[ 13 ]

870 36 0
                                    

Mateen tersenyum sinis melihat adegan itu. Tidak salah lagi, semua sudah jelas depan mata. Penafian apa lagi yang Elisa mahu berikan kepadanya. Melihat kemesraan itu saja sudah cukup membuktikan Elisa bukan seorang isteri yang setia.

"I should realized yang dia memang tak pernah lupakan Ryan", kata Mateen perlahan. Natrah menunduk sedikit, ingin mendengar dengan jelas tutur kata Mateen. Dia yang membawa Mateen ke kafeteria itu, untuk melihat sendiri kecurangan Pengiran Bini Elisa.

"Siapa Ryan, tuanku?", tanya Natrah ingin tahu.
Mateen menjawab, "Her ex-boyfriend"

Natrah tersenyum sinis di belakang Mateen. Kini sudah jelas Mateen melihat sendiri kecurangan isterinya. Menguatkan lagi tanggapan Natrah selama ini bahawa Elisa memang ada hubungan dengan lelaki itu, yang dia selalu nampak di hospital ini.

"Pandai dia orang sorok kan, tuanku. Pengiring pengiran bini pun semua tutup mulut", kata Natrah sinis. Sudah banyak kali dia ternampak Elisa dan Ryan berbual di kafeteria sebelum ini. Selalu memang hanya berdua dan nampak mesra.

"Lisa baik dengan dia orang, sebab tu semua cover dia", balas Mateen pula. Sinis juga kata-katanya itu. Mateen tahu dari dulu lagi semua pengiring Elisa setia dengannya. Apa yang berlaku, banyak yang Mateen tidak tahu.
"By the way, thanks Nat sebab you buka mata I untuk nampak semua ni", ucap Mateen. Natrah tersenyum bangga. Dia suka apabila rasa dihargai pengiran muda ini.

Memang itu yang dia mahu kan? Mendampingi Mateen bukan hanya sekadar sebagai jururawat peribadi, tapi lebih dari itu. Natrah juga mahu rasa kasih dan sayang dari lelaki ini.

"No biggies, tuanku. Saya cuma beritahu benda yang betul. Sebab saya kesiankan tuanku. Tuanku banyak usaha untuk pulih, tapi pengiran bini tak pernah hiraukan tuanku", ujar Natrah cucuk jarum. Dia mula sedar bahawa Mateen mula percayakannya.

Mateen diam. Tiada kata. Janji sudah dibuat, menunggu masa untuk dikotakan saja. Dalam hati Mateen kini, dia cuma berdoa supaya dia cepat dapat berjalan semula.

*****

Shawl yang aku pakai tadi dikemaskan. Aku melihat sekali lagi susuk tubuhku di cermin. Aku ukir senyum. Perut makin ke depan sehingga aku sudah tidak nampak jari kaki aku sendiri dengan pipi yang sedikit tembam.

Kandunganku sudah masuk 8 bulan, baru aku ada selera untuk makan banyak. Mungkin juga kerana hati aku senang dengan kebahagiaan keluarga kecilku ini. Mateen sudah rapat semula dengan Mirza dan selalu saja bergurau senda dan meluangkan masa dengan Mirza. Walaupun kebahagiaan itu dibuat-buat hanya untuk Mirza, tapi sekurang-kurangnya aku turut rasakan kemesraan itu.

Penampilan ringkas aku untuk hari ini. Hanya berkemeja Gucci putih dengan jeans biru cair. Kasut but paras betis dan trench coat.

Perfect!

"Tuanku nak keluar?", soal Natrah. Aku kerling Natrah yang berdiri di ambang pintu, memegang beberapa helai baju yang sudah dilipat. Aku mendengus perlahan.

"Berapa kali saya nak cakap, kalau nak masuk bilik saya ketuk pintu dulu walaupun pintu tu terbuka", tegur aku. Sudah acapkali aku berpesan kepada Natrah, tapi selalu saja dia lupa. Natrah tunduk.

"Maaf, Tuanku. Saya ingat Tuanku tak ada dalam bilik. Tu yang saya masuk je. Lagipun saya nak hantar baju ni", balas Natrah sambil menunjukkan baju di tangannya. Aku berjalan ke arah Natrah yang masih berdiri kaku di ambang pintu. Lipatan baju di tangan Natrah aku ambil.

"Kalau saya tak ada pun, saya tak suka awak masuk sesuka hati. This is my privacy area with my husband", kata aku tegas. Sudah lama aku perhatikan tingkah laku Natrah. Sejak akhir-akhir ini, sikapnya seakan berubah. Tugasnya sebagai jururawat Mateen sudah bertukar menjadi pembantu rumah pula.
"Lagi satu, ni bukan kerja awak kan? Sufi dan Kirana boleh buat semua ni. Tugas utama awak cuma jaga pengiran muda. Faham?", sambung aku lagi. Natrah tertunduk dan angguk faham. "You may leave..", arah aku. Natrah tunduk hormat dan berlalu pergi.

Love You, My Prince II: Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now