Sejak peristiwa tersebut, aku merasa janggal acapkali aku berhubung dengan Khairi. Tetapi aku melihat Khairi hanya berkelakuan seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aku cuba untuk berkelakuan sepertinya, malangnya fikiranku masih lagi jelas membayang akan peristiwa malam itu meskipun sudah hampir seminggu ia berlalu. Aku masih tidak percaya yang aku sudah terjebak dengan gejala songsang demikian. Selama ini, tidak sedikit pun terniat untuk aku terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti ini. Aku tidak pernah langsung melakukan hubungan intim walau dengan berlainan jantina sekalipun, inikan pula sesama jantina. Malah aku juga baru mengetahui yang gay ini bukan sahaja tergolong daripada golongan yang lembut, rupanya ada juga sebahagiannya daripada lelaki yang penuh kejantanan seperti Khairi. Begitu naif aku dalam dunia gay ini. Disebabkan perasaan ingin tahu membuak-buak dalam diri, aku cuba untuk google berkenaan golongan-golongan gay. Dari situ juga aku tahu yang hubungan gay ini boleh dilanjutkan ke persetubuhan dubur (anal sex). Ia seakan menyamai seperti persetubuhan normal berlainan jantina, tapi kesedapannya? Entah siapa yang tahu kan? Mulai itu, aku 'belajar' mengenai dunia gay melalui pelayaran internet di telefonku. Banyak istilah-istilah yang diguna pakai oleh golongan gay yang tidak pernahku tahu seperti anak ikan, plu, top, bottom, flexi, mb dan lain-lain. Tengah aku melayari berkenaan itu di telefonku, ada notifikasi mesej whatsapp diterima.
"We need to talk. I tunggu dekat Desa Murni Cafe pukul 3 petang. Sama ada biyy nak datang atau tak, it's up to you. But I will always wait for you"
Mesej yang diterima daripada Fatin itu membuatkan aku tersedar daripada pelayaran mengenai dunia songsang. Apakah yang aku telah lakukan ini? Aku masih lagi mempunyai teman wanita meskipun status kini masih tidak jelas. Aku termenung kaku sambil berfikir sejenak. Mungkin kali ini aku perlu membuangkan egoku untuk seketika. Berkemungkinan hubunganku dengan Fatin masih lagi boleh dipulihkan. Jadi aku memutuskan untuk berjumpa denggannya petang ini.
**********
Aku menjejakkan kaki masuk ke dalam Desa Murni cafe sambil mataku liar mencari kelibat Fatin yang mungkin sedang menunggu kehadiranku. Pandangan mataku akhirnya terhenti pada seorang perempuan yang duduk berseorangan di meja yang paling hujung sambil memberi isyarat tangan kepadaku. Lantas aku memajukan langkahku kepadanya.
"Hi biyy" tegur Fatin.
"Hi... " aku menbalas ringkas tegurannya.
"Biyy sihat?" tanya Fatin.
"Sihat je" jawabku.
"It's been a while since we last spoke" ujar Fatin.
"Hmm.. " aku mengangguk perlahan. Kali terakhir aku bersemuka dengannya pada dua bulan lepas. Disebabkan dia sebelum ini terlalu sibuk dengan pilihanraya MPP. Jadi kami hanya berhubung melalui telefon saja.
"How was the election?" aku bertanya untuk memecahkan suasana sunyi buat seketika. Aku tidak tahu mengapa aku berasa amat janggal dan tidak seperti dahulu lagi. Dahulunya kami amat mesra sekali. Tetapi kini tidak lagi.
"Oh ya, I was voted as a Secretary of MPP" jawab Fatin.
"Congrats by the way. Lepas ni makin busy la...." perkataan 'sayang' itu tak terkeluar dari mulutku.
"Hmm.. Okay, let's get to the point. Sebenarnya hari tu.." belum sempat Fatin menghabiskan ayatnya. Deringan nada panggilan daripada telefonku mencelah perbualan kami. Aku melihat nama Khairi tertera pada paparan skrin telefonku. Aku meminta izin kepada Fatin untuk menjawab panggilan itu terlebih dahulu.
"Hello, ini encik Akmal" tanya seseorang dalam panggilan telefon itu. Apa yang pasti, itu bukan suara Khairi.
"Hello, ye saya Akmal. Kenapa ya?" aku membalas dalam kehairanan.
"Sebenarnya kawan awak dalam perjalanan ke hospital. Dia terlibat dalam kemalangan. Dia simpan nombor telefon awak untuk emergency call" jelasnya. Berderau darah dan jantungku bagaikan terhenti seketika apabila mendengar khabar berita demikian. Aku menjadi begitu cemas dan pergerakanku menjadi kaku. Lidahku kelu tidak mampu untuk meneruskan lagi perbualan tersebut.
