"Cheesetart untuk si putera raja yang sorang tu dah siap. Nasi dah. Kari ayam favorite aku pun dah. Sayur campur favorite mama siap. Ermm.. apa lagi ye?", omelku seorang diri di dapur. Mama dan Mirza dari tadi sudah keluar ke mall di bawah service apartment kami di Dubai.
Jika aku dan mama ke Dubai atas urusan kerja, di sinilah tempat tinggal kami. Satu-satunya rumah yang daddy kekalkan sewaktu syarikatnya hampir muflis dulu. Daddy pernah bercadang untuk terus tinggal di sini tapi mama berkeras tidak mahu tinggalkan London. Mama sendiri tidak pernah tahu tentang rumah ini sehingga daddy meninggal dunia dan wasiat dibacakan. Namun aku bersyukur kami ada rumah ini kerana dengan perniagaan yang mula berkembang semula di Dubai, aku dan mama akan selalu ke sini.
"Okaylah ni. Semua siap dah. Tadi mama cakap nak beli roasted chicken. Banyak dah makanan ni. Bukan ramai yang nak makan pun", omelku lagi. Habit aku dari dulu, suka betul bermonolog seorang diri tanpa aku sedar ada mata yang memerhatikan aku sedari tadi.
"Astagfirullahal'azim... Mateen! Terkejut I". Aku urut dada yang berdebar kuat. Mateen berada di seberang kitchen island dibelakangku. Dahiku berkerut pelik.
"Bukan you ikut Mirza ke tadi?", tanyaku keliru. Mateen mengukir senyum. Allah! Rindunya aku pada senyuman itu. Walaupun ia tidak sama seperti dulu, namun tetap ada manisnya."Tak lah. I memang ada dekat rumah dari tadi. I main dengan Lily. Miss her so much", jawab Mateen bersahaja. Tenang saja tutur kata bekas suamiku ini.
"Muna mana?", tanyaku. Risau juga aku jika kami hanya berduaan di rumah ini. Entah! Aku rasa lain macam."Muna ikut Mirza. I yang suruh dia ikut Mirza dan Kirana tadi", jawabnya lagi. Tenang juga. Namun jantung aku mula berdegup kencang. Aku rasa lain berada dekat dengan Mateen dan berduaan begini. Mungkin kerana aku sudah tidak biasa.
"Erm... I masuk bilik dulu. Nak mandi dan bersiap. Kejap lagi mama dengan Mirza mesti balik", kataku seraya meminta diri. Mateen hanya senyum dan angguk. Cepat aku melangkah pergi. Tidak betah berdepan dengan Mateen kala ini. Semua boleh jadi serba tak kena.
"Errr.. Lisa!", panggil Mateen. Kaki aku berhenti melangkah. Mateen datang menghampiri aku yang sudah berada di ambang pintu bilik. Aku berpaling dan memandangnya.
Wajah tenang, senyuman nipis terukir di bibirnya. Renungan mata sayu memandang tepat ke arahku. Sesuatu yang sudah lama aku tak nampak di wajah lelaki ini. Lebih setahun lamanya. Rindunya aku untuk menatap wajahnya.
Aku berdehem untuk menghilangkan rasa debar di dada apabila Mateen semakin menghampiri. Entah kenapa rasa lain benar perasaan aku sejak bertentang mata dengannya semalam.
"Boleh tak kalau I nak ajak you keluar? Just you and me. Having some chit chat?", ajak Mateen. Aku terkedu. Betul ke apa yang aku dengar? Mateen ajak aku keluar berdua dengan dia? Am I dreaming?
"I've booked a table for two at the At.Mosphere. For dinner. Tonight", sambungnya lagi.Aku tersenyum nipis dan membalas, "How can I say no when you already booked? Unless you have a substitute"
Mateen ketawa kecil. Ya tuhan, mendengar tawanya begini saja cukup buat aku bahagia. Degup jantungku kembali kencang.
"I don't have one. So I take that as a yes from you?", kata Mateen. Aku angguk perlahan dan meminta izin untuk berlalu.
Di sebalik pintu bilik yang tertutup rapat, aku pegang dada yang berdegup kencang dari tadi. Menatap wajahnya, mendengar tawanya dan melihat senyumannya cukup membuatkan aku rasa bahagia.
Mateen yang aku rindu.
***
Mirza menggenggam erat tangan neneknya. Sesaat pun tidak dilepaskan. Rindu benar dia pada wanita ini sama seperti dia merindui bondanya. Siang malam, setiap masa Mirza tidak pernah lupa berdoa supaya bondanya kembali tinggal bersamanya di Bandar Seri Begawan.
YOU ARE READING
Love You, My Prince II: Alasan Untuk Bahagia
Romance~Sekuel Love You, My Prince~ "Promises are made to be broken" - ELISA Ribut bisa datang menggoyah bahtera. Gelora bisa menghempas tanpa mengira masa. Ketika bahagia menyulam cinta, badai datang membawa derita. Bencana yang menimpa menyebabkan bahter...