"Okay class, enjoy your mid semester break. Please be noted after the break, we'll be having our test. Do make sure you guys study ya at home. It will be counted as your carrymark soon" tegas Madam Hanita sebelum menamatkan sesi kuliah pada hari ini.
"Weh geng, aku gerak dulu noh." ujar Paan sambil berlalu meninggalkan aku dan Fikri. Aku memberikan isyarat 'alright'.
"Mal, aku pun nak gerak jugak lah. Paan, tunggu aku." ujar Fikri.
Semua pelajar kemudiannya bersurai kembali ke kolej masing-masing. Ada yang dalam keadaan tergesa-gesa kerana terlalu teruja untuk mengemaskan barang-barang untuk dibawa pulang sempena cuti midsem. Kebanyakkannya akan mula bertolak pulang ke kampung halaman mulai malam ini. Ada juga yang bertolak sejurus selepas sesi kuliah tamat. Segala barang sudah tersiap sedia terlebih dahulu, hanya tunggu 'green light' saja. Namun bagiku, aku mengambil keputusan untuk pulang pada keesokkan paginya. Aku tidak mahu tergopoh gapah sangat untuk pulang. Kata orang tua-tua 'takkan lari gunung dikejar'. Sementara perjalanan pulang ke kolej, aku singgah sebentar di sebuah kedai runcit yang berhampiran untuk membeli sabun mandiku yang sudah kehabisan. Aku memasuki kedai runcit dan terus menerpa ke lorong perkakas mandian. Aku meneliti setiap jenama yang terdapat di rak, masih tidak ku jumpai sabun mandi yang menjadi kegemaranku.
"Woi!!" tiba-tiba aku disergah seseorang. Aku terus mengalihkan pandangan kepadanya.
"Kau rupanya Jie, tak reti bagi salam dulu ke?" perliku.
"Haha, khusyuk cari apa ni? Ohh.. sabun. Nak main sabun ke?" ujar Fauzi.
"Shhh.. Kau tak boleh cakap kuat lagi ke?" bisik aku padanya.
"Alah, relaks lah Mal. Normal la tu melan..." terus aku menerkup mulut Fauzi dari menghabiskan katanya. Tanpa segan silunya dia menggunakan nada yang agak tinggi bercakap tentang perkara itu. Jeling aku padanya memberi amaran. Dia memberikan isyarat 'alright' lalu aku melepaskan terkupanku. Aku kemudiannya menyambung mencari sabun dan akhirnya jumpa juga. Aku mencapai dan membelek-belek sabun itu.
"Cute jugak kau ye dari tepi, melting aku" tegur Fauzi.
"Dah-dah kau jangan nak mengada ye" cemuhku. Mukaku mulai merah padam.
"Eh, blushing. Suka lettew" usik Fauzi seraya ku mencubit lengannya. Fauzi hanya tersenyum lebar. Dia kemudiannya mendekatkan badannya padaku. Aku menolak perlahan badannya ke belakang.
"Kau ni agak-agak lah. Tempat awam ni!! " tegurku dalam nada yang paling perlahan.
"Malam ni kita repeat nak?" ajak Fauzi dalam nada yang romantik.
"Repeat apa?" tanyaku pura-pura tidak mengerti dengan ajakan Fauzi.
"Cehh.. Buat tak faham pula. Yang macam malam hari tu lah." jelas Fauzi sambil mengerdip matanya padaku.
"Euww. Tak nak lah. Kau ingat aku ni gay?" aku berdalih menolak ajakannya.
"Malam tu boleh je jadi gay." ujar Fauzi.
"Malam tu aku kena sampuk hantu. Aku tak sedar pun apa aku buat." aku cuba untuk berdalih lagi.
