"Maaf kak, Mimi memang sayang Herman dalam-dalam," kata Mimi yang sedang bercakap dengan lemah lembutnya.
Ya Allah, nasib baik kau tak ada di sini sekarang kalau tak, dah lama aku cincang kau.
Adikku, Mimi sudah kahwin lari dengan orang yang dia cintai tetapi ditentang hebat oleh mama dan papa. Kerna Doktor Herman tu tunang aku. Bekas! Bekas tunang.
Dah lah aku mula sayang kat bekas tunang aku tu. Tunang 5 tahun aku! Jadi selama ini, mereka.. Haih.
"Korang cukup duit tak?," tanyaku, risau juga kalau adikku si Mimi ni kebulur nanti. Kahwin lari, mana taknya. Pakaian, makannya ok ke? Tidurnya selesa ke?
Aku tahu lah si Herman tu doktor. Mana lah tahu. Kan? Takdir Allah.
"Cukup, abang Herman ada cukup wang nak tanggung kami berdua," kata Mimi sedikit serak suaranya. "Kak, Mimi minta maaf sesangat,"
"Ok," balasku. Sebetulnya, memang masih ada perasaan terluka di dalam hati ni. Adik sendiri mengahwini tunangku.
Mengapa aku terlalu bodoh untuk menyedari yang selama ini, aku selalu menangkap mereka berjumpa secara 'kebetulan' katanya lah.
Tapi kan kata orang, air dicincang tak akan putus. Begitu lah gayanya, aku memang dengan ringan hati akan memaafkan mereka. Tak apa.
"Kak,"
"Apa?,"
"Maaf ya?,"
"Adik perlu minta maaf kat mama juga, mama hampir-hampir sakit jantung dengar yang kamu dah lari," beritahuku selepas mengeluh.
Sesekali aku mengerling ke sekeliling, takut ada kelibat mama. Mahu runtuh rumah ni kalau mama tahu aku berhubung dengan Mimi.
"Mimi takut kak, kakak tolong jangan beritahu mama dulu, Mimi kat mana, ya? Bila keadaan dah redha, Mimi akan lawat," rayu Mimi.
Aku hanya mampu mengeluh, "Baiklah, jaga diri,"
"Ya, assalamualaikum,"
Salam ku sambut. Perasaan marahku ke tepikan dulu. Sekarang aku harus bersabar. Sabar. Sabar. Keluhan berat ku lepaskan, aku ni umur dah 28 tahun. Mana nak cari calon lain lagi?
Apa? Memang aku tua.
Dah, cukup lah aku dengan sentimental aku ni. Now, aku kena bersiap untuk kerja. Yup, aku adalah guru tadika dan aku sangat bahgia dengan kerja aku. Ini lah satu-satunya alasan untuk aku terus gembira lagi.
Yay!
"KAMU kena pindah,"
Hah?!
"Sorry, saya tersilap dengar yang cikgu kata pindah tadi," kataku tergelak kecil, menutup rasa janggal berdepanan dengan guru besar sekolah tadika. Yelah, jarang sekali dia memanggil aku ke bilik gurunya.
"Ini adalah perintah dari jabatan pendidikan sekolah, kamu diarahkan untuk mengajar penuntut sekolah tingkatan enam atas,"
.
.
.
"Kamu diberi masa 24 jam untuk mengucapkan selamat tinggal pada murid-murid kamu,"
Serius?
"Faham?,"
"24 jam je?! Maknanya saya kena melapor esuk juga?!," kataku cuba menahan nada suara agar tak meletus. Gila apa?!!
"Ya, ini arahan serta merta dari pihak atasan,"
"Tapi, ugh! Seharusnya ada notis 3 bulan-,"
"Like I said, ini arahan serta merta,"

ANDA SEDANG MEMBACA
Oi, umurku 28!
RomanceNama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir...