Lalu ku biarkan saja
Biar hatiku merindu
Kerna tertulis dirinya
Mengganti diriku***
Aku tersenyum bangga saat melihat Mateen sudah mula berjalan tanpa menggunakan sebarang alat bantuan. Walaupun masih bertatih seperti budak baru belajar berjalan, sekurang-kurangnya proses pemulihannya kali ini amat cepat.
Atau mungkin juga dia sudah tidak sabar untuk pergi jauh dari hidup aku.
Entah! Sehingga kini walau aku cuba pelbagai cara untuk lembutkan hatinya, Mateen tetap begitu. Keras sungguh hatinya ketika ini.
Sudah lupakah Mateen pada semua kenangan kami? Kata-kata cinta dan janji dia pada aku selama ini bagai sudah hilang ditelan rasa benci.
Aku hanya memerhatikan Mateen menjalani rutin terapinya kali ini. Depan mata aku, dia bermesra dengan Natrah. Depan mata aku, dia melayan baik gadis itu.
Hati aku setiap hari dirobek dengan sikapnya namun aku tahan. Depan Mirza, kami berlakon seolah aku dengan Mateen sudah kembali seperti dulu. Belakang Mirza, aku terus diabaikan.
Aku usap perlahan perutku yang sudah memboyot ini. Sekali sekala terasa senak dengan pergerakan bayi. Aku catatkan semuanya, sebagai rekod. Aku tahu bayi akan lebih banyak bergerak di hujung kehamilan. Minggu depan masuk 40 minggu, lagi galak bayi bergerak. Sakit pinggang juga semakin menjadi-jadi.
Sebulan lalu boleh lagi aku memapah Mateen setiap kali dia ingin bangun untuk terapinya, tapi kini aku nak bawa diri sendiri pun dah tak larat. Aku lebih banyak berehat di St.John sekarang. Mirza pun hanya dihantar dan dijemput Khalil. Mujur puteraku itu faham yang aku sudah sarat mengandung, tidak larat untuk ke sana ke mari.
"Itulah adik baby ni taknak keluar, kan Ami dah penat". Ingat lagi Mirza membebel apabila aku sengaja mengadu sakit badan. Membebel mengalahkan orang tua. Tapi aku tidak kisah. Tidak mendengar bebelan Mateen seperti waktu aku mengandungkan Mirza dulu pun tidak mengapa, sudah ada penggantinya. Anakandaku yang semakin bijak itu.
"Jom lunch. I dah lapar". Dingin dan mendatar, itu Mateen. Aku kerling jam di pergelangan tangan, sudah hampir pukul 1 petang. Sekejap lagi Mirza pun pulang dari sekolah.
"Okay", ringkas pula balasanku. Aku cuit bahu Natrah yang ketika itu sudah mula menolak kerusi roda Mateen. "Let me", kataku. Natrah tersenyum hambar dan melepaskan pemegang kerusi roda. "You may leave us", bisikku pada Natrah. Sengaja aku mahu ke ruang santapan berdua bersama Mateen."Anything you want to tell me?", tanya Mateen tiba-tiba. Mungkin dia sedar aku meminta Natrah meninggalkan kami tadi.
"Nothing, Matt. I cuma nak spend time alone with you", balasku perlahan. Mateen ketawa kecil. Entah apa yang kelakar dalam tutur kata aku tadi.
"Enjoy the moment while you can, Lisa. Sebab you tahu the time is coming, right? You mesti dah tak sabar nak pergi dekat Ryan", sindir Mateen. Tolakan kerusi rodanya terhenti. Aku terkedu mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki ini.
Kali ini, lebih pedih.
Aku melangkah ke depan Mateen. Dalam getar suara aku bertanya, "Syaitan apa yang dah merasuk you, Mateen? Tuduhan you tu terlalu berat".
Mateen tersenyum sinis. "You sendiri tahu apa yang you buat, Lisa. Apa lagi yang you nak nafikan? I nampak dengan mata kepala I sendiri, you bermesra dengan Ryan. You ingat I bodoh? You bagi alasan anak dalam perut tu untuk you menggatal dengan Ryan".
YOU ARE READING
Love You, My Prince II: Alasan Untuk Bahagia
Romance~Sekuel Love You, My Prince~ "Promises are made to be broken" - ELISA Ribut bisa datang menggoyah bahtera. Gelora bisa menghempas tanpa mengira masa. Ketika bahagia menyulam cinta, badai datang membawa derita. Bencana yang menimpa menyebabkan bahter...