Episod 7

6K 173 6
                                    

"Akmal!" tegur Fatin dari belakang kepadaku yang sedang menunggu kehadirannya setelah kami sekali lagi berjanji temu disebabkan pertemuan tempoh hari tergantung. Aku hanya tersenyum kecil dan menjemputnya duduk.

"Dah lama ke tunggu I?" tanya Fatin.

"Baru je." aku jawab.

"Sebenarnya I nak jumpa ni sebab nak explain hal sebenar pasal hari tu." ujar Fatin.

"Okay, go on." aku menyahut setelah melihat Fatin seperti menunggu isyarat dari ku untuk teruskan penerangannya.

"Lelaki yang awak nampak hari tu adalah adik sepupu I." jelasnya. Aku terhenti sejenak memikirkan sesuatu.

"Tapi kenapa I tak pernah tahu pun yang awak ada saudara yang study sini jugak?" tanyaku kehairanan.

"Why wasn't you told me earlier? Why was you ran way that day? It's like I'm a stranger to you." tanyaku bertubi-tubi.

"Because since we're not officially together. Like our parents belum tahu lagi pasal hubungan kita. So I thought..."

"But you also can introduced me as kawan, right?" aku mencelah sebelum sempat Fatin menghabiskan katanya. Kata-kata aku itu membuatkan Fatin terdiam buat seketika.

"Macam ni lah Fatin, I think we should take some space for a while." ujarku.

"Are you trying to say that you are breaking off..."

"No, it's not like that. Maksud I yelah, you busy, I pun sometimes busy. Why not we settle down our things first, then we talk again about this" ujarku.

"You seems like..." balas Fatin pendek.

"Like?" tanyaku padanya untuk habiskan kata-katanya yang tergantung.

"Like you're not trying hard to fix this relationship." katanya.

**********

Pintu kamarku dikuak dan aku berjalan perlahan menuju ke katil. Aku merebahkan diriku untuk meregangkan sikit sendi-sendi di seluruh anggota badanku. Aku berbaring menghadap ke arah Fauzi yang sedang sibuk bermain game di laptopnya.

"You seems like..." - F
"Like?"  - A
"Like you're not trying hard to fix this relationship." - F
"Kenapa cakap macam tu?" - A
"Sebab I tgok awak macam dah lost interest on me, do you? " - F
"Maybe it's because I still cannot accept the fact that he's your cousin kot" - A
"I'm not talking about just now" - F
"Then?" - A
"Awak sebelum ni xpnah reply mesej, xangkat call, even after our last meeting, you never contact me again. Do you still love me?" - F
"I think you should answer the same question, do you? Okay, I nak tanya, do you know what day was it on the day I was asking you out, then ended up we 'met' at the cinema hari tu?" - A
"Hari... Hmm, hari jumaat right?" - F
"You're not kidding right?" - A
"Why would I? Then hari apa?" - F
"See, clearly you don't remember our anniversary date. Okay, you want to know my answer. Then my answer is NO. I don't love you anymore. We're done." - A

Perbualan sebentar tadi itu bermain-main di fikiranku. Aku akhirnya menamatkan perhubungan dengan Fatin yang telah terjalin 2 tahun yang lalu. Anehnya, aku tidak berasa menyesal dengan keputusan yang dibuat. Cuma aku berasa sedikit terkilan dengan respon Fatin sebentar tadi. Selama ni hanya aku saja lah yang mengingati tarikh ulangtahun perhubungan kami. Aku sudah menyangka respon tersebut kerana pada ulangtahun pertama kami pun terjadi perkara yang sama. Dia seolah-olah tidak mengambil berat mengenai butiran penting sedemikian. Tetapi kali ni, aku telah mengeluarkan segala apa yang terpendam selama ini. Aku merasakan tindakan yang diambil adalah tindakan yang betul.

"Kau menung apa tu Mal?"

Teguran Fauzi telah menghentikan lamunanku.

"Teringat awek le tu?" usik Fauzi.

"Hmm... Awek apa. Awek pun dah takde sekarang." ujarku.

"Kau biar betul!! Kau dah break ke dengan Fatin?" tanya Fauzi.

"Ye, baru je tadi" ujarku.

"Eh macam kebetulan pulak aku tanya ni. Kenapa bro?" tanya Fauzi.

"Entahlah aku rasa macam hubungan kami ini serba tak jadi sejak dua menjak ni. Itu yang aku ambil keputusan untuk bagi dia ruang." ujarku.

