"Terima kasih Pak Man" ucapku pada Pak Man yang telah menghantarku pulang ke kolej sebelum aku menutup perlahan pintu kereta Mercedez milik ayah Khairi. Aku kemudiannya menyusun langkah menuju ke Blok Kasturi. Waktu-waktu tengahari begini memang agak sedikit sunyi di persekitaran kolej. Kebanyakkannya hanya menghabiskan masa di dalam bilik saja. Sama ada tidur atau main game. Tambahan pula hari ni adalah hari Ahad. Tetapi ada juga lah segelintir budak-budak pandai yang menggunakan waktu begini untuk group study atau siapkan assignment di library.
"Akmal!!" tegur seseorang daripada belakang. Disebabkan blok ini terlalu sunyi, teguran tadi bergema lantang. Aku yang dalam kekejutan, dengan pantas aku menoleh ke belakang.
"Kau rupanya Paan. Terkejut aku. Tak boleh tegur kuat lagi ke." perli aku.
"Hehe, sorry sorry. Hang baru balik dari rumah Khairi ka? Sapa yang hantaq?" tanya Paan.
"Ye, baru sampai sangat ni. Pak Man yang hantarkan." jelasku.
"Oh, hang makan lagi dak? Aku ingat nak pi tapau kt DM" ujar Paan.
"Aku dah makan tadi di rumah Khairi. Kau pergi jelah. Aku nak naik atas rehat" jelasku.
"Wah, untunglah dapat makan free. Kak aku nak guna kereta pulak semalam, terpaksalah aku pi hantaq kat dia. Takpa lagu tu, aku pi dulu noh" kata Paan sambil berlalu meninggalkanku. Aku kemudiannya meneruskan perjalanan ke kamarku. Sesampai di pintu kamarku, aku memulas tombol pintu bilik. Pintu dikuak dan aku melihat Fauzi sedang terlentang di atas katilnya. Fauzi yang tidak berbaju dan hanya memakai boxer sedang tidur dengan nyenyak sekali. Entah mengapa aku rasanya gaya tidurnya itu membuatkanku rasa sedikit terpesona. Aku memerhatikan ke setiap inci anggota badannya. Pandanganku tertumpu pada benjolan di boxernya. Ternyata Fauzi mempunyai 'barang' yang agak besar. Aku betul-betul menikmati permandangan yang begitu indah dan mempersonakan ini. Jarang-jarang sekali aku melihat keadaan Fauzi sebegini, selalunya di waktu pagi badannya dilitupi dengan selimut. Mungkin ini kerana sudah tengah hari, jadi Fauzi memilih untuk tidak mengenakan selimut untuk tidak terperangkap panas.
**********
Kelopak mataku berat untuk celik daripada short nap setelah pulang daripada rumah Khairi sebentar tadi. Aku mencapai telefonku untuk melihat jika ada notifikasi penting yang diterima. Aku melihat inbox, terdapat beberapa mesej dari beberapa group yang selalunya hanya borak kosong dan info yang diforwardkan dari group yang lain. Mataku terhenti pada kenalanku yang bernama Khairi. Aku membuka untuk mengetahui mesej apa yang dihantar Khairi.
"Mal, charger phone kau ke tertinggal dalam bilik ni?"
Melihat mesej itu, aku dengan kelam kabutnya menggeledah beg untuk memeriksa charger phone kepunyaanku. Jadi betullah itu charger phoneku yang dikatakan Khairi setelah aku mendapati ia tiada di dalam beg. Aku kembali ke katilku dan mula memikirkan bagaimana untuk aku mengecaj telefonku kerana aku tidak mempunyai charger phone extra.
"Alamak Khairi. Aku tertinggal la pula. Dah la takde charger spare."
Aku menaip balas terhadap mesej Khairi. Tidak lama selepas itu, pintu bilikku dikuak dan Fauzi memunculkan dirinya dalam keadaan bertuala sambil membawa bekas toiletries.
"Eh, Mal. Kau dah bangun ke?" tanya Fauzi.
"A'ah, balik dari rumah Khairi tadi. Aku ingat nak lelap sekejap. Sekali dah nak masuk pukul 5" jelasku.
"Haha, penat sangat tu. Kau balik pukul berapa tadi. Aku bangun-bangun tengok kau dah terlentang atas katil." tanya Fauzi lagi.
"Hmm.. Dalam pukul 1.30 macam tu la. Aku sampai tadi pun tengok kau terlentang atas katil. Dah la seksi." jelasku sambil mengusik sendanya.
"Haha, panas sangat tengah hari tadi Mal. Kalau ikut tu, nak je aku telanjang bulat." ujar Fauzi menyambut usikan sendaku.
"Kau jangan buat pasal Jie. Kang ada orang rogol, hilang teruna kau. Hahaha" balasku.
