[ 19 ]

1.4K 59 12
                                    

Mirza berlari turun dari kereta saat kereta yang dipandu Hadi berhenti betul-betul di depan rumah datok dan neneknya di South Bank. Mirza masih tidak tahu bahawa Tok Daddy Mukhlis sudah tiada.

"Slow down, Mir. Jatuh nanti", tegur Mateen. Dia pula masih terkial-kial untuk keluar dari perut kereta. Hendak dibantu Azemah, tapi dia menolak. Penyudahnya Azemah terus menmbontoti Mirza ke muka pintu rumah.

Loceng dipintu ditekan berkali-kali. Azemah menampar lembut tangan Mirza, menegah Mirza dari terus lakukan begitu.
"Once is enough. Bagi salam", arah Azemah pula. Mirza lepas keluh lalu menghela nafas panjang. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu bondanya.

"Assalamualaikummmm". Kuat dan lantang suaranya. Mateen yang baru tiba di belakang mereka menggeleng dengan keletah anakandanya ini. Azemah juga. Bukan main semangat lagi Mirza untuk berjumpa bondanya. Sejak semalam mulutnya tidak berhenti bertanya pada Azemah sehingga penat wanita ini melayan.

"Sekali lagi, Mir", arah Mateen pula apabila masih tiada sahutan dari dalam. Mirza hanya menurut.
"Assalamualai--"

Belum sempat Mirza menghabiskan ucapan salamnya, pintu rumah dibuka dari dalam. Terpacul susuk tubuh wanita separuh abad di muka pintu dengan senyuman terukir di bibir.

"Waalaikumsalam. Your highnesses", jawab Siti Hanim lalu tunduk sikit tanda hormat. Mirza segera memeluk neneknya. Kaget Siti Hanim dengan keadaan itu. Kemudian Azemah pula menghulur tangan untuk bersalam.

"Apa pula your highness, Aunty. Aze cukup.  Macam selalu", kata Azemah membetulkan kata itu. Siti Hanim tersenyum nipis. Terasa asing pula baginya. Sudah tiga bulan anaknya dipulangkan ke keluarganya, Elisa bukan lagi sebahagian keluarga Bolkiah. Siti Hanim jadi canggung dengan keadaan itu.
"Mateen, ma. Just Mateen", kata Mateen pula. Tangan wanita itu digenggam lembut lalu dicium. Mateen masih mahu anggap Siti Hanim sebahagian dari hidupnya. Mereka masih ada pertalian darah melalui Mirza dan Lily. Siti Hanim masih nenek kepada putera dan puterinya.

"Eh, jomlah masuk. Lisa dengan Lily tak ada ni. Lily check up dekat hospital", pelawa Siti Hanim. Hanya dia seorang di rumah ketika ini. Dia juga sibuk memasak di dapur, untuk makan tengah hari dan juga sedikit juadah untuk malam ini. Malam ini dia buat tahlil untuk arwah suaminya di Malaysia Hall.

Mirza sudah berlari masuk ke dalam rumah. Masuk ke ruang tamu, kemudian ke dapur sehingga ke laman belakang dan naik ke tingkat satu. Sudah tentu anak kecil ini rindukan suasana rumah ini.

"Tok ma, Tok daddy mana?", tanya Mirza yang muncul dari tingkat atas. Mungkin sebentar tadi dia mencari Mukhlis Edger di atas. Siti Hanim terkedu, tidak tahu mahu menjawab. Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri. Azemah juga terkedu dengan soalan itu.

"Tok daddy tak ada. Nantilah Mir jumpa dia", jawab Mateen.
"Ooo..tok daddy outstation ye?", tanya Mirza lagi. Mateen ukir senyum dan angguk. Mirza terus diam dan tidak bertanya lagi.

"Err..Aze dengan Mateen duduklah dulu. Aunty ke dapur buatkan air", pelawa Siti Hanim. Terasa canggung selepas pertanyaan Mirza tadi.
"Aze ikut!". Cepat saja Azemah mengekori Siti Hanim ke dapur. Sebetulnya, ada sesuatu yang mahu dia tanya dari wanita ini.

*

Jug berisi jus blackcurrant sejuk diletakkan di dalam dulang. Beberapa biji gelas diambil dari dalam kabinet lalu diletakkan juga di dalam dulang. Siti Hanim hanya perhatikan saja puteri Sultan Brunei ini membuat kerja. Tidak canggung. Sememangnya Azemah seorang yang ringan tulang. Sebelum ini selalu juga Azemah ke sini bersama Elisa, jadi dia sudah biasa dengan susun atur rumah ini.

"Cheese tart tu Lisa yang buat ke?", tanya Azemah apabila melihat Siti Hanim mengeluarkan sedulang cheese tart dari dalam oven.
"Ha'ah. Semalam lepas Mateen bagitau Mirza nak balik sini, Lisa terus plan nak buat cheese tart", balas Siti Hanim. Piring di rak pinggan diambil lalu memindahkan cheese tart dari dulang pembakar ke atas piring.

Love You, My Prince II: Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now