"Mal, malam esok kita siapkan assignment Multimedia ya" jelas Khairi berikutan dengan peringatan Madam Syafinaz berkenaan tugasan video yang diberikannya tempoh hari.
"Okay. Nanti aku datang bilik kau" aku membalas ajakan Khairi. Kami pun berjalan keluar dari Lab 8 untuk pulang ke kolej. Sesampai di kolej, aku dan Khairi berpecah mengambil haluan masing-masing untuk ke bilik. Setelah tiba di muka pintu, aku menggerakkan tanganku untuk menggapai tombol pintu bilikku. Belum sempat kugapai, kelihatan tombol itu sedang dibuka dari dalam.
"Eh kau Mal! Fuhh.. Terkejut aku. Kuliah kau dah habis ke Mal?" tegur Fauzi dalam keadaan yang penuh terkejut.
"Haha.. Aku pun dah naik lemah jantung ni... Kebetulan betul la.. Ya, kuliah dah habis" balasku sambil menggosok-gosok dadaku.
"Untunglah, kuliah aku pukul 2.30 japgi. Alangkah bagusnya kalau cancel macam pagi tadi." keluh Fauzi sambil menunjukkan muka malasnya. Aku tersenyum melihat gelagatnya.
"Amboi. Dah, tak payah nak ngada ye. Kau datang sini nak belajar kan." usir sendaku pada Fauzi. Fauzi mengorak langkah ke kuliah manakala aku pula memasuki bilik. Melihat katilku tiba-tiba saja kelopak mataku menjadi berat untuk celik. Tanpa berfikir panjang aku terus merebahkan diri ke katil.
Flashback continued
"Tak ramai pun yang datang PC Fair ni" respon aku apabila sesampainya kami di Dewan Angsana dan melihat suasana PC Fair yang agak sendu.
"Maybe awal lagi kot. Tengok tu ada lagi booth yang belum setup" ujar Khairi sambil menuding jari ke arah beberapa 'booth' yang sedang dikendalikan oleh peniaga-peniaga. Aku dan Khairi memulakan langkah dari satu 'booth' ke satu 'booth'. Aku tidak berhasrat untuk membeli apa-apa, cuma untuk menemani Khairi saja. Khairi sedang leka mencari pendrive dan aku hanya mengekori saja jejak langkahnya.
Tiba-tiba, ada seseorang lelaki dari arah bertentangan melanggar bahuku. Aku tersentak kuat."Ehh sorry bro, saya tak sengaja" kata lelaki itu.
"It's okay bro, no hal" balas aku bersahaja. Tapi apabila aku menatap mukanya, aku merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Aku seakan-akan mengenali akan raut wajah itu. Setelah setiap inci wajahnya aku tatapi, tak salah lagi, dia adalah 'teman lelaki' Fatin yang aku terserempak di tandas semalam. Riak wajahku mula berubah. Seraya aku membentukkan genggaman penumbuk. Ikutkan hati ingin saja aku melepaskannhmya deras ke arah mukanya yang ala-ala K-Pop itu.
"Thanks bro, nak cepat tadi" kata lelaki dan terus berlalu daripada pandanganku.
"Kau okay ke?" tegur Khairi dalam keadaan kemusykilan.
"Jantan tu... "ujarku.
"Kenapa dengan dia?" tanya Khairi.
"Dia lah yang dengan Fatin malam tu" balasku.
End of flashback
Setelah tamatnya sesi kuliah pada keesokan harinya, aku, Khairi, Paan dan Fikri berjalan pulang ke kolej. Tidak seperti semalam, kuliah hari ini habis agak lewat. Aku memerhatikan jejarum jam tanganku sudah menunjukkan pukul 6.05 petang. Kami melalui kawasan kompleks sukan dan kebiasaannya waktu-waktu begini tempat itu dipenuhi oleh para pelajar untuk bersenam dan bersukan.
"Hang takdak training ka petang ni?" tanya Paan kepada Khairi yang sememangnya atlet olahraga universiti.
"Minggu ni takde, coach aku cuti" balas Khairi. Paan mengganguk faham.
"Hah, baru aku teringat. Tadi Hana ada ajak main badminton malam ni. Dia dah booking court" Fikri mencelah dengan mengajak turut serta bermain badminton di court yang ditempah oleh Hana a.k.a teman wanitanya. Hana juga merupakan teman sekelas dengan kami.
