Episod 2

7.8K 191 3
                                    

"I think that's all for today. Do you have any question?" soal Miss Hanita, lecturer untuk subjek Data Networking. Soalan itu hanya disambut bunyi cengkerik. Begitulah suasana 'cliche' masyarakat Malaysia, apabila ditanya 'ada soalan ke tak' dalam sesuatu kelas atau majlis.

"Hmm.. Dah agak. Kalau takde soalan kita boleh bersurai." kata balas sinis Miss Hanita kepada semua. Sebaik saja perkataan 'bersurai' diucapkan, keadaan sunyi tiba-tiba bertukar menjadi bunyi mesin fotostat. Masing-masing sibuk mengemaskan kepingan nota yang telah diberikan tadi ke dalam beg. Semua pelajar bergerak keluar dari bilik untuk ke kelas subjek yang seterusnya. Sesi pembelajaran di universiti amat berlainan jjka dibandingkan sewaktu zaman persekolahan. Pelajar sekolah hanya dikhususkan untuk belajar di kelas yang sama untuk kesemua subjek kecuali untuk subjek yang memerlukan kegunaan makmal. Tetapi di universiti, tiada pengkhususan bilik kuliah untuk pelajar universiti. Tempat dan masa sesi kuliah dari waktu ke waktu telah ditetapkan oleh pihak universiti pada awal semester. Jadi berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat adalah rutin normal bagi kehidupan pelajar-pelajar universiti. Namun begitu, bilangan jam subjek dalam masa sehari hanya dihadkan kepada 6 jam sahaja. Jadi ia tidak lah membebankan pelajar-pelajar universiti untuk menguruskan masa.

Sesampai saja di Lab 8, semua pun masuk dan memilih tempat yang sudah dikhaskan dengan sebuah komputer makmal kepada setiap pelajar. Aku dan Khairi seperti biasa memilih untuk duduk di tempat yang paling belakang. Sudah menjadi 'favourite port' kami bila acapkali kelas diadakan disini. Selepas beberapa ketika lecturer subjek Multimedia, Madam Syafinaz sampai dan kelas pun bermula.

Flashback continued

Malam itu aku tidak dapat tidur lena memikirkan apa yang telah berlaku tadi. Fikiranku jadi tidak tentu arah. Aku menahan perasaan marah dan dalam masa yang sama aku ingin tahu siapakah jejaka yang bersama Fatin sebentar tadi. Sepanjang perjalanan pulang tadi, aku hanya mendiamkan diri dikala Fikri dan Paan sedang rancak berborak mengenai plot filem tersebut. Aku turut menyedari yang mereka seakan-akan berasa pelik akan kelakuanku. Ada juga mereka bertanyakan kenapa aku mendiamkan diri. Namun aku memberi alasan yang mungkin aku mengantuk. Dalam keadaan berbaring mengiring, sekali-sekala aku melihat pada paparan skrin telefonku. Terdapat puluhan mesej diterima, tetapi aku masih tiada mood untuk membacanya. Malah ada juga beberapa panggilan yang tidak diangkatku. Aku betul-betul memerlukan ruang dan masa untuk menghadam segala keperitan ini. Melihat katil kosong milik Fauzi disebelah, tiba-tiba saja aku teringatkan kampung. Saat-saat begini, suasana kampung sangat membantu untuk merawat perasaan buntuku ini. Pelbagai persoalan mula timbul dalam diriku. Apakah salahku sehingga dia sanggup berlaku curang terhadapku? Apakah selama ini yang telahku lakukan tidak cukup untuk membuktikan cintaku padanya? Apakah aku tidak cukup sempurna dimatanya?

**********

"Knock, knock, knock" bunyi ketukan pintu bilikku telah mengejutkan aku dari lena yang tidak begitu panjang. Aku sukar untuk tidur kerana terlalu memikirkan hal semalam. Aku bangun perlahan ke arah pintu. Entah siapa lah yang ganggu tidurku pepagi sabtu ni. Pintu dikuak dan Khairi sedang berdiri di hadapanku.

"Emm.. Mal. Kau okay ke?" tanya Khairi.

"Emm.. Masuklah" aku mempelawanya masuk tanpa menjawab soalan yang diajukannya. Aku bukannya taknak jawab, cuma aku masih tiada mood lagi. Tambahan pula, aku masih lagi dalam mamai tidur.

