[ 03 ]

1.9K 65 2
                                    

🇲🇾

Tetamu-tetamu kenamaan mula hadir ke Johor Bahru sejak semalam lagi. Semua persiapan untuk majlis istiadat perkahwinan diraja ini semuanya sudah tersusun rapi. Sejak seminggu lalu, bandaraya Johor Bahru begitu meriah sekali bagi meraikan perkahwinan antara Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Sultan Ibrahim dengan Yang Mulia Che Puan Anisha.

Semalam sudah berlangsung majlis pernikahan pasangan diraja ini di Istana Bukit Serene, yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak. Malam ini pula, berlangsungnya istiadat perkahwinan diraja yang diadakan di Istana Besar, Johor Bahru pula.

"Bie, is Mateen and Lisa coming tonight?", soal Anisha sambil membiarkan jurumekap menyolek wajahnya. Tunku Idris yang sudah lengkap memakai uniform diraja berpaling memandang isteri yang baru dinikahinya semalam. Dia datang menghampiri isterinya yang sedang bersandar kaku pada kerusi, menadah muka untuk disolekkan jurumekap.

Tunku Idris berbisik, "I thought you already asked your 'Gossip Girl' group".

Anisha ketawa mendengar kata-kata suaminya ini. WhatsApp group 'Gossip Girl' itu dia yang tubuhkan bersama kakak iparnya, Jane. Ahli kumpulan pula terdiri daripada Elisa dan kakak-kakak iparnya, Pengiran Anak Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah dan Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah. Bukanlah group bergosip sangat pun, sekadar bertanya khabar dan berbual tentang aktiviti harian mereka. Memandangkan mereka jarang bertemu kerana jarak yang jauh, jadi whatsapp lah yang menjadi penghubung.

Anisha sudah menetap di Johor Bahru sejak dia dan Tunku Idris mengikat tali pertunangan setahun lalu. Sekali sekala dia akan ke London, menguruskan perniagaannya di sana. Elisa pula kekal di Brunei, di sisi suami tercinta dan sibuk dengan aktiviti-aktiviti bersama rakyat. Jane yang sudah mempunyai seorang anak bersama Danial, selalu saja ulang-alik dari Bangkok ke London serta mengelilingi dunia kerana kerjanya. Mujur juga perniagaan diusahakan bersama-sama Danial. Fadzilah masih kekal di London manakala Azemah selalu berulang alik dari Brunei ke London.

"The group keep silent since yesterday. I know they just coming back from Maldives yesterday. Tapi I tak sure family Mak Yam akan datang ke tak", panjang lebar penjelasan Anisha.

Tunku Idris ukir senyum, "They will come, honey. Don't worry. I know you missed Lisa and Mirza so much". Ringkas balasannya.

Pagi tadi Mateen ada menghubunginya untuk mengucapkan tahniah di atas pernikahannya dengan Anisha. Ada juga Mateen beritahu yang dia dan Elisa akan ke Johor Bahru bagi memenuhi undangan ke majlis perkahwinan diraja ini. Namun lupa pula dia bertanya tentang ahli keluarga Mateen yang lain. Menerima kunjungan Mateen saja sudah cukup membuat Tunku Idris berbesar hati. Mereka akrab sejak remaja, semasa sama-sama menghabiskan masa di London. Malah dia sangat berterima kasih dengan Mateen kerana banyak membantunya sepanjang dia berusaha memenangi hati Anisha sehingga rumahtangga pengiran muda itu sendiri tergugat.

"Yeayyy. Yes, I miss them so much. Dah lama tak jumpa dia orang", berbunga hati Anisha apabila suaminya ini memberitahu pasangan diraja yang selalu menjadi perhatian itu akan mencemar duli hadir ke majlis perkahwinannya. Kali terakhir dia bertemu Elisa beberapa bulan lalu, sewaktu dia pulang ke Brunei untuk uruskan tentang perkahwinannya.

Menggeleng Tunku Idris melihat reaksi Anisha. Dia sudah sedia maklum tentang keakraban dua wanita ini. Masa merubah segalanya. Jika dulu Elisa pernah membenci Anisha kerana menganggap Anisha masih mengejar cinta Mateen, tapi kini mereka berkawan baik. Malah, jika bertemu di London selalu saja dia dan Mateen ditinggalkan. Pantang berjumpa, ada saja cerita mereka.

"How if tomorrow we invite them for breakfast? Malam ni mesti tak boleh bual panjang", cadang Anisha. Tunku Idris yang sedari tadi hanya duduk memerhati isterinya ditatarias mengukir senyum.
"Good idea, honey. I'll talk to Mateen later tonight. I pun dah lama tak borak panjang dengan dia", balas Tunku Idris, setuju dengan cadangan Anisha.
"Thank you, Bie", ucap Anisha manja.

Love You, My Prince II: Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now