"Kalau ada orang rogol aku, kau ingat aku nak biar saja. Aku rogol la balik." ujar Fauzi. Kami berdua masing-masing ketawa dengan teletah merepek yang kami rekakan.
"Jie, kau ada charger phone lebih tak? Aku punya tertinggal di rumah Khairi tadi." tanyaku.
"Takde. Tapi kalau kau nak guna, kau ambil ja la dulu." jawab Fauzi sambil menunjukkan charger phonenya di plug meja study.
"Hmm.. Takpelah. Aku nak guna nanti aku caj situ ja la. Lagipun bateri fon aku tahan lama jugak. Sehari sekali je caj." jelasku. Fauzi memberi isyarat 'orait' padaku.
"Mal, malam ni kau free tak?" tanya Fauzi.
"Apsal nak ajak 'date' ke?" tanyaku dalam usikan.
"Haih, kau semenjak single ni, makin gatal er." balas Fauzi.
"Haha, bukan selalu nak manja-manja dengan roomate. Sem depan belum tentu lagi kita dapat stay sekali" ujarku.
"Alolooo, buat ayat cedeyhhh la pula roomate kesayanganku ini" ujar Fauzi sambil menggosokkan kepalaku.
"Hehe, kau nak ajak pergi mana malam ni?" tanyaku menyambung ajakan Fauzi yang tergantung tadi.
"Aku ada purchase satu barang ni. Tapi kena pergi buat COD dekat area Seksyen 17. Lepas tu kita pergi la lepak mana-mana" jelas Fauzi.
"Okay jugak tu." aku membalas ajakan Fauzi.
**********
Aku menggenggam kuat pinggul Fauzi dari belakang kerana bimbang jatuh dari motosikal 125z miliknya. Sungguh laju dan agak berbahaya cara tunggangan Fauzi. Dia dengan begitu pantas dan slumbernya melalui celah-celah kesibukan kota raya malam-malam begini. Aku hanya mampu berdiam sambil mulutku terkumat kamit membaca doa agar dihindarkan dari kejadian yang tidak diingini. Sampai di suatu selekoh, Fauzi memperlahankan motosikalnya. Akhirnya barulah aku boleh menghembuskan nafas lega. Fauzi kemudiannya menghentikan motosikalnya dan memeriksa telefon bimbitnya. Dia membaca sesuatu daripada telefon bimbitnya.
"Kau ada nampak kereta toyota Vios warna grey tak?" tanya Fauzi kepadaku. Aku pun memerhatikan keadaan sekeliling dan mendapati kereta itu berada di parking sebuah taman rekreasi.
"Aku rasa maybe yang tu" kataku sambil menunjukkan jari pada kereta itu. Fauzi mengiyakan lalu menggerakkan motosikalnya ke arah kereta itu. Fauzi kemudiannya menghentikan motosikalnya agak jauh sedikit daripada kereta itu. Aku hairan kenapa Fauzi tidak meletakkan motosikalnya berdekatan dengan kereta itu.
"Mal, kau tunggu sini jap tau. 5 minit ja." ujar Fauzi.
"Okay, jangan lama sangat banyak nyamuk ni. Dah la gelap ni." ujarku.
Fauzi berlalu ke arah kereta itu. Aku berasa sedikit hairan kenapa owner itu memilih untuk COD di tempat yang tertutup sebegini. Selalunya urusan jual beli COD dilakukan di tempat terbuka. Fauzi yang sudah sampai di kereta itu membengkokkan badannya untuk melihat owner dari luar jendela. Kemudian pintu kereta dibuka dan Fauzi seperti dijemput masuk ke dalam kereta. Aku mula berasa curiga. Barang apakah yang dibeli Fauzi sehingga memerlukannya untuk berurusan di dalam kereta. Aku tiba-tiba menjadi gementar. Setelah hampir 10 minit, Fauzi masih belum keluar dari kereta toyota Vios itu. Perutku dah mula memulas kerana kelaparan. Aku mula berasa tidak sedap hati. Entah apa yang merasukku membuatkan aku nekad untuk melihat apa yang terjadi di dalam kereta itu. Aku berjalan perlahan ke arah kereta itu. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat apa yang berlaku.
************************************
Wahh.. New plot. Camna okay tak episode ni? Kalau okay, ketik button ⭐ tu ya. Aku masih lagi terfikir-fikir sama ada nak memanjangkan or memendekkan lagi episod Terjebak Merebak ni. Korang rasa?
p/s : kalau korang perasan aku tertukar watak antara Khairi dengan Fauzi, comment kt bwh ye 😅
YOU ARE READING
TERJEBAK MEREBAK (Completed)
RomanceKisah perkenalan aku dan dunia songsang. [Matured Content]