"Ehh.. Malam ni tak free lah. Aku dengan Akmal nak kena siapkan assignment multimedia" ujar Khairi.
"Ohh ya betul lah. Sorry guys. Esok nak kena submit. Korang dah siap ke?" tanyaku pada mereka berdua.
"Dah siap lama dah haih" balas Paan dengan gelagat riaknya.
"Ohh okay. Kalau camtu aku dengan Paan je la yang main malam ni. Kau boleh join kan?" Fikri menyambung sambil bertanya kepada Paan. Paan membalas dengan memberi isyarat tangan 'alright' kepada Fikri. Sesampai di kolej, kami pulang ke bilik masing-masing.
Flasback continued
Aku dan Khairi masih lagi berlegar-legar di PC fair. Suasana di Dewan Angsana sudah mula dipenuhi oleh para mahasiswa. Ramai juga lah yang tidak pulang ke kampung halaman hujung-hujung minggu ini.
"Khairi, kau tengok-tengok lah dulu. Aku nak pergi tandas jap" aku meminta izin untuk ke tandas yang terletak di luar dewan. Khairi mengangguk.
Sesampai di tandas, aku terus menerpa ke bilik paling hujung sekali. Aku mengeluarkan batangku daripada celah zip jeans lalu melepaskan hajatku. Kedengaran bunyi 'flush' dari tandas sebelah dan pintu dikuak. Tidak lama selepas itu, kedengaran pula bunyi air yang keluar dari pili sinki. Selesai menunaikan hajatku, aku beredar keluar dari bilik tandas. Aku sekali lagi dikejutkan dengan lelaki sebentar tadi.
"Ehh bro lagi, sorry tadi terlanggar ye. Saya sakit perut tadi." tegur lelaki itu setelah melihatku keluar dari bilik tandas hujung melalui imbasan cermin.
"Hmm.. Okay" aku menjawab ringkas dan dalam masa yang sama aku cuba untuk mengawal kemarahanku. Lelaki itu kemudiannya beredar keluar dari tandas. Tidak lama selepas itu, aku pula keluar untuk mencari Khairi yang mungkin masih dengan pencarian pendrivenya. Tiba di lobi Dewan Angsana, kelihatan Khairi sedang menungguku sambil menjinjing plastik yang berisi sesuatu. Kemungkinan dia sudah menjumpai 'pendrive' yang dicarinya.
"Jom Mal balik. Aku dah jumpa pendrive" ajak Khairi yang mengangkat tinggi plasrik yang dijinjingnya. Aku mengangguk setuju. Tiba-tiba langkahku terhenti, mataku tertumpu kepada kelibat seorang gadis yang berdiri tidak jauh dari kami. Gadis itu kemudiannya didatangi oleh seorang lelaki, lelaki yang sama yang telah melanggar bahuku tadi dan lelaki yang sama ku terserempak di dalam tandas tadi. Tidak syak lagi gadis itu ialah Fatin dan mereka adalah sepasang kekasih. Aku menarik lengan Khairi untuk lekas meninggalkan Dewan Angsana. Perlakuan spontanku itu membuatkan Khairi tersentak kehairanan. Dia kemudiannya menyusun langkah laju mengekoriku dari belakang.
End of flashback
Aku mengetuk pintu apabila sesampainya di hadapan kamar Khairi. Khairi membuka pintu dan menjemputku masuk. Kelihatan Khairi hanya berseorangan tanpa kelibat roomatenya Zain. Khairi sudah pun memulakan assignment Multimedia sementara menunggu aku sampai. Aku kemudiannya meletakkan barang-barang study bersebelahan meja Khairi. Untuk tugasan ini, aku hanya menolong untuk mendokumentasikan tugasan video ini manakala Khairi sebagai video editor. Kami pun memulakan perbicangan ringkas untuk selesaikan apa yang tertangguh untuk tugasan ini.
************************************
Tamat sudah 3 episod, next episod gonna be fun 😊. Don't forget to click ⭐ if you like it and do comment also so I can improve my writing 👍
YOU ARE READING
TERJEBAK MEREBAK (Completed)
RomanceKisah perkenalan aku dan dunia songsang. [Matured Content]