"Aku ingat nak ajak kau breakfast dekat cafe. Nak tak?" tanya Khairi.

"Jap. Aku nak mandi dulu." ujarku sambil berjalan ke loker untuk mengambil 'toiletries' dan tuala. Kemudian aku menyusul keluar dari bilik untuk ke kamar mandi. Selepas beberapa ketika, aku pun selesai mandi dan kembali ke bilik untuk bersiap. Usai bersiap, aku dan Khairi berjalan menuju ke cafe. Sepanjang perjalanan Khairi tidak lagi bersuara mengenai hal semalam. Mungkin dia khuatir yang aku tidak selesa dengan pertanyaan tentang hal itu. Sebenarnya kalau diikutkan, aku sememangnya memerlukan seseorang untuk mendorong aku supaya terus tabah menempuhi kehidupan. Sesampai di cafe, aku memilih roti canai sebagai sarapanku manakala Khairi memilih nasi lemak. Kemudian, aku dan Khairi berjalan menuju ke kaunter pembayaran sambil masing-masing membawa secawan teh tarik. Kaedah servis layan diri ini memang dipraktikkan di kebanyakan pusat pengajian. Pilih ➡️ bayar ➡️ makan ➡️ kemas. Gaya sihat seperti ini yang seharusnya diamalkan oleh setiap masyarakat terutamanya di restoran 'fast food'. Selesai bayar, kami pun menuju ke meja makan untuk menjamah hidangan sarapan masing-masing.

"Mal, hari ni ada PC Fair dekat Dewan Angsana. Kita pergi sana ye jap gi. Aku nak cari pendrive baru" ajak Khairi.

"Emm.. Boleh jugak." aku menjawab ringkas ajakan Khairi sambil menjamah kepingan roti canai yang dicicah dengan kuah dal.

"Tak sangka dia buat aku macam ni" luah hampaku kepada Khairi.

"Sabar Mal." kata Khairi sambil meletakkan telapak tangannya pada bahuku.

"Patutlah selama ni memanjang je busy, aku ajak keluar pun taknak, rupanya keluar dengan jantan lain" sambung marahku

"Emm.. Sebenarnya Mal.." ujar Khairi

"Sebenarnya apa?" tanyaku bersungguh-sungguh kepada Khairi.

"Sebenarnya aku dah lama nak bagitau kau. Cuma aku takut kau marah aku. Aku takut kau kata aku sengaja reka cerita." balas Khairi.

"Aku nak kau tengok sendiri dengan mata kepala kau" Khairi menyambung.

Aku terdiam buat seketika.

"Kau kenal ke jantan tu? " tanyaku.

"Emm.. Tak silap aku, dia tu calon MPP untuk Fakulti Seni Bina" balas Khairi.

"Ohh.. No wonder lah she's always been busy" Mendengar jawapan Khairi, aku seakan sudah boleh mengagak dari mana putik-putik perkenalan mereka bermula.

End of flashback

"Okay class. If there's nothing else, you guys may leave. Gentle reminder, burned CD of video assignment on my desk by Thursday ya" Madam Syafinaz mengingatkan kepada kelas untuk menyiapkan tugasan video yang telah diberikannya 3 minggu lepas. Tempoh hari, beliau memberikan masa sebulan untuk menyiapkannya secara berpasangan. Aku dan Khairi telah bersetuju untuk berganding bersama untuk tugasan ini. Mendengar arahan dari Madam Syafinaz, aku dan Khairi berpandangan antara satu sama lain. Kami mula merasa risau kerana tugasan itu masih belum selesai kerana baru-baru ini laptop Khairi diserang virus dan terpaksa diperbaiki. Hampir kesemua data dan failnya hilang termasuklah tugasan video tersebut. Jadi kami terpaksa mula balik dari awal.

************************************

Baru episod 2 dah ketandusan idea ni. Aku still belajar mcm mana nak tamatkan satu-satu episod, then nak relate between episode ala-ala drama pkul 7 gitu. Tiberrr... Anyways, kalau suka, jgn lupa klik ⭐ ya

TERJEBAK MEREBAK (Completed) Where stories live. Discover now