"Hmm.. Maybe it's the right thing to do" kata Fauzi. Aku mengangguk setuju dengan kata-katanya.

"Dah lah, malas nak sembang pasal tu. Hidup harus diteruskan." ujarku.

"Betul tu bro. Move on. Anyway, kau balik kampung tak minggu ni?" tanya Fauzi.

"Oh minggu ni, aku nak pergi berkampung di rumah coursemate aku, Khairi." ujarku.

"Oh Khairi. Macam mana keadaan dia? Dengar kata hari tu dia accident." tanya Fauzi.

"Dia tak teruk pun, cuma lebam lebam je, lepas cuti midsem dah boleh masuk kuliah" jelasku.

"Oh maknanya minggu depan MC lg lah dia" ujar Fauzi.

"Hmm.. Macam tu lah nampaknya. Kau tak balik kampung ke Jie?" tanyaku.

"Tak. Lagipun minggu depan dah nak cuti midsem kan." balas Fauzi.

**********

"Jemput masuk nak. Encik Khairi ada di dalam rumah. Bawa beg apa? Meh nak tolong angkatkan" kata seorang lelaki yang menyambut aku dan Paan apabila sesampainya kami di halaman rumah Khairi.

"Eh tak payah lah uncle. Kami cuma bawa beg galas je. Kami boleh angkat sendiri." responku kepada lelaki tersebut.

"Tak apa. Meh Pak Man tolong bawakan" kata lelaki itu yang membahasakan dirinya sebagai Pak Man.

"Terima kasih Pak Man" kata Paan sambil menghulurkan beg kepada Pak Man. Pintu rumah Khairi dikuak dan kemudiannya disambut pula oleh Mak Wan.

"Haa.. Dah sampai pun. Mari Mak Wan tunjukkan bilik ye." kata Mak Wan. Aku dan Paan berjalan mengekori Mak Wan dari belakang untuk ke bilik tetamu.

"Haa ni bilik kamu berdua. Bilik nak Khairi kat depan tu. Kalau nak jumpa dengan dia, dia ada dalam bilik. Mak Wan minta diri dulu." ujar Mak Wan. Kami kemudiannya melangkah masuk ke bilik tetamu. Bilik tetamu kelihatan sungguh mewah dilengkapi dengan katil king, aircond dan set almari yang cukup besar. Ditambah pula dengan layanan Mak Wan dan Pak Man sebentar tadi. Kami berasa seolah-olah kami sedang check-in ke hotel 5 stars. Kami meletakkan beg di katil dan kemudiannya menuju ke bilik Khairi seperti yang ditunjukkan Mak Wan tadi.

"Knock, knock" pintu bilik Khairi diketukku.

"Masuklah" jawab Khairi tidak lama selepas itu. Aku dan Khairi menguak pintu dan menjejakkan kaki masuk ke dalam biliknya. Khairi ketika itu sedang leka bermain PS4.

"Ooo, camni ar. Main game tak ajak" tegur Paan.

"Ehh, korang? Bila sampai? Sumpah aku ingat Mak Wan tadi" kata Khairi.

"Haha, kami baru je sampai. Amboi kau, tak macam orang sakit pun aku tengok kau ni. Dah sihat ke? " ujarku.

"Hehe.. Alhamdulillah lah sekarang dah okay sikit. Mak Wan dah tunjuk bilik korang ke?" tanya Khairi.

"Haa.. Dah tunjuk. Macam hotel weh bilik tu." kata Paan yang kemudiannya datang berbaring di sebelah Khairi.

"Takdelah. Meh join aku main FIFA ni. Ambil console satu lagi kat situ" kata Khairi sambil menunjukkan ke arah rak di sebelah TV. Paan mencapai console lalu duduk di sebelah Khairi.

"Nak Khairi!!" jerit Mak Wan kesamaran dari tingkat bawah.

"Yaa Mak Wan!!" sahut Khairi.

"Makan malam dah siap. Nanti ajak kawan-kawan turun makan ye." kata Mak Wan.

"Okay!!" balas Khairi.

************************************

Episode 7 done. Okay tak? Kalau suka, bagi ⭐ satu kali. Tengah mencari idea lagi untuk karang cerita. Bagi ada cerita sikit, baru best. Nantikan episod seterusnya.

TERJEBAK MEREBAK (Completed) Where stories live. Discover now