Episod 30

3.1K 100 16
                                    

Setibanya di bilik kuliah, aku dan Khairi pun mengambil tempat duduk. Sebahagian daripada coursemate masih belum lagi hadir dan sementara menunggu kehadiran lecturer, aku melayari aplikasi Facebook di telefonku. Aku menatal skrin telefonku untuk melihat info-info yang terdapat di laman 'News Feed'. Kemudian aku terhenti pada perkongsian sesuatu artikel yang dibuat oleh kenalanku mengenainya 'Padahnya HIV'. Entah mengapa aku rasa tertarik untuk melihat artikel tersebut.

"Akmal, tengok tu." tegur Khairi tiba-tiba sambil menunjukkan ke arah pintu masuk bilik kuliah. Aku pun mengalihkan pandanganku ke arah itu. Aku melihat kehadiran Fikri dan kemudiannya ditemani rapat oleh Paan. Aku berasa sungguh bahagia melihat mereka sedemikian.

"Wah, dah berbaiklah 'lovebird' tu." ujar Khairi. Aku hanya tersenyum kecil. Tidak lama selepas itu, Sir Azri pun tiba dan pembelajaran pun bermula.

**********

"Korang, aku tak join lunch ye, ada hal sikit." ujarku pada Khairi, Fikri dan Paan selepas selesai saja sesi kuliah sebentar tadi.

"Okay bro." balas Paan. Aku pun menyusur ke arah yang berlainan. Setelah beberapa langkah, aku menyedari diriku diekori seseorang.

"Mal!!" tegurnya.

"Eh kau Khairi, tak join diorang sekali ke?" tanyaku.

"Tak, aku tak lapar sangat." balasnya.

"Ohh..." responku ringkas.

"Sajalah nak bagi diorang spend time together kan... Hehe" ujar Khairi.

"Tapi kan kau tahu ke kenapa sebelum ni diorang tak bertegur?" soal Khairi lagi. Aku hanya mengangguk.

"Sebenarnya... Fikri... suka dekat Paan." ujarku.

"Haaahhh!! Maksud kau Fikri tu.... gay?" ujar Khairi.

"Ye, dia ada confess kat Paan. Then sebab tulah diorang tak bertegur." jelasku.

"Kenapa? Paan marah ke after that." ujar Khairi.

"No, he just felt awkward." jelasku.

"Ohh... Tapi kan Fikri dengan Hana..." ujar Khairi.

"Ye, tapi benda dah nak jadi kan." ujarku.

"Actually Mal... Aku pun ada something... Emm... Aku suka kau Mal." tiba-tiba Khairi membuat pengakuan mengenai perasaannya terhadapku. Langkahku terus terhenti dan terus memandang matanya.

"Khairi, kau... Betul ke ni?" soalku.

"Ye... Tapi aku tahu yang....kau suka Fauzi kan." jelas Khairi. Aku hanya tertunduk dan tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi terhadap penjelasan Khairi itu.

"Sebenarnya malam itu, aku dengan Fauzi tak buat-buat apa pun... sumpah" ujar Khairi.

"Ye ke?" aku bersuara.

"Yup, let's sit somewhere and I'll tell you everything." ujar Khairi.

**********

Sesampai saja di pintu bilik, aku terhenti seketika. Memikirkan apa yang diceritakan Khairi sebentar tadi, aku menjadi tidak keruan bagaimana untuk berhadapan dengan Fauzi. Aku berasa bersalah dan menjadi segan untuk bersemuka dengannya. Aku pun memulas tombol dan dengan perlahan aku menolak pintu daun bilik. Fauzi kudapati masih lagi terbaring dan berselimut litup sama seperti pagi tadi. Aku menjadi sedikit hairan. Adakah dia masih lagi tidur dan belum bangun. Kebiasaannya jam ini dia sepatutnya hadir ke kuliah yang telah ditetapkan. Jadual kuliah Fauzi sudah dapat ku hafal kerana aku tinggal sebilik dengannya sehinggakan hampir tamat semester sudah. Aku terus ke loker dan meletakkan beg dan alatanku sebelum duduk sebentar di atas katil. Aku kemudiannya memandang Fauzi yang sedang baring dan terfikirkan mengenai perbualan tadi.

TERJEBAK MEREBAK (Completed) Where stories live. Discover now