"Paksuuu...." kedengaran pekikan seseorang di saat aku mencari siapakah yang datang menjemputku. Aku seakan kenal akan pemilik suara itu lantas aku mengalihkan pandanganku dari arah suara itu datang. Aku melihat seorang kanak-kanak sedang melambai ke arahku sambil tangannya dibimbit oleh seorang lelaki dewasa iaitu abang kandungku. Aku tersenyum melihat telatah anak buahku itu lalu aku menyusun langkah ke arah mereka. Di sebelah abangku terdapat anak sulung lelakinya yang berumur 14 tahun yang asyik leka dengan gajetnya. Beza umurku dengan abangku ini agak jauh. Dia kini sudah berumur 39 tahun dan aku masih lagi 20 tahun. Hampir separuh juga lah bezanya. Tapi aku masih ada lagi seorang kakak dan seorang abang. Kakak aku sudah berkahwin dan menetap bersama suaminya manakala abang aku yang seorang lagi melanjutkan pelajarannya di Sydney, Australia di bawah tajaan biasiswa.
"Dah lama ke sampai along?" tanyaku pada abangku yang aku gelar sebagai along atau nama sebenarnya Qayyum.
"Takde lah. Baru je sampai." ujar alongku.
"Eee.. Makin comellah budak ni." ujarku sambil memicit lembut pipi anak buahku itu.
"Paksuu, benda apa tu? Ayeed nak." ujar Ayeed atau nama sebenarnya, Qayeed apabila melihat plastik bungkusan jajan yang dibimbitku.
"Nah." aku menghulurkan bungkusan itu kepada Ayeed lalu dia tersenyum gembira. Kemudian pandanganku beralih ke anak buah aku yang sedang leka bermain game CoC di telefon bimbitnya. Aku hanya menggelengkan kepala. Itulah aktiviti anak muda sekarang, sibuk dengan peranti masing-masing. Aku mengusik dengan menutup skrin telefonnya dengan telapak tanganku.
"Apa ni, Paksuu. Orang tengah war ni" cemuh Qusyairi, anak sulung abangku itu. Aku hanya tersengih melihat responnya. Kami pun berjalan menuju ke kereta perodua Alza milik abangku.
"Qaliesya tak ikut sekali ke?" tanyaku pabila terperasan yang anak perempuannya tidak turut sekali menjemputku. Selalunya mereka akan mengekor saja ke mana ayah mereka pergi.
"Tak, dia demam. Kakak kau tengah teman dia sekarang kat rumah." ujar abangku.
"Oh patutlah." aku hanya mengangguk faham. Kami pun memasuki kereta dan meneruskan perjalanan pulang. Sepanjang perjalanan aku hanya membelek telefonku. Aku menatal ke bawah 'news feed' di aplikasi facebook. Aku ternampak gambar makanan yang dikongsi oleh Khairi lalu aku memberikan like dan komen "Nice bro" pada post itu. Aku tidak sabar untuk bertemu dengan sahabat karibku ini sesudah cuti mid semester nanti. Aku sambung menatal ke bawah skrin telefonku. Tidak ada apa yang menarik lalu aku mematikan skrin telefonku. Tidak lama selepas itu, aku mendapat notifikasi 'friend request' dari aplikasi facebook. Melihat dari gambar profilnya, aku seakan-akan kenal dengan raut wajah itu. Kemudian, aku terus memaparkan kandungan profilnya. Rupanya-rupanya, ia adalah Irham atau Am (Individu yang terlibat dalam kemalangan yang ditimpa Khairi). Aku langsung menerima permintaan dari Irham. Sejurus selepas itu, Irham memulakan perbualan chat.
"Hi, kenal lagi tak?" - I
"Hi, mestilah kenal 😀" - A
"😁" - I
"Eh jap, macam mana awak tahu fb saya" - A
"Oh, saya dah friend dengan Khairi di fb, pastu saya nampak awak komen kat gambar Khairi, then saya pun sent lah friend request" - I
"Oh macam tu" - A
"Ok Akmal, nanti kita chat lain ya, saya tengah kerja ni" - I
"Oh kedai makan hari tu ke?" - A
"Tak dah, kali ni upgrade sikit. Fast food restaurant 😂" - I
"Oh hahaha, okay2 nanti kita chat lain" - A
"Alright, 👌" - ISetelah 45 minit perjalanan, aku pun sampai ke kampung halamanku. Amat rindu sekaliku akan permandangan seperti ini. Aku hanya pulang ke kampung halaman pada waktu cuti mid semester, cuti perayaan dan cuti study week. Melainkan kalau urgent sangat, barulah aku pulang. Aku pun memasuki ke dalam rumah. Aku mendapati anak buah perempuanku sedang tidur di ruang tamu dan didahinya ditampalkan 'coolfever'. Aku hanya tersenyum kecil. Kemudian aku terus menyusur ke dapur untuk mencari ibuku. Sebelum sempat aku ke ruang dapur, aku sudah dapat menghidu masakan gulai tempoyak ikan patin yang menjadi lauk kegemaranku. Aku berasa sungguh riang sekali, sudah lama aku terbayang-bayang untuk menjamahnya. Sesampai di dapur, aku melihat ibuku sedang sibuk menyiapkan makan tengah hari dibantu oleh kakak iparku.
YOU ARE READING
TERJEBAK MEREBAK (Completed)
RomansaKisah perkenalan aku dan dunia songsang. [Matured Content]