Ryan merenung bayinya dari luar bilik yang menempatkan bayi yang baru dilahirkan. Tenang saja anaknya itu tidur namun di sebalik ketenangan itu, ada keperitannya. Ryan lepas keluh berat. Dugaan ini amat berat sekali untuk dia dan Azlina. Anaknya dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami masalah jantung. Hidupnya bermula dengan bantuan pernafasan untuk meneruskan hidup.
"Ryan"
Sapaan itu membuatkan Ryan berpaling. Azlina berdiri di belakangnya dengan senyuman nipis. Beriak sendu, matanya merah dan bibirnya bergetar. Ryan terus mendapatkan isterinya itu. Dipeluknya erat. Menangis Azlina di dalam dakapan Ryan.
"Shhh.. You need to be strong, sayang. For our baby", pujuk Ryan. Diusap perlahan belakang badan Azlina. Jika dia rasa sedih, apatah lagi isterinya ini. Azlina yang kandungkan anak mereka selama 8 bulan.
Rasa bersalah mula menguasai dirinya. Kalau bukan kerana dia yang mahu Azlina menemaninya ke London bulan lalu, tentu semua ini tidak akan berlaku. Azlina jatuh sakit selepas mereka tiba di London. Pada mulanya hanya demam biasa. Namun selepas usia kandungan hampir mencecah lapan bulan, keadaan bayi semakin lemah. Doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan demi menyelamatkan nyawa anaknya ini.
"I am so scared, Ryan. I can't lost him", raung Azlina. Ryan pejam mata. Mendengar tangisan isterinya ini, dia menjadi sendu. Hatinya menjadi sakit. Tiada orang lain yang dipersalahkan selain diri sendiri. Tapi Azlina tidak pernah menyalahkannya, malah selalu saja bersyukur Ryan berada di sisinya.
"Kita doa sama-sama, okay? Jangan macam ni sayang. It's not good for your health", pujuk Ryan lagi. Pelukan dileraikan lantas dihadiahkan kucupan hangat di dahi Azlina. Terpejam mata Azlina merasai kucupan hangat dari suami yang dikahwininya setahun lalu."You tahu kan, Aryan kuat macam mama dia juga", kata Ryan. Jemarinya menyeka airmata Azlina yang laju mengalir. Azlina angguk, dia juga pasti anak mereka sekuat dia.
"Thank you, Ryan for always be here with me", ucap Azlina. Ryan menggeleng.
"Don't say that, sayang. You are my wife. I love you and I always wanna be with you and our son", balas Ryan. Pelukan kembali dieratkan, berdrama airmata mereka di wad bersalin.***
Aku seka airmata yang hampir mengalir. Sedih melihatkan pasangan itu berpelukan di depan bilik bayi itu. Entah apa perasaan mereka ketika ini. Sudah tentulah gembira dengan kehadiran orang baru. Aku nampak lelaki yang membelakangi tempat aku berdiri ini tenang saja menenangkan isterinya. Walaupun tidak jelas dimataku, tapi aku tahu isteri lelaki itu sedang menangis.
Entah kenapa hati aku pula yang terusik. Aku usap perutku yang semakin membesar. Kali ini, bayi dalam kandunganku membesar tanpa belaian kasih seorang bapa. Melihatkan keadaan lelaki itu bersama isterinya, aku menjadi rindu.
Aku rindukan Mateen. Aku rindu Mateen mengusap dan mencium perutku setiap pagi. Ucapkan kata-kata indah untuk bayi dalam kandunganku. Itu yang aku dapat dulu ketika mengandungkan Mirza.
Ketika aku mengandungkan putera sulungku, aku dilayan bagai seorang puteri. Setiap kali aku ke hospital membuat pemeriksaan, Mateen pasti akan menemani.
Tetapi kali ini?
"Tuanku?". Lamunan aku terhenti apabila disapa Sufi. Aku menoleh, Sufi menanti aku di depan pintu bilik doktor yang merawatku tidak jauh dari bilik bayi.
"Ya, Sufi?"
Sufi senyum dan berkata, "Doktor dah panggil tuanku". Lembut tutur katanya. Aku tersenyum nipis. Aku sibuk memerhatikan pasangan tadi sehingga tidak sedar nama aku dipanggil.
"Sorry, saya tak dengar tadi", ucapku. Sufi tersenyum lalu memimpin aku menuju ke bilik Dr. Elizabeth, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Royal London Hospital. Dr. Soraya yang perkenalkan aku kepada doktor ini yang merupakan rakan sekuliahnya dulu. Apabila Dr. Soraya mengetahui aku akan menetap di London untuk sementara waktu, terus dia uruskan hal perubatan aku dengan Dr. Elizabeth. Semua rekod perubatan aku sudah dikongsi dua wanita ini, memudahkan kerja mereka.
YOU ARE READING
Love You, My Prince II: Alasan Untuk Bahagia
Romance~Sekuel Love You, My Prince~ "Promises are made to be broken" - ELISA Ribut bisa datang menggoyah bahtera. Gelora bisa menghempas tanpa mengira masa. Ketika bahagia menyulam cinta, badai datang membawa derita. Bencana yang menimpa menyebabkan bahter...