Warkah untuk Mateen...
Assalamualaikum Mateen,
I tahu ini bukan cara yang terbaik untuk I luahkan semua yang terpendam. Tapi buat masa ni, inilah yang terbaik.
Mateen,
Kisah hidup kita selalunya seperti yang kita mahukan. Kita mahukan bahagia, kita dapat bahagia. Tapi Tuhan tidak bagi bahagia itu dengan mudah. Dia datangkan juga pelbagai ujian untuk kita hadapi. Dia menguji kekuatan hati kita. Dia hadirkan sengketa, cemburu, iri hati dan hasad dengki dalam setiap hati.Tujuannya hanya satu. Untuk melihat sejauh mana kita mampu bertahan dan hadapi ujian itu.
Tapi kita hanya manusia biasa. Hati kita rapuh, kita mudah terpengaruh. Kaca disangka berlian, berlian dicampak begitu saja. Sebab itu wujudnya pepatah Melayu, hanya jauhari mengenal manikam.
Kita pernah kecap bahagia. I tak nafikan sepanjang menjadi isteri you, hidup I dilimpahi dengan bahagia. Cinta dan kasih sayang yang you curahkan tidak pernah berkurang.
Namun, Allah tidak sentiasa hadirkan bahagia untuk kita. Bahtera yang you kemudi selama bertahun lamanya goyah juga. I akui, kesilapan itu berpunca dari I juga. I cuba pertahankan, tapi ternyata badai yang melanda terlalu hebat sehingga I terdampar di lautan luas, terkapai-kapai mencari kembali kebahagiaan itu.
Mateen,
I hanya manusia biasa. Hati I tak ada kekebalan. Jika ditoreh, ia berdarah. Jika ditikam berkali-kali, hati itu mati. Sakitnya hanya I yang tahu. Dalamnya luka itu, sehingga kini tidak terubati.Demi anak-anak, I biarkan luka itu berdarah malah makin parah. I korbankan semua untuk Mirza dan Lily. I cuba pertahankan sesuatu yang I sendiri tak pasti.
Sehingga hari ini, luka itu masih berdarah. Belum ada ubatnya. I tahu you siapkan semua untuk kita. Untuk anak-anak kita. I nampak usaha you. I tahu you berusaha untuk kembalikan semuanya.
Kebahagiaan, cinta, kasih dan sayang dalam hubungan kita bersama Mirza dan Lily.
Tapi I cuma manusia biasa yang masih ada hati dan perasaan. Kejamlah I sebagai bonda Mirza dan Lily kerana menolak jauh ayahanda mereka dari terus mendekati.
I minta maaf kerana tidak dapat tunaikan permintaan you untuk menyambut Aidilfitri kali ini di Brunei. Tempat I bukan lagi di sini meski keluarga you masih menerima I sebagai sebahagian daripada mereka.
I pohon you doakan kebahagiaan I seperti mana I sentiasa doakan kesejahteraan dan kebahagiaan you.
You used to be my friend, boyfriend, fiance, husband, lover, my other half and my world. I never forget that. Dalam lubuk hati I paling dalam masih ada you, my Matt.
Love,
Lisa.Mateen lipat kembali surat itu. Surat yang diterima dari Elisa, membawa kepada jawapan tolakan Elisa untuk menyambut Aidilfitri dengan Keluarga Bolkiah di Bandar Seri Begawan. Mateen sedar, tiada dayanya untuk menghalang keputusan yang sudah dibuat wanita itu.
"Ini alasan I untuk bahagia".
Masih segar di ingatan Mateen kata-kata itu ketika Elisa menghulurkan satu envelope kepadanya sebelum wanita itu pergi meninggalkan Bandar Seri Begawan.
Lipatan surat tadi Mateen simpan kemas di dalam envelope lalu diletakkan dalam laci meja kerjanya. Bingkai gambar di atas meja kerja direnung. Masih tidak lengkap. Masih ada kekurangan pada gambar itu.
YOU ARE READING
Love You, My Prince II: Alasan Untuk Bahagia
Romance~Sekuel Love You, My Prince~ "Promises are made to be broken" - ELISA Ribut bisa datang menggoyah bahtera. Gelora bisa menghempas tanpa mengira masa. Ketika bahagia menyulam cinta, badai datang membawa derita. Bencana yang menimpa menyebabkan bahter...