natrah pada telingaku. Seraya itu airmata aku kembali laju mengalir. Dengan dipimpin Natrah, aku mendekati katil Mateen. Pandangan aku menjadi kabur dengan juraian airmata membuatkan aku sukar untuk melihat Mateen dengan jelas.

Aku pantas menggenggam erat tangan Mateen. Tiada reaksi. Matanya hanya tepat memandang ke siling wad ini.

"Sayang..."

Aku bisik ke telinganya. Tangan aku mengusap lembut dahi Mateen. Ciuman singgah di dahinya. Menitis airmata aku di dahi Mateen. Mateen masih seperti tadi, tapi aku dapat rasa dia membalas genggaman tangan aku tadi.

Allahu.. aku pejam mata. Terima kasih, Ya Allah. Terima kasih kerana Kau mendengar doa-doa aku.

Berita itu aku sampaikan kepada semua ahli keluarga Mateen. Mama dan daddy di London serta Papa dan Ummi di Kuala Lumpur juga tidak terkecuali. Juga kepada walid dan ummi di Darul Salam yang tidak jemu-jemu berdoa untuk Mateen bersama anak-anak di sana.

Love You, My Prince II: Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now