"Sorry Fatin, I got urgent thing to do" aku meminta izin kepada Fatin untuk bergegas ke hospital. Aku berlari pulang ke kolej untuk mendapatkan kunci motorsikal dan topi keledar. Setelah itu, aku terus ke garaj motorsikal. Aku kemudiannya menghidupkan motorsikal dan memulakan perjalananku ke hospital. Sepanjang perjalanan, hatiku tidak tenteram memikirkan Khairi. Entah bagaimanalah keadaannya? Adakah dia mengalami kecederaan yang parah? Bagaimana dia boleh terlibat dalam kemalangan itu?
Sesampainya di hospital, aku terus meluru ke arah wad kecemasan. Kebiasaannya kes kemalangan atau sebarang kecemasan akan didaftarkan di wad kecemasan terlebih dahulu sebelum diputuskan sama ada pesakit memerlukan pemantauan wad ataupun tidak. Mataku meliar mencari kelibat Khairi namun tidak kutemu. Aku pergi ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan maklumat mengenai Khairi. Petugas di kaunter tersebut memberitahu yang Khairi baru saja mendaftar dan masih dalam pemantauan. Dia meminta aku bersabar dan tunggu di ruang menunggu.
"Awak encik Akmal ke?" tegur seseorang daripada belakang.
"Ya saya" aku membalas tegurannya.
"Oh, saya yang telefon awak tadi tu" jelasnya sambil menghulurkan telefon milik Khairi.
"Oh awak.. Awak tau tak macam mana Khairi boleh kemalangan?" tanyaku.
"Hmm.. Macam ni, sebenarnya salah saya tadi. Pandangan saya kurang jelas bila nak masuk simpang tu. Saya tak perasan yang ada kereta dari arah bertentangan. Tiba-tiba kereta yang dipandu Khairi hilang kawalan apabila dia cuba mengelak daripada melanggar saya." jelasnya.
"Oh lepastu keretanya terbabas?" tanyaku. Dia mengangguk perlahan dalam keadaan serba salah.
"Saya dah pun maklumkan pada ahli keluarganya. Nanti datanglah tu. Saya rasa bersalah sangat ni." ujarnya. Aku mengangguk faham akan situasi yang dialaminya.
"Nak buat macam mana kan, benda dah nak jadi. Awak nama apa?" tanyaku sambil menepuk bahunya supaya bertenang.
"Saya Irham. Panggil Am je" dia membalas.
Tidak lama kemudian, kelihatan mama dan papa Khairi tiba di kaunter pendaftaran. Aku tidak pernah berjumpa dengan mereka tapi aku dapat mengecam wajah mereka. Khairi ada meletakkan gambar mama dan papanya di meja study. Aku bergerak menuju ke mereka.
"Assalamualaikum, uncle auntie, saya Akmal, kawan Khairi" tegurku.
"Waalaikumsalam, oh inilah Akmal yang Khairi selalu cerita tu" balas mama Khairi. Tersipu maluku dengan teguran mama Khairi. Rupanya Khairi banyak menceritakan mengenaiku pada mamanya.
"Dah masuk tengok Khairi ke?" papa Khairi bertanya.
"Belum uncle. Tadi petugas tu kata Khairi masih dalam pemantauan" jelasku.
"Assalamualaikum, saya Irham, sebenarnya sayalah punca anak uncle dengan auntie kemalangan......" Irham menjelaskan pada mama dan papa Khairi mengenai situasi sebenar yang berlaku. Aku beredar meningalkan mereka bertiga untuk ke tempat duduk. Aku melihat reaksi mama dan papa Khairi tenang sekali mendengar penjelasan Irham. Malah mereka turut menenangkan Irham yang tidak tenteram diselubungi rasa bersalah. Kemudian mereka mengambil tempat duduk untuk menunggu berita lanjut mengenai Khairi.
"Akmal, sebenarnya saya tidak boleh lama ni. Saya kena ambil adik saya pulang dari asrama ni. Nanti bila awak dah melawat Khairi, tolong sampaikan salam kemaafan dari saya. Tolong maklumkan juga keadaan Khairi. Ni nombor telefon saya. Nanti bila-bila kita boleh lepak ke" Irham meminta diri sambil menghulurkan sekeping kertas.
"Okay, nanti apa-apa saya akan maklumkan." aku membalas sambil mencapai kertas yang dihulurkan. Irham sekali lagi meminta maaf pada mama dan papanya sebelum beredar pulang. Setelah hampir 3 jam menunggu, kelihatan seorang atendan hospital sedang menolak kerusi roda menuju ke arah kami.
"KHAIRI!!!"
************************************
Perghh, feeling drama pukul 7 sangat 😂. Kalau suka episod ni, tolong klik vote. Sori ye lambat update. Abam busy sangat lately ni.
YOU ARE READING
TERJEBAK MEREBAK (Completed)
RomanceKisah perkenalan aku dan dunia songsang. [Matured Content]