Deruman enjin kereta Axia kedengaran ketika menyusuri keluar dari pintu pagar rumah Khairi. Aku dan Khairi hanya melambai dari belakang dan disambut oleh hon kecil yang dibunyikan Paan. Aku dan Khairi kemudiannya menyusun langkah masuk ke dalam rumahnya.
"Akmal" tegur Khairi.
"Ya" sahutku.
"Hah, ceritalah pasal breakup tu. Macam mana boleh breakup?" soal Khairi.
"Hmm.. Thing's not working out, bro" balasku.
"Kenapa Mal? Dia ada confess ke pasal dia dengan lelaki tu?" tanya Khairi.
"Dia taklah confess, tapi aku rasa dia cuba nak tipu aku. Dia kata lelaki tu cousin dia. Kalau kau, kau boleh percaya ke?" tanyaku.
"Cousin dia? Yee ke? Tak nampak macam cousin pun, rapat semacam ja tengok malam tu. Lagipun takkan dia tak pernah bagitahu yang dia ada cousin yang study situ" balas Khairi.
"Exactly. Aku react the same reaction like yours dekat Fatin. Dia tiba-tiba speechless bro." ujarku.
"Hmm, so betul lah dia curang." ujar Khairi.
"Ya, then aku terus ambil keputusan untuk breakup." ujar ku.
"Oh, means kau lah yang end. Patutlah aku tengok post dia macam frust menonggeng. Tapi aku tengok kau relaks je." kata Khairi.
"Tipu lah kalau aku cakap aku tak sedih. Hmm.. Tapi entahlah bro, aku rasa macam relieved sikit." kataku.
"Khairi!" tegur Mak Wan