"Nah, juice for you. Sejukkan tekak dan hati tu". Natrah meletakkan segelas jus di atas meja. Mateen yang dari tadi tersandar lesu pada kerusi sambil mendongak dan pejam mata terus buka mata dan membetulkan duduk. Jus di dalam gelas diteguk perlahan. Terasa sejuk sikit tekaknya.
Natrah melabuhkan punggung di kerusi depan Mateen. Di bawah gazebo ini, mereka selalu meluangkan masa bersama. Bercerita tentang kisah masing-masing. Banyak yang Natrah kongsikan bersama Mateen termasuk sebab dia menerima tawaran untuk menjadi jururawat peribadi Mateen.
"Saya nak bantu keluarga. Tawaran ni susah untuk saya tolak walaupun saya tahu saya akan tinggalkan mereka untuk satu tempoh yang lama"
Itu jawapan Natrah ketika Mateen bertanya tentang sebab dia menerima tawaran kerja itu sedangkan dia sudah selesa bekerja di Jerudong Park Medical Centre.
"Mirza dekat mana?", tanya Mateen memecah kesunyian ketika itu. Natrah sudah mula faham dengan sikap Mateen. Jika pengiran muda ini dalam mood tidak baik, jangan ditanya atau ditegur. Biarkan saja sehingga dia sendiri membuka mulut.
"Ada dekat dalam. Dengan Kirana macam biasa", jawab Natrah sambil mencebik. Teringatkan cabaran Natrah seminggu lalu.
"You, can I say something?", tanya Natrah meminta keizinan.
Mateen angkat kening dan berkata, "What is it?"Natrah membetulkan duduk. Dia berdehem beberapa kali sebelum memulakan ayatnya. Otak juga sebenarnya masih berusaha menyusun ayat untuk dituturkan. Dia tahu Mateen bukan dalam keadaan baik ketika ini. Jika dia tersalah cakap, pasti dia akan dimarahi Mateen.
"Pasal Kirana", perlahan Natrah memulakan topik itu. Dia benar-benar rasa tercabar dengan kata-kata Kirana. Dia mahu buktikan siapa yang lebih berkuasa ketika ini.
Natrah atau Kirana.
Mateen pandang tepat wajah Natrah. Boleh tahan orangnya. Bertubuh kecil molek, kulit putih susu, mata bundar dan rambut ikal mayang. Berperwatakan lembut juga. Berbeza sungguh jika dibandingkan Natrah dengan...
'Ah, kenapa aku ingatkan Lisa ni?', maki Mateen dalam hati.
"Kenapa dengan Kirana?", tanya Mateen. Melihatkan riak wajah Natrah tadi, dia pasti ada sesuatu yang mahu disampaikan.
"Hari tu I nampak dia tinggalkan Mirza alone. I thought she's busy or something, but I found out dia duduk senang lenang dalam bilik. Bila I tanya, dia marah I balik", adu Natrah. Suaranya bertukar sayu, wajahnya muram. Dia menunduk merenung jemarinya.
"Maybe dia tak sihat", balas Mateen. Natrah berdecit. Mateen masih belum terpedaya dengan aduannya tadi.
"No. I dah tanya. Dia sihat je. Actually tu bukan sekali. Tapi dah banyak kali I nampak. Dia bukan buat kerja pun. Selalu tinggalkan Mirza macam tu saja. Why don't you just fire her? Daripada dia makan gaji buta", panjang lebar aduan Natrah. Dalam pada itu, sempat juga meracun pemikiran Mateen.Mateen hela nafas dalam lalu dihembusnya perlahan. Bukan kuasa dia untuk memecat Kirana sesuka hati dan Mateen tahu dia memang tidak boleh pecat Kirana.
"I tak kisah pun pasal tu. Lagipun Mirza dah besar. Dia boleh main sendiri without any guidance. Besides, you sendiri tahu how close my son with Kirana. My son's happiness is my priority", balas Mateen berhemah. Natrah mengeluh perlahan. Nampaknya Mateen berpihak pada Kirana.
"Tapi I boleh jaga Mirza. With all my heart. I'm sure sooner or later he will comfortable with me"
"Kalau I tak pecat Kirana pun you still boleh jaga dia kan?"
Mateen membidas. Dia tidak mahu membincangkan hal Mirza dengan orang lain. Cukup sekadar dibincangkan bersama Elisa saja, sebagai bonda Mirza.
"Tapi.."
YOU ARE READING
Love You, My Prince II: Alasan Untuk Bahagia
Romance~Sekuel Love You, My Prince~ "Promises are made to be broken" - ELISA Ribut bisa datang menggoyah bahtera. Gelora bisa menghempas tanpa mengira masa. Ketika bahagia menyulam cinta, badai datang membawa derita. Bencana yang menimpa menyebabkan bahter...