[ 15 ]

1.3K 57 17
                                    

Azlina berlari mendapatkan suaminya di tingkat bawah banglo. Dia pasti Ryan belum tahu tentang berita yang mengejutkan ini. Telefon di tangan digenggam kemas saat dia menuruni tangga menuju ke ruang tamu banglo. Mujur juga anaknya, Aryan sedang lena diulit mimpi.

"Ryan, Ryan. You dah tahu belum pasal ni?", soal Azlina cemas sambil menghulurkan telefonnya kepada Ryan. Ryan yang sedang menonton televisyen mengalihkan pandangan kepada isterinya dengan muka berkerut. Matanya terarah kepada telefon si isteri yang dihulurkan tadi.

"Pasal apa?", soal Ryan kembali seraya mengambil telefon isterinya.

"Lisa dengan Mateen...", lemah suara Azlina menjawab soalan suaminya. Debar di dada masih juga belum reda.

Ryan membaca satu artikel yang terbuka di skrin telefon Azlina. Membuntang matanya saat membaca tajuk artikel itu.

Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Raja Nurul Elisa sah bercerai

"Allahuakbar!", ucap Ryan. Segera dia membaca artikel itu. Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba saja keluar berita yang mengejutkan ini.

'Adalah dimaklumkan pada pagi Rabu yang lalu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah menjatuhkan talak satu kepada isterinya, Yang Amat Mulia Pengiran Isteri Raja Nurul Elisa. Sehubungan dengan itu, semua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada Yang Amat Mulia Raja Nurul Elisa ditarik balik serta merta'

Ryan meraup mukanya berkali-kali. Memikirkan nasib Elisa kini. Sudah pasti perkara ini bukan sesuatu yang mudah untuk diterima oleh Elisa. Putus kasih dengan Mateen bermakna Elisa juga akan putus kasih dengan Mirza dan Lily. Dia perlu meninggalkan semua yang dia ada di Brunei dan kembali ke kehidupan asalnya.

"I thought they are happy married couple. Last month I called Lisa, she didn't say anything", suara Azlina. Dia turut berduka dengan berita ini. Semenjak mereka bertemu di London lebih enam bulan yang lalu, hubungan dia dan Elisa menjadi akrab. Selepas Azlina dan Ryan pulang ke Kuala Lumpur, mereka terus berhubung.

Ryan mendengus lemah. Elisa, hidupnya penuh rahsia. "Dia tu perahsia, sayang. Kalau masalah sendiri pun dia rahsiakan, ni kan pula masalah rumahtangga dia. Dah tentu orang luar tak akan tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga dia", balas Ryan perlahan. 

Meskipun Ryan sendiri dapat menduga tentang keretakan rumahtangga itu, namun dia tidak sangka ia akan berakhir dengan perpisahan. Wajah-wajah muram Elisa tergambar di kotak memorinya ketika ini. Dalam senyumnya, masih jelas terpancar kekecewaan. Mata wanita itu selalu saja sayu. Ryan tahu Elisa sedang berperang dengan perasaan ketika itu. Namun, bukanlah kuasa Ryan untuk masuk campur urusan rumahtangga pasangan diraja yang sering mendapat perhatian itu.

"I nak call Lisa. She must be very sad right now", kata Azlina pantas mengambil telefon dari tangan Ryan. 

Ryan yang kaget sempat menghalang, "No need. Give her time. She must need her own time now", larang Ryan. Pernah bersama Elisa suatu ketika dulu membuatkan dia memahami wanita itu. Azlina hanya angguk. Benar juga kata suaminya ini. Sudah tentu Elisa perlukan masa untuk bersendirian.

Azlina bersandar pada sofa. Bagaikan tidak percaya dengan berita itu. Dia sedar sepanjang Elisa berulang alik ke hospital dulu, Mateen tidak menemani. Semuanya dilakukan sendirian. Pernah juga dia menanyakan hal itu namun Elisa menafikan sekerasnya. Iyalah, mana mungkin wanita itu menceritakan perihal rumahtangganya dengan orang luar.

"I hope she's okay. I'm worry about her", ujar Azlina perlahan. Dalam hati dia berdoa supaya wanita itu tabah hadapi segala ujian.

***

Love You, My Prince II: Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now