"Haha, dah lah. Aku nak gerak dulu. Jumpa malam nanti taw." ujar Fauzi sambil sempat dia mencubit pipiku sebelum berlari menjauhiku. Aku menjeling tajam ke arahnya dan dia hanya tersengih kambing lalu beredar dari pandanganku. Aku membawa sabun untuk dibayar di kaunter. Setelah bayaran dibuat, aku pun bergerak keluar dari kedai runcit. Sepanjang perjalanan pulang ke kolej, aku memikirkan tentang cara Fauzi melayanku sebentar tadi. Layanan itu seperti seseorang sedang flirt untuk menggoda hati seseorang yang lain. Perasaanku jadi tidak keruan buat seketika kerana aku turut merasai secebis kebahagiaan diperlakukan sedemikian. Adakah dia betul-betul sedang mengoratku atau sekadar usikan. Dalam perjalan tiba-tiba aku terlihat seorang gadis dan lelaki sedang berjalan beringingan seolah-olah seperti sepasang kekasih. Aku amat kenal akan si gadis itu. Ya, dia adalah Fatin Amira a.k.a. bekas teman wanitaku. Pergaulan mereka ku lihat begitu rapat dan mesra sekali. Tidak nampak seperti sepupu sebagaimana yang dikatakan oleh Fatin. Cara pergaulannya dengan lelaki itu amat berbeza sekali jika dibandingkan cara pergaulannya terhadapku. Jika dahulu, Fatin agak menjaga tatasusila pergaulan sesama bukan muhrim. Tapi kali ini aku melihat sebaliknya. Sekali sekala lelaki itu meletakkan lengannya di bahu Fatin. Ada juga dia mencuit bahagian pinggang Fatin. Fatin juga dilihat seperti tidak begitu kisah dengan perlakuan itu malah ia juga memberi respon yang sama kepada lelaki itu. Timbul sedikit iri hati apabila aku cuba membandingkan cara layanannya terhadapku dan lelaki itu. Apakah yang tidak dilakukan aku, dilakukan oleh lelaki itu sehingga dia berjaya menambat hati Fatin. Memikirkan tentang perilaku Fatin itu lantas membuatkan aku terlupa sekejap tentang layanan Fauzi terhadapku sebelumnya.
Selang beberapa seketika, Fatin mula menyedari yang aku sedang memerhatikannya. Aku menyangkakan yang dia akan berdolak dari meneruskan perbuatannya sebentar tadi. Alangkah terkejutnya aku apabila dia dengan selambernya dia mencium pipi lelaki itu di khalayak awam. Memanglah pada waktu itu cuma yang ada aku, Fatin dan lelaki itu saja. Tetapi Fatin dengan tanpa segan silunya telah melakukannya di tempat yang terbuka sebegini. Tergamak Fatin melakukan perkara itu semata-mata untuk membuatkan aku cemburu dan marah. Namun sejujurnya tidak sedikit pun aku berasa marah akan hal itu, tadi ada sedikit perasaan cemburu kerana perbandingan layanan terhadap diriku yang dulu dan lelaki itu. Lelaki itu tidak memberi respon terkejut akan perlakuan Fatin, mungkin sudah acapkali mereka berkelakuan sedemikian. Kemudian mereka pun berlalu dari pandanganku. Aku masih tidak percaya dengan apa yang telah aku saksikan hari ini. Sungguh tidak kusangka, baru dua minggu aku putus dengannya, dia sudah mempunyai pengganti atau dia memang merancang untuk berpisah denganku supaya dia dapat bersatu dengan lelaki itu.
Dari jauh aku melihat Paan dalam keadaan yang tergesa-gesa di laluan yang aku sedang lalui.
"Laju Paan. Dah nak balik Kedah ke?" tegurku.
"Ya, nak balik dah. Bas aku malam ni pukul 8. Takut tertinggai pulak. Hang tak balik lagi ka?" ujar Paan.
"Tak lagi, aku balik esok pagi." jelasku.
"Oh okay, Sori Mal, aku takleh lama ni. Gerak lu noh" jelas Paan sambil menghulurkan tangan untuk bersalam denganku. Sejurus selepas bersalam denganku, Paan dengan sepantas kilat berlari-lari anak menuju ke pintu pagar utama universiti. Aku hanya menggelengkan kepala melihat teletah gopoh Paan itu. Selang dua minit selepas itu, kelihatan Fikri pula sedang berlari di laluan yang sama.
