[ 01 ]

4.3K 73 4
                                    

Aku berdiri di depan lelaki ini, lelaki yang menikahi aku lima tahun lalu. Berkemeja putih dan sedang sibuk membetulkan kafling bentuk bulat berwarna perak tempahan khas dari Cartier dengan ukiran DPM, duli pengiran muda. Hadiah yang aku berikan sempena hari lahirnya beberapa bulan lalu. Tali leher Ralph Lauren rona biru tua yang belum diikat kemas tergantung di leher. Rambut yang kusut juga masih belum dirapikan lagi. Tersengih aku melihat suami yang kelam kabut pagi ini.

"Sayang.. are you stand in front of me just to watch me? I dah lambat ni", ujar Mateen. Dia kerling aku dengan sebelah mata. Aku ketawa kecil. Suka melihat gelagat kelam kabut Mateen di awal pagi. Bukan pertama kali, tapi dah banyak kali.

"Tu lah, siapa suruh tidur lambat malam tadi? Ni kalau daddy tahu you terlepas Subuh tadi, confirm kena bebel dengan daddy", balasku selamba, sengaja mengusik Mateen pagi-pagi ni. Berkerut dahi Mateen mendengar usikan aku. Bukan sekali dia pernah ditegur dengan paduka ayahanda mengenai solat. Malah sehingga kini, sudah berumur lebih 30 tahun pun, baginda masih menegurnya tentang solat. Bukan apa, sekadar ingat mengingati. Bab solat, baginda memang sangat mengambil berat. Selalu saja diingatkan untuk solat di awal waktu walau sesibuk mana pun urusan harian kita.

"Siapa yang ajak I tengok late night movie?", soalnya kembali sambil kening diangkat sebelah, tajam memandang aku. Aku menyeringai, menampakkan barisan gigi atas.

Salah aku.

Semalam selepas pulang dari Istana Nurul Iman, aku ajak Mateen untuk menonton lewat malam. Bukan di mana-mana pun, hanya di ruang keluarga di tingkat dua Istana Nurul Izzah. Ruang di mana keluarga kecilku meluangkan masa bersama-sama. Sedangkan ketika itu Mateen sudah pun tidur.

"Tapi I cakap, kalau tak boleh tak apa kan? You yang agreed", bidas aku kembali, tidak mahu kalah. Tanganku pantas menarik tali leher Mateen, dikemaskan ikatannya. Mateen menarik aku dalam pelukannya tiba-tiba.
"How can I say no to you, sayang? Hmm?", soal Mateen sambil mukanya dirapatkan sehingga aku boleh rasa hembusan nafasnya yang hangat. Aku tersipu malu. "You know how much I love you, right?", soalnya lagi. Aku senyum dan angguk laju.

Mateen, cintanya tak pernah kurang. Kasihnya tidak berbelah bagi. Dia mencuba sehabis daya untuk membahagiakan rumahtangga kami. Sedaya dan semampunya. Aku bersyukur dikurniakan suami sebaik Mateen. Tiada apa lagi yang aku minta selain ditetapkan hati kami untuk terus melayari bahtera rumahtangga ini.

"Okay, okay. I'm sorry. After this no more late night movie. I promise", aku angkat tangan kanan tegak seakan mengangkat sumpah. Mateen ukir senyum. Ciuman singgah di dahi aku, seperti biasa. Aku hulurkan kot warna kelabu dan membantu Mateen menyarungkan kot itu ke tubuhnya. Butang dikemaskan. "Perfect, sayang! Handsome, as always", puji aku melambung. Mateen menguntum senyum.

"Let's go, sayang", kata Mateen seraya menarik tangan aku. Masih dengan kelam kabutnya. Aku hanya turutkan dan membuntuti Mateen turun ke lobi. Jika diikutkan tidaklah begitu lewat, hanya 10 minit lewat dari waktu biasa Mateen keluar untuk ke pejabat. Itu pun sebenarnya masih awal, dia tetap akan tiba awal di pejabat.

"Daddy!"

Jeritan suara halus itu membuatkan aku dan Mateen berpaling. Mateen yang baru saja ingin masuk ke dalam kereta di lobi jadi terbantut. Dia keluar semula dan berdiri tegak di anak tangga terakhir. Mirza berlari anak menuju ke arah Mateen. "Daddy lupa ni", kata Mirza sambil menunjukkan songkok di tangannya. Mateen memegang kepalanya dan tersengih. Aku hanya memerhatikan tingkah laku dua beranak ini.

"Iyelah, daddy lupa", kata Mateen. Dia membongkok supaya separas dengan Mirza. Segera diletakkannya songkok itu di atas kepala Mateen. Lantas memeluk erat paduka ayahandanya. "Thank you, my prince", ucap Mateen. Dikucupnya ubun-ubun Mirza lama. Mirza membalas dengan mencium pipi Mateen.

Love You, My Prince II: Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now