Langkah kaki aku menjadi canggung tatkala menapak satu persatu tangga pesawat peribadi milik Keluarga Bolkiah ini. Satu perasaan yang sangat berbeza bagiku.
Hari ini, aku menjejakkan kaki sekali lagi di bumi bertuah ini. Setelah kali terakhir ketika aku masih pengiran bini kepada Pengiran Muda Abdul Mateen. Aku meninggalkan negara ini dengan gelaran Cik Puan Raja Nurul Elisa hampir setahun lalu.
Badanku menggigil tiba-tiba. Aku menuruni tangga pesawat dengan dipimpin mama. Lily akrab bersama paduka ayahandanya. Entah kenapa sejak berlepas dari Dubai awal pagi tadi, Lily hanya mahu bersama Mateen. Selalunya dia ditidurkan aku, namun tadi dia mahu Mateen yanh tidurkan dia. Mungkin Lily ingin melepas rindu pada ayahandanya.
Mateen sudah mendahului langkah aku dengan mendukung Lily. Dari jauh, di hangar diraja itu sudah kelihatan beberapa wajah yang aku kenali.
Bekas ibu mertuaku, Hajah Mariam serta dua orang puterinya, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah. Hanya putera sulungnya, Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Azim tidak kelihatan. Aku pasti sehari dua lagi pasti Azim turut berada di sini.
Aku mengukir senyum lebar apabila melihat satu susuk tubuh kecil di sebelah Azemah. Puteraku, Pengiran Anak Raja Mirza Iskandar Bolkiah. Tersenyum riang menanti kepulangan ayahandanya.
Saat kami semakin menghampiri, Mirza sudah tidak mahu menunggu. Dia terus berlari meluru ke arahku. Melihatkan keadaan itu, aku mendepakan tangan menanti Mirza. Anakandaku ini terus masuk ke dalam pelukanku. Erat pelukannya. Ciuman bertalu-talu diberikan di pipi kiri dan kananku.
Langkah Mateen juga terhenti melihat drama ibu dan anak ini. Lily yang dari tadi dalam dukungannya meronta ingin dilepaskan. Mateen menurunkan Lily ke bawah, dekat dengan aku dan Mirza. Bertatih puteri kecilku yang baru belajar berjalan itu menuju ke arah aku dan Mirza. Pasti dia juga turut rindukan kekandanya ini.
"Adik baby dah boleh jalan?!", jerit Mirza terkejut. Membuntang matanya melihat tatih si adinda. Aku senyum dan angguk laju.
"Ye, sayang. Adik dah pandai jalan. Cepat sambut adik", arahku. Mirza meleraikan pelukannya tadi lalu berjalan menuju ke arah Lily yang masih bertatih dibantu Mateen yang menjaga di belakang.Mirza menghulurkan tangannya pada Lily lalu disambut riang oleh adindanya. Mirza pula yang membantu Lily bertatih menuju ke arahku. Aku senang melihatkan keadaan itu. Aku langsung tidak pedulikan mata-mata yang memandang dari dalam hangar diraja itu.
"Jom adik! Jumpa Nek Yam. Nenek rindu adik baby dengan Ami tau", petah Mirza berbicara. Pantas aku mendukung Lily untuk mempercepatkan langkah. Mirza menggengam tangan kiriku manakala sebelah lagi tangannya menggenggam erat tangan paduka ayahandanya. Beriringan kami menuju ke arah Hajah Mariam.
"Welcome home, Lisa", bisik Hajah Mariam saat pipi kami berlaga. Aku tersenyum nipis.
"Lisa datang menziarah saja, mama", betulku. Aku tidak mahu wanita ini tersalah anggap. Mungkin pada pandangan mereka, aku dan Mateen baik-baik saja. Namun sebaliknya, aku masih berperang dengan perasaanku sendiri. Mungkin Mateen juga begitu."Lisa tahu kan yang Lisa selalu ada tempat dekat sini?", tanya Hajah Mariam. Aku senyum dan angguk perlahan. Aku tahu itu. Aku tahu mereka masih mahu aku untuk terus tinggal di sini, namun bukan itu yang aku mahukan sekarang.
Jika ditanya, ya. Aku mahu bersama anakanda-anakandaku di sini, melihat mereka membesar depan mataku. Namun kini aku juga punya tanggungjawab lain. Tanggungjawab untuk meneruskan sesuatu yang sudah ditinggalkan. Aku rasa berbelah bagi. Setengah orang mungkin melihat aku seperti pentingkan diri sendiri. Namun mereka tidak mengerti apa yang aku lalui.
Kepedihan dan kekecewaan sebelum ini masih terasa. Luka itu masih berdarah meski aku tahu semua yang berlaku bukan berpunca dari Mateen seorang. Keperitan yang aku tanggung selama setahun menetap di kota London sehingga kini masih segar di ingatan aku.
YOU ARE READING
Love You, My Prince II: Alasan Untuk Bahagia
Romance~Sekuel Love You, My Prince~ "Promises are made to be broken" - ELISA Ribut bisa datang menggoyah bahtera. Gelora bisa menghempas tanpa mengira masa. Ketika bahagia menyulam cinta, badai datang membawa derita. Bencana yang menimpa menyebabkan bahter...