[ 08 ]

825 33 0
                                    

Baju aku lipat satu persatu, dari t-shirt lengan pendek, lengan panjang, seluar bermacam jenis, baju musim sejuk, semua sudah aku masukkan ke dalam bagasi. Aku kerling bagasi yang tersusun di tepi bilik wardrobe.

Satu, dua, tiga. MasyaAllah, bagasi baju aku saja sudah tiga biji. Belum lagi aku kemas bagasi baju Mateen. Entah berapa biji pula nanti. Mirza lagi. Di bilik sebelah sana, Kirana sibuk mengemas bagasi baju Mirza. Aku serahkan semuanya kepada Kirana kerana dia juga yang beria-ia mahu membantu.

"Tuanku, ada lagi tak baju yang tuanku nak bawa?", tanya Sufi yang berdiri di sebelah almari baju yang hampir kosong. Habis semuanya aku masukkan ke dalam bagasi. Elok bawa semua baju dari sini, tidak perlulah aku membeli baju baru di sana nanti.
"Hurmm.. dah lah tu Sufi. Cukuplah ni. Bukan kita nak duduk sana selamanya pun kan?", kataku menjawab kepada soalan Sufi tadi. "Awak dah kemas barang-barang awak?", tanyaku pula. Sufi menggeleng.

"Laaa.. kenapa belum? Kalau macam tu awak baliklah. Pergi kemas barang-barang awak", arahku.
"Eh, tak apa tuanku. Barang saya sikit je. Lagipun tuanku kan mengandung, kena banyak rehat. Biar saya buat", dalih Sufi. Aku tersenyum nipis. Baru lima bulan Sufi, bukan dah nak beranak pun. Kuat lagi nak buat kerja ni semua.

"Suka hati awaklah, Sufi. Kita kemas barang pengiran muda pula", kataku. Sufi angguk faham. Bagasi baju diturunkan lagi dari atas almari.

Duduk di London sehingga Mateen sembuh, itu arahan paduka ayahanda mertuaku seminggu lalu. Walaupun aku berat hati untuk meninggalkan negara ini, namun aku juga gembira pulang ke kampung halamanku. Lebih-lebih lagi apabila baginda perkenankan untuk aku pulang ke South Bank pada bila-bila masa. Baginda faham keadaan aku ketika ini. Baginda juga sedar dengan perubahan sikap Mateen. Ia sangat ketara bukan saja pada aku, tetapi pada orang lain juga.

Mateen menjadi pendiam, tidak banyak cakap dan hanya mahu bersendirian. Dia jadi pemarah dan memberontak. Sudah berapa kali Mirza dimarahinya dan kami bergaduh kerana itu. Mateen benar-benar berubah. Sikap dinginnya pada aku, tidak payah cakap. Sehingga aku sudah rasa lali dengan kata-kata sinis yang dia tuturkan setiap hari.

Bencinya Mateen pada aku ketika ini, aku tahu apa puncanya. Ini, bayi yang aku kandungkan ini. Hanya kerana aku ingin sampaikan berita ini depan mukanya, Mateen menjadikan aku punca dia kemalangan. Maaf aku tiada guna. Tapi aku tidak salahkan Mateen, aku tahu itu silap aku kerana terlalu memaksa Mateen untuk pulang sebelum 12 tengah malam hanya untuk aku khabarkan berita ini. Tapi satu saja aku minta pada Mateen, jangan dia benci bayi ini nanti apabila dia sudah lahir ke dunia.

"Tuanku okay?", tanya Sufi tiba-tiba. Ya Allah, jauh juga aku mengelamun. Baju kemeja Mateen di genggaman aku dari tadi, tidak berlipat. Pasti Sufi perasan aku sedang mengelamun. Aku berdehem, membetulkan ton suaraku lalu tersenyum nipis memandang wajah tenang Sufi.

"Saya okay. Cuma penat sikit", bohongku. Sufi menggeleng kepala beberapa kali.
"Itu lah saya cakap tadi, tuanku rehat. Biar saya yang buat semua ni. Nasib baik saya tak balik tadi kan? Kalau tak, tak tahulah apa jadi dengan tuanku", bebel Sufi. Tawaku terus terburai mendengar bebelan Sufi. Aku selesa apabila Sufi menguruskanku. Biar pun dia hanyalah dayang istana, tapi aku anggap dia seperti keluarga. Jika berdua begini, aku lebih selesa Sufi menganggap aku sebagai kakaknya. Tidak terlalu formal dan berprotokol.

"Awak ni Sufi, kalau dah membebel kalah mak saya", selorohku. Sufi turut ketawa mendengar usikan aku. Geli hati agaknya dengan keletah sendiri.
"Saya membebel sebab saya sayang tuanku. Tuanku dah macam kakak saya", balas Sufi. Aku tersenyum memandang Sufi yang pantas melipat pakaian Mateen untuk dimasukkan ke dalam bagasi.
"Terima kasih Sufi sebab awak selalu ada dengan saya. Dari awal lagi sampai sekarang. Dari saya bujang, sampai dah kahwin, dah nak masuk anak kedua dah. Awak layan je kerenah saya ni", ucapku panjang lebar. Sendu tiba-tiba hati ini. Aku sendiri tidak pasti adakah dayang istana lain sebaik Sufi.

Love You, My Prince II: Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now