Episod 23

4.3K 123 12
                                    

"Mal, kau dengan Fauzi mesra jugak ye" ujar Fauzi sejurus selepas keluar dari bilik.

"Fauzi tu memang macam tu, masuk air, gila-gila sikit" responku. Aku melihat reaksi Khairi dari responku seolah-olah seperti tidak menyetujui. Apakah Khairi berasa kurang senang akan kemesraan aku dan Fauzi? Apakah dia cemburu? Apakah dia memendam perasaan padaku? Sejujurnya aku tidak berasa sesuatu daripada usikan Fauzi tadi. Kerana aku sudah cukup kenal Fauzi yang berperangai sedemikian. Aku dan Khairi kemudiannya meneruskan langkah ke bilik Fikri.

"Assalamualaikum Fikri" ucapku setelah sampai dan mengetuk pintu biliknya. Selepas beberapa ketika, pintu pun dibuka. Fikri kelihatan agak terkejut melihat kelibat kami terutamanya Khairi. Dia begitu tidak menyangka dengan kehadiran kami.

"Oh korang, eh Khairi dah datang!!" ujarnya.

"Kau dah lama sampai ke?" tanyaku pada Fikri.

"Hmm.. Ya, ya, dah lama dah sampai" agak lambat sedikit Fikri menjawab pertanyaanku.

"Kau okay ke?" tanya Khairi.

"Eh, okay je. Kenapa?" respon Fikri.

"Tak lah, tengok macam pucat sikit" ujar Khairi. Fikri hanya terdiam.

"Kitorang nak keluar ambil angin jap. Kau nak join tak?" ajakku.

"Oh, siapa lagi?" tanya Fikri.

"Aku, kau, Khairi, ingat nak singgah bilik Paan jap, nak ajak dia sekali" ujarku.

"Hmm... aku tak join kot. Letih sikit, nak berehat jap" ujar Fikri. Aku dan Khairi saling berpandangan.

"Okay lah, kau berehat dulu. Esok kita jumpa di kelas." ujar Khairi. Setelah itu, aku dan Khairi pun beransur ke bilik Paan. Kami agak sedikit sangsi dengan tindakan Fikri tadi Apakah yang cuba disembunyikannya?

"Kau perasan tak?" tanya Khairi.

"Perasan bro perasan sangat" responku seperti sudah mengetahui apa yang ingin diujarkan Khairi.

"Kenapa dengan dia er?" soal Khairi kebingungan.

"Entahlah bro, maybe dia kurang rehat kot" jelasku. Khairi hanya mengangguk setuju. Aku dan Khairi pun berjalan ke bilik Paan. Setelah sampai di bilik Paan, pintu pun diketuk namun tiada respon diterima.

"Takde orang pun, maybe belum balik lagi" ujarku.

"Kalau macam tu, kita dua jelah" respon Khairi. Aku dan Khairi pun bergerak bersiar-siar di sekitar universiti. Khairi mengajakku ke blok fakulti, katanya ada urusan yang perlu diselesaikan. Tanpa membantah aku hanya mengikut segala yang dipinta Khairi.

"Mal, sori tanya. How bout you and Fatin?" tanya Khairi dalam perjalanan kami ke blok fakulti.

"Totally gone" responku ringkas dan tangkas.

"Wah, what a quick response." ujar Khairi.

"Mahu tak quick, aku dah witness dgn mata kepala aku sendiri" ujarku.

"Apa yang kau witness?" tanya Khairi.

"Hari tu aku terserempak dia dengan jantan tu. Bila dia notice aku, dia terus kiss pipi jantan tu kat public" jelasku.

"Wait, what? Seriously?" respon terkejut Khairi.

"Yeah, damn crazy right? Aku ingat dia tu jenis perempuan solehah tapi hmm" ujarku.

"Itulah, unexpected betul" balas Khairi.

Setelah beberapa ketika, kami pun sampai di blok fakulti. Khairi kemudiannya meminta diri untuk mendapatkan sesuatu dan meminta aku menunggu di ruangan lobi. Aku hanya mengangguk setuju. Aku kemudiannya bergerak ke papan notis untuk mengetahui maklumat semasa.

TERJEBAK MEREBAK (Completed) Where stories live. Discover now