[ 28 ]

2.1K 62 5
                                    

Aku tepuk dahi apabila melihat jadual kerjaku pada paparan skrin iPad. Allahuakbar! Macam mana aku boleh lupa tentang yang satu ni.

'Erica punya pasallah ni. Bukan nak ingatkan aku. Dah lah banyak benda aku nak kena ingat. Dengan new project lagi, dengan pending job dekat London. Dengan mama yang tak sihat sekarang. Ya Allah! Kalaulah aku boleh klon dua badan aku sekarang, aku letak satu dekat London. Eh tak! Klon tiga. Satu London, satu Dubai. The real Lisa pergi holiday'.

Sempat aku membebel dalam hati sebelum butang interkom aku tekan untuk disambungkan kepada Erica, pembantu peribadiku.

"Yes, Cik Puan?"
"In my office. Now"

Arahku lantang. Ada orang bakal kena bebel dengan aku sekejap lagi. Dari jauh sayup kedengaran derapan kasut tumit tinggi Erica. Gadis kacukan Melayu-Arab ini bekerja dengan di pejabatku sejak aku menguruskan HME Interiors di Dubai. Masih muda, baru saja menamatkan pengajiannya beberapa bulan lalu. Malah ini kerja pertamanya selepas tamat pengajian.

Terkadang apabila melihat Erica, aku terbayangkan diriku yang dulu. Ketika kali pertama aku menjadi pembantu paling peribadi Pengiran Muda Abdul Mateen. Aku juga tidak tahu apa-apa ketika itu. Dan selalu saja dimarahi Mateen.

Aku tersenyum sendiri. Rasa kelakar pun ada bila terkenangkan kembali detik-detik itu.

Ketukan di pintu kaca bilikku mematikan lamunan aku yang jauh mengenangkan kisah lama dulu. Aku kalih pandangan pada ambang pintu. Berdiri tegak si Erica dengan muka yang sedikit cemas. Sengaja aku membuat muka serius.

"Come in and please have a seat", arahku. Erica melabuhkan punggung di kerusi depan meja kerjaku. Dia sudah bersedia dengan organizer dan pen di tangan. Sebiji macam aku dulu setiap kali mengadap Mateen. Bezanya, aku memegang iPad yang sudah sedia penuh dengan jadual kerja dan peribadi Mateen.

Hish! Kenapa dengan aku ni? Dari tadi ingatkan Mateen. Gila! Rindu bekas suami ke apa?

"Anything you want to update me?", tanya Erica perlahan. Berkerut muka aku mendengar soalannya. Mataku mengecil memandang wajah polos gadis di depanku ini. Memang nampak naif.

Aku lepas keluh kasar dan berkata, "Bukan you yang perlu update I? Is there anything that you forgot to inform me, Erica?".

Sengaja.

Sengaja aku mahu menekannya. Supaya dia lebih peka selepas ini. Menggelabah Erica meneliti organizernya. Memeriksa jika ada agenda yang aku tidak tahu. Aku hanya perhatikan dengan renungan tajam.

Hampir lima minit tiada jawapan dari Erica. Aku mengalah. Kalau ditunggu, entah berapa lama lagi masa yang Erica mahu ambil untuk semak semula jadual aku.

"Invitation from Istana Nurul Iman. You forgot to remind me. Right?", tanyaku. Erica angkat muka. Berubah terus riak wajahnya. Dia kemudian angguk perlahan dan terus tertunduk.

Aku dah agak!

"The dateline for RSVP was yesterday. I missed it. I missed the only opportunity to meet my son before Raya. How you want to fix it?", tanyaku serius. Aku bersandar pada kerusi dengan tangan bersilang di depan. Wajahku masih serius memandang pembantu peribadiku ini.

Erica hanya tunduk dan membisu. Dia tidak berani angkat muka untuk bertentang mata denganku. Beberapa bulan bekerja denganku, pasti dia sudah masak dengan sikap tegas aku ketika bekerja.

"I-I am sorry, Cik Puan. Salah saya sebab terlepas pandang RSVP tu. Saya akan hubungi pejabat Nurul Iman mengenai kedatangan Cik Puan", jawab Erica tergagap. Bergetar suaranya. Menahan perasaan takut, mungkin.

"No need. About the RSVP, I will handle by myself. Tapi lain kali tolong check betul-betul jadual saya. What I need to do, where I need to go, who should I meet. Sebab tu saya hire awak jadi PA saya. Kalau semua benda saya nak ingat sendiri, baik saya tak payah ada PA. Kan?", dugaku. Tenang namun sedikit tegas.

Love You, My Prince II: Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now