[ 17 ]

1.5K 60 15
                                    

Aku cium dahi Mirza, lama. Lena sungguh puteraku ini tidur. Selalunya dia akan terjaga di waktu Subuh, tapi hari ini langsung tidak bangun. Itulah, malam tadi diajaknya aku berborak sehingga lewat malam. Aku sendiri tidak tahu bila Mirza tidur kerana aku yang terlelap dahulu. Tapi bagus juga dia tidak bangun, memudahkan aku untuk menyiapkan diri sebelum berangkat keluar dari Nurul Izzah.

Selimut baldu Versace yang sudah melurut sehingga ke kaki Mirza aku tarik perlahan, menyelimuti badannya kembali. Dengan dingin awal pagi dan penyaman udara, pasti puteraku ini akan merasa sejuk. Aku cium dahinya sekali lagi. Berat hati untuk meninggalkan Mirza.

"Cik Puan, dah ready ke?", soal Sufi yang tercegat di depan pintu bilik tidur Mirza. "Khalil dah standby dekat lobi. Kalau Cik Puan dah ready, kita turun bawah", sambung Sufi lagi. Kelihatan sugul wajahnya. Aku tahu dia sedih tapi dia sembunyikan perasaan itu. Aku tersenyum nipis.

"Give me ten minutes", kataku ringkas. Sufi angguk dan berlalu meninggalkan aku di bilik Mirza. Aku mahu merakam momen ini di dalam kotak memori aku buat kali terakhir.

Aku berjalan menyelusuri segenap ruang bermula dari sebelah pintu. Bilik dengan kemasan warna biru tua pada feature wall dan biru laut pada dinding yang lain cukup membuatkan bilik ini terasa tenang. Begitulah warna selama lima tahun, tidak pernah berubah. Hasil idea aku yang mahu menghias sendiri bilik putera sulungku.

Aku berhenti di kabinet yang menyimpan mainan Mirza. Setiap laci dilabelkan dengan dua huruf. M dan B. Mirza Bolkiah. Di atas kabinet, tersusun cantik topi pelbagai corak bersaiz kanak-kanak dengan tulisan MB Polo. Topi yang ditempah khas oleh Mateen untuk Mirza. Kan dah kata, Mirza pewaris legasi MB Polo.

Aku capai satu topi itu, berwarna merah jambu dengan celoreng askar, juga berwarna merah jambu. Ingat lagi kisah di sebalik topi ini. Aku yang mahukan warna merah jambu itu, untuk aku sebenarnya. Tapi Mateen tersalah tempah, saiz kanak-kanak yang ditempahnya. Penyudahnya topi ini menjadi hiasan bilik Mirza. Aku merajuk dengan Mateen kerana itu tapi dia pandai memujuk.

"This is for Elise junior, okay? We can name her with MB also. Maryam Bolkiah maybe?"

Aku tersenyum dalam tangis.

"We did it Mateen".

Aku letak semula topi itu di atas kabinet. Langkah aku teruskan ke almari baju Mirza pula. Almari baju berwarna putih buatan Italy. Aku buka almari itu, menghidu bau baju-baju Mirza. Aku suka bau ini. Bau bayi. Dari Mirza kecil sehingga besar, baunya tetap sama. Bau anak syurgaku. Aku hela nafas panjang dan terus menutup almari itu. Sempat aku ambil sehelai baju Mirza sebagai pengubat rindu.

Ya, aku akan rindukan Mirza. Itu sudah tentu.

Aku tiba di sisi katil bujang anakku. Katil bentuk kereta Ferrari, pilihan Mirza sendiri. Mateen beli katil ini sewaktu Mirza berumur empat tahun. Itupun kerana Mirza berguling-guling atas lantai kedai perabot kerana terlalu inginkan katil ini. Nak tak nak, Mateen terpaksa turutkan. Bertukarlah katil asal yang harganya berpuluh ribu, katil import buatan Itali dengan katil bentuk kereta yang hanya beratus dolar nilainya.

Aku duduk bersimpuh di sisi katil, merenung wajah lena putera tunggalku ini. Allahuakbar. Ini kali terakhir aku dapat menatap wajahnya, cium pipi dan dahinya, usap rambutnya. Aku akan rindukan bau anakku ini. Aku pejam mata rapat. Bergetar bibir menahan sendu. Aku usap rambut Mirza perlahan, tidak mahu mengejutkannya dari lena. Ciuman aku berikan di dahi Mirza. Lama sehingga terbit titik jernih dari kelopak mataku dan jatuh menitis di dahi anak kecilku ini.

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua dah tak serupa

"Ami sayang Mirza. Jadi anak yang baik ye sayang. Jangan melawan cakap daddy, sayang daddy dan senangkan daddy. Mirza belajar jaga diri sendiri okay? Jangan harapkan orang lain. Orang tak akan selalu ada untuk kita", bisikku perlahan. Berlumba-lumba airmata membasahi pipi, mencelakan solekan nipis yang aku kenakan tadi.

Love You, My Prince II: Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now