[ 11 ]

824 29 1
                                    

"Sikit lagi, tuanku. Dah boleh dah ni"

Mateen merengus kasar, terasa tegang semua otot lengannya memegang palang besi ini. Tidak tahan menahan sakit itu, Mateen terduduk semula di atas kerusi rodanya. Nafas berat dihembus. Gigi diketap rapat, menampakkan garis rahangnya yang tajam. Marah dengan diri sendiri kerana tidak mencuba lebih lagi.

"It's okay. Tuanku rehat dulu. Nanti kita cuba lagi", kata Natrah. Lembut. Dia tahu bukan senang untuk Mateen kembali berpijak menggunakan kedua kakinya. Namun hari demi hari, putera raja ini mula menunjukkan reaksi yang memberangsangkan.

"I nak cuba lagi", kata Mateen pantas tangannya menggenggam pemegang kerusi roda untuk bangkit semula. Kelam kabut Natrah memegang lengan Mateen, membantunya untuk bangun. Sebelah tangannya merangkul pinggang Mateen. Apabila sudah berdiri separuh, Mateen memaut bahu Natrah dan perlahan dia angkat kaki menuju ke palang besi tadi. Dicapainya sebelah tangan. Sudah agak stabil, tangan yang memegang bahu Natrah tadi digerakkan memaut palang besi pula.

"Good, tuanku. Saya lepaskan tuanku perlahan, ready ya", kata Natrah ceria. Gembira hatinya melihat Mateen mula untuk berdiri tegak.
"Nanti dulu, Nat. I tak kuat lagi ni. I still can't feel my foot", halang Mateen. Dia masih takut untuk berdiri dengan keringatnya sendiri. Kaki yang memijak lantai gim sekejap berasa, sekejap tidak.

"Okay, tuanku. Don't worry. I'll be here", balas Natrah. Sebelah tangan masih di pinggang Mateen, berjaga-jaga andai lelaki ini terjatuh. Bukan Mateen tidak pernah jatuh sebelum ini. Malah ini sudah cubaan ke berapa kali, dia sendiri tak ingat. Cekalnya hati Mateen untuk kembali berdiri dengan kakinya sendiri membuatkan Natrah sedikit teruja.

"Thanks, Nat. Kalau you tak ada, tak tahulah macam mana I nak buat semua ni", kata Mateen. Natrah tersenyum manis. Terasa bangga apabila dirinya diperlukan pengiran muda ini.
"You're welcome, tuanku. Saya akan sentiasa ada untuk tuanku", balas Natrah perlahan seakan berbisik. Rangkulan pinggang Mateen diperkemaskan lagi. Terasa hangat badan Mateen berpindah kepadanya pula. Mateen kembali memaut bahu Natrah apabila dia rasa hilang pertimbangan.

"Auchh!"

Mateen kembali terduduk di kerusi roda. Pautan tangannya di bahu Natrah tadi membuatkan gadis itu juga hampir jatuh di ribanya. Nafas mereka bersatu. Hanya seinci jarak wajah Mateen dan Natrah. Dada Mateen berdebar tiba-tiba. Haruman wangian Natrah menusuk ke rongga hidungnya. Jarak itu semakin dekat seperti ada magnet yang menarik mereka supaya lebih dekat.

"Ehem!"

Suara berdehem itu mematikan gerakan bibir yang hampir bertemu. Natrah segera berdiri tegak dan pipinya mula merona kemerahan. Mateen berdehem, menghilangkan rasa janggal ketika itu. Kerusi rodanya dipusingkan.

"Nat, you may leave", arah Mateen. Natrah tunduk hormat dan cepat-cepat berlalu pergi. Malu dengan diri sendiri.

"Tim..Tim.. jangan cari pasal", sinis sindiran Farid. Dia menolak kerusi roda Mateen menuju ke laman belakang St. John Palace, tempat kegemaran Mateen. Mateen hanya diam. Dia mengutuk dirinya sendiri dalam hati. Memaki tindakan sendiri yang mahu mencumbui jururawat peribadinya.

"Don't you dare to tell anyone, Id", ugut Mateen. Farid tersenyum sinis. Nasib baik dia cepat tiba di gim tadi. Jika tidak, tak tahulah apa yang akan terjadi. Silap hari bulan, Natrah dah duduk atas Mateen.
"Apa dalam fikiran kau? Tak malu ke buat macam tu. Nasib aku yang nampak, kalau Lisa yang nampak?", tanya Farid tegas. Mateen merengus kasar.

Lisa! Lisa! Lisa!

Dia sudah muak mendengar nama itu. Semua orang terlalu menjaga hati dan perasaan wanita itu.

Sedangkan dia?

Tiada siapa pernah peduli. Isteri sendiri pun makin mengabaikannya. Yang dia ada sekarang hanyalah gadis tadi, Natrah. Gadis yang memberikan sepenuh perhatian padanya. Menjaganya setiap hari, melayan kerenahnya tanpa jemu.

Love You, My Prince II: Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now