Episod 26

3.1K 108 4
                                    

Pagi yang agak nyaman hari ni. Udara dingin dari luar jendela memenuhi ruangan bilik kamarku. Fauzi kulihat masih lagi berselimut litup menikmati kedinginan suasana pagi ini. Aku menyarung kasut Sketchers milikku dan mengikat rapi tali dengan kemas. Lalu aku mengatur langkah keluar dari kamar untuk joging di sekitar halaman kolej. Hujung minggu sebegini ramai jugak yang meluangkan masa dengan membuat senaman pagi. Ada yang memenuhi kompleks sukan untuk bersenam. Tetapi aku memilih untuk hanya berjoging bersendirian di sekitar kolej sambil melihat persekitaran. Kerapkali juga aku menyertai marathon yang dianjurkan oleh mana-mana pihak tertentu. Selain ia dapat meningkatkan stamina, ia juga bagus untuk kecerdasan fizikal dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Setelah hampir 5km berdasarkan tracker yang telah diset di jam tanganku, aku pun menghentikan larian. Aku menarik nafas perlahan-lahan bagi mendapatkan oksigen yang secukupnya. Aku terus ke cafe bagi mendapatkan sarapan pagi. Sesampai saja aku di cafe, aku ternampak kelibat seseorang yang kukenali.

"Fikri!!" tegurku pada Fikri yang sedang leka memilih juadah sarapan yang terhidang di cafe.

"Eh Mal, err sorang je ke?" ujar Fikri yang melihat sekelilingku kelihatan seperti menghindari sesuatu.

"Kau kenapa Fikri? Tak datang kelas.
Kau okay ke?" soalku lagi.

"Aku... Aku okay je." balas Fikri ringkas.

"Kalau ada apa-apa masalah, ceritalah dengan aku, mana tahu aku boleh bantu" jelasku pada Fikri.

"Takde apa pun, aku cuma rasa kurang sihat sikit" ujar Fikri.

"Betul ke ni?" soalku.

"Ye ye betul." jawabnya.

"Does it have something to do with Hana?" soalku. Fikri kemudiannya hanya tertunduk.

"...or Paan?" Fikri terus memandangku apabila nama Paan kuseru.

**********

Aku menguak pintu bilikku dan mendapati Khairi berada di dalam bilikku, sedang baring di sebelah Fauzi sambil menonton sesuatu dari telefon Fauzi.

"Eh, Khairi? Kau pun ada sini." tanyaku.

"Haa Akmal. Baru balik jogging ke?" respon Khairi.

"A'ah baru balik jogging" balasku.

"Oh, apasal tak ajak sekali" tanya Khairi sambil matanya masih lagi tertumpu pada paparan skrin telefon Fauzi.

"Saja tak nak kacau kau lagipun kau kan masih belum fully recover kan" jelasku.

"Alah, setakat jogging je takde problem. Aku pun dah nak start training next week" ujar Khairi.

"Oh ye ke? Takpelah next time kay. Korang tengok apa tu?" tanyaku pada Khairi.

"Ni tengok video lawak yang aku tunjuk kat kau tu semalam" respon Fauzi sambil menunjukkan paparan skrin telefonnya padaku.

"Ohh, ingatkan tengah tengok blue... " ujar sahajaku.

"Ish mana ada. Kalau tengok blue, mesti kami dah buat macam ni." balas Khairi sambil menunjukkan isyarat tangannya di dalam seluar. Kami kemudiannya ketawa serentak. Pandanganku beralih ke arah Fauzi untuk melihat responnya. Dia hanya tersengih kecil.

Aku kemudiannya membaringkan kepala pada bantalku untuk berehat seketika sebelum membersihkan diri. Fikiranku teringatkan perbualan bersama dengan Fikri sebentar tadi.

"Maybe lepas aku cerita ni, kau dah tak nak dekat dengan aku, kau akan rasa jijik dengan aku" - F
"Kenapa plak? Okay, try me." - A
"Hmm... Aku sebenarnya tak tahu macam mana nak explain Mal, jadi segan plak aku" - F
"It's okay, take your time" - A
"Aku nak tanya kau, apa pendapat kau kalau seseorang itu dah bertukar naluri" - F
"Tukar naluri? Maksud kau, minat dari perempuan ke..." - A
"Ya, perempuan ke lelaki" - F
"Okay macam ni ya, aku just bagi aku punya pendapat, bagi aku perasaan yang timbul itu nyata walaupun aku akui ia memang menyalahi hukum fitrah, tapi kalau seseorang itu memaksa dirinya untuk kembali kepada fitrah yang asal, ia cuma akan menyeksakan jiwanya saja.  Kita tidak boleh menilai seseorang itu melalui kecenderungan nalurinya, kita harus melihat dari sudut bagaimana dia boleh cenderung ke arah itu. Aku tahu kebanyakkan orang tidak dapat menerima hal ini, namun aku percaya yang seseorang itu pasti akan kembali pada naluri asal, cuma ia mungkin mengambil sedikit masa." - A
"Wow, what a view. Seriously aku tak except langsung yang kau akan react macam tu. Cepat dan padat. Macam cakap based on experience je hmm.. " - F
"Dah, jangan nak ubah topik plak. Seseorang itu... kau ke?" - A
"Emmm actually... Yes." - F
"So means now you are attracted to boys?" - A
"Firstly, not like sexually attracted lah. More to personality attracted i guess. And second, not any boy, just one." - F
"Paan?" - A

