[ 20 ]

1.3K 41 1
                                    

"Ana, sini kejap", panggil Natrah. Kirana yang sedang sibuk menyimpan pakaian Mirza dalam almari menoleh memandang Natrah di muka pintu. Kirana mencebik. Dia menyampah tengok muka wanita ini.

"Kau nak apa?", tanya Kirana sedikit kasar. Sehingga kini dia dengan Sufi masih menganggap Natrah punca perpisahan Mateen dan Elisa. Malah sejak pasangan diraja itu bercerai, perangai Natrah semakin menjadi-jadi. Sekarang ini, sudah tiada panggilan 'Tuanku' dengan Mateen. Selamba menggunakan I dan you saja.

"Eh, kerek kau dengan aku eh? Nak kena buang kerja ke? Aku bagitau Mateen kau tak buat kerja, baru kau tahu", balas Natrah sinis. Dia bersilang tangan, bersandar pada jenang pintu dengan mata memandang Kirana atas bawah. Sebal rasa hati Kirana dengan tutur kata Natrah tadi.

"Amboi kau sekarang bukan main ye. Dah tak ada hormat dekat TM. Main sebut nama saja. Kau ingat aku takut ke kalau kau nak mengadu pasal aku? TM tak akan pecat aku lah sebab Mirza tu nak dengan aku saja", sinis juga balasan kata Kirana. Orang seperti Natrah tidak perlu takut. Natrah merengus. Sakit hati kerana Kirana melawan katanya. Gigi diketap rapat.

"Kau cabar aku? Kau tunggu. Silap-silap kau kena buang dekat sini", ugut Natrah. Kirana mendabik dada dan mendongak sedikit. Meski pun dalam dada dia berdebar kuat, tapi dia perlu berani berhadapan dengan 'ular' ini.

"Kau rasa tercabar ke? Okaylah, aku cabar kau. Kau pergi mengadu dekat TM pasal aku tak buat kerja, aku nak tengok siapa yang kena maki. Aku ke kau!", jerkah Kirana garang. Dibuntangkan matanya memandang Natrah yang sedikit rendah darinya.

Satu perkara yang Natrah tidak tahu, Kirana ada keistimewaan. Dia tidak boleh dipecat sebagai pengasuh Mirza sehingga pengiran anak itu mencecah usia 18 tahun. Itu salah satu syarat yang termaktub dalam perjanjian Mateen dan Elisa dan sudah diperkenankan oleh tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Elisa buat semua itu untuk menjamin bahawa Kirana kekal sebagai pengasuh Mirza. Sementelah lagi, Elisa tahu Mirza hanya rapat dengan satu-satunya pengasuh pengiran anak itu sedari dia lahir ke dunia ini.

"Okay, fine! Kau tunggu nasib kau, Ana", kata Natrah dan terus berlalu meninggalkan bilik Mirza. Hilang semua rasa ingin tahu dia tentang pemergian Mirza ke South Bank. Niat asalnya tadi hanya untuk bertanya tentang keluarga Elisa. Mateen juga sudah dua hari berulang-alik ke sana. Natrah menjadi tidak sedap hati apabila pulang, Mateen langsung tidak mahu bercerita tentang pemergiannya ke rumah bekas isterinya.

Kirana ketawa terbahak-bahak melihat raut wajah Natrah tadi. Buat pertama kali Kirana rasa dia menang. Dan hilang terus rasa takutnya pada Natrah. Dari jauh Sufi yang cemas melihat Kirana ketawa berseorangan. Muncul curiga pula di dalam hatinya. Sufi segera menghampiri Kirana.

"Kau dah kenapa ketawa dekat sini macam orang gila?", tanya Sufi dengan penuh tanda tanya. Kirana tutup mulut, menahan tawa yang masih bersisa.

"Tak ada apalah. Kesian tengok orang gila tadi", balas Kirana. Dia kemudian berdehem beberapa kali. "Kau kenapa pula?", tanya Kirana apabila melihat wajah Sufi yang cemas. Sufi terus menarik tangan Kirana supaya masuk ke dalam bilik lalu pintu bilik ditutup. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

"Aku jumpa ni dalam bilik TM, bawah tilam", ujar Sufi lalu menunjukkan satu kain berwarna kuning, bergulung dan diikat dengan kain berwarna merah.
"Eh, apa ni?", tanya Kirana. Berkerut dahinya memandang gulungan kain itu. Meremang pula bulu romanya tiba-tiba. Rasa seram semacam. Sufi menggeleng, menjawab soalan Kirana tadi.

"Nampak rupa macam tangkal", bisik Sufi. Takut jika ada orang mencuri dengar perbualan mereka. Kirana terkejut lalu mencampakkan gulungan kain itu ke atas lantai. Dia mengibas tangannya pada baju uniform yang dia pakai.
"Eee..seram pula. Macam mana benda ni boleh ada bawah tilam?", soal Kirana bingung. Sufi jungkit bahu.

Love You, My Prince II: Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now