"Kenapa ni Fikri? Macam urgent saja" sapaku.
"Kau ada nampak Paan tak? Aku call tak angkat" jelas Fikri.
"Baru je tadi dia lalu sini. Apsal?" ujarku.
"Ni, dia tertinggal tiket bas." ujar Fikri sambil menunjukkan tiket bas milik Paan.
"Astagfirullah, jom kejar dia. Maybe dia tak jauh lagi tu." sambutku sambil aku dan Fikri berlari selaju yang mungkin untuk mencari Paan. Apabila sampai di suatu selekoh, kami terlihat kelibat Paan sedang menuju ke sebuah bus rapid. Aku dan Fikri saling memandang antara satu sama lain. Masing-masing buntu memikirkan adakah sempat kami berikan tiket ini pada Paan.
"Paan!!" teriak Fikri dari jauh namun tidak didengari Paan. Paan sudah semakin hampir menaiki bas dan Fikri masih lagi berusaha untuk menyampaikan tiket itu pada Paan. Aku yang dari tadi berlari sambil menggalas beg yang dibawa ke kelas, akhirnya berhenti kepenatan. Namun Fikri masih lagi meneruskan lariannya. Dari jauh aku melihat Paan sudah pun menaiki bas. Selang beberapa detik, bas itu mula bergerak. Fikri masih lagi tidak putus asa, dia berlari laju dan menghalang bas dari hadapan. Hon dibunyikan oleh pemandu bas dan Fikri dilihat sedang berkomunikasi dengan pemandu bas itu dari luar tingkap. Selepas beberapa ketika, Paan pun keluar dari bas untuk bertemu dengan Fikri. Aku melihat Paan memeluk erat Fikri mungkin kerana terlalu menghargai apa yang telah dilakukan Fikri. Paan pun kembali ke dalam bas dan bas mula bergerak. Bus rapid yang dinaiki Paan adalah shuttle bus, bermakna Paan perlu bertukar-tukar bas untuk sampai ke stesen bas Jalan Duta sebelum pukul 8 malam. Memang patutlah Paan perlu tergesa-gesa untuk memastikan dia sampai pada waktunya. Fikri berjalan kepenatan menuju ke arahku.
"Alhamdulillah, sampai jugak tiket tu pada Paan." ujarku.
"Dah macam dalam drama, kejar kekasih dekat airport." usikku. Fikri hanya tersenyum sambil tercungap-cungap.
**********
"Uuaaarghhh" menguap panjang aku setelah selesai mengemas barang-barang untuk dibawa pulang esok. Aku melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12.05 tgh mlm tapi batang hidung Fauzi masih tidak kelihatan lagi. Entah kenapa malam ini aku seakan menunggu kepulangannya. Mungkin disebabkan layanannya terhadapku pada petang tadi. Aku bergerak untuk menutup lampu yang menerangi kamarku. Kemudian aku mengemaskan katil sebelum melunjurkan badanku ke atas tilam empukku. Sungguh sunyi keadaan kolej pada malam ini kerana sebahagian dari penghuni sudah pun menjengah ke kampung masing-masing. Aku masih lagi tidak dapat memejamkan mataku. Selepas beberapa seketika, kedengaran seperti jejak langkah seseorang dari luar koridor. Kemudian langkah itu terhenti di hadapan muka pintu bilikku. Tombol pintuku bergegar seperti sedang dimasuki kunci dari sebelah luar.
"Tapp." kunci tombol terbuka dan pintu mula dikuak.
************************************
Done episode 15. Again, truly sorry for the delay. Keep reading, voting and sharing guys. TQ sebab setia membaca.
YOU ARE READING
TERJEBAK MEREBAK (Completed)
RomanceKisah perkenalan aku dan dunia songsang. [Matured Content]