"Mal!!" panggilan Khairi membuatkan aku tersedar dari lamunan.

"Pergilah mandi. Japgi kita nak pergi library kan." sambung Khairi lagi.

"Okay jap dua minit" responku. Aku bangun perlahan dari baringanku dan duduk diatas katil buat seketika. Pandanganku tertumpu pada Khairi dan Fauzi yang masih lagi 'berkepit' menonton video. Entah mengapa timbul sedikit perasaan cemburu dan tidak selesa apabila melihat mereka sebegitu. Aku terus ke loker untuk mencapai toiletries dan towel dan terus mengorak langkah ke bilik air.

**********

"Khairi, semalam kau ke yang bayarkan makanan aku di cafe?" tanyaku pada Khairi ketika dalam perjalanan menuju ke library.

"Eh mana ada. Kenapa?" tanya Khairi.

"Entahlah. Ada orang tolong bayarkan makanan yang aku beli." jelasku.

"Takkan kau tak perasan siapa yang bayarkan." ujar Khairi.

"Tak, semalam aku tinggalkan kejap pergi bookstore. Time nak bayar tu brader tu kata dah ada orang tolong bayarkan." jelasku.

"Oh patutlah" respon ringkas Khairi.

"Khairi, kau duduk dulu. Aku nak pergi cari reference jap" ujarku pada Khairi apabila sesampainya kami di library. Khairi memberikan isyarat tangan 'alright' padaku. Aku terus berjalan menuju ke lorong untuk mencari rujukan untuk subjek Ketamadunan Islam. Sedang leka aku mencari, aku menyedari yang aku didatangi seseorang.

"Akmal" tegurnya. Aku terus mengalihkan pandanganku terhadapnya.

"Ehh.. Sayyyg... Fatinnn" terkejut aku apabila melihat bekas kekasihku, Fatin Amira berdiri dihadapanku. Hampir tidak sengaja aku memanggilnya dengan panggilan 'Sayang' kerana sudah terbiasa.

"U sihat?" soalnya.

"Alhamdulillah. How bout you?" Soalku kembali. Fatin hanya terdiam bisu apabila aku mengajukan soalan itu.

"Fatin, are u okay?" soalku lagi. Fatin hanya menunduk kepalanya dan mula mengesat air matanya yang mula bergenang.

"Heyy, kenapa ni? Tell me." pujukku.

"Nothing, I just... miss u" balasnya.

"Fatin, yang lepas tu dah lah er... Janganlah nangis-nangis." ujarku.

"Can we.. hangout some time?" soal Fatin.

"Hmmm.. Okay" aku membalas.

"Don't get me wrong. Just normal hangout, we're still friend aren't we?" jelasnya apabila melihatku seperti teragak-agak untuk jawab.

"Yes for sure." jawabku pantas.

"Thanks Akmal. U still guna nombor yang sama kan?" tanya Fatin.

"Yup yup" balasku.

"Okay, I'll text you later ya" ujar Fatin. Aku membalas dengan isyarat tangan 'good' pada Fatin. Dia pun mula untuk beredar dariku.

Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu.

"Btw thanks for the treat." sengaja aku mencuba nasib untuk mendapatkan jawapan gerangan siapakah yang membayarkan makananku malam semalam.

"Treat? Oh ya.. How did you.. Nvm, it's nothing lah, just take it as tanda minta maaf ya. I truly am." jelas Fatin sambil menunjukkan isyarat tangan 'minta maaf' padaku.

"Okay, I pun sama. Kosong kosong ya." balasku.

"Ok, kosong kosong." respon Fatin.

Jangkaanku tepat sekali. Memang Fatinlah gerangan yang membayarkan makananku semalam.

************************************

SEE.

I told you so.

I am really back.

Thanks for your support on my story.

Keep voting and sharing to any kind media platform you want to.

Thanks again.

TERJEBAK MEREBAK (Completed) Where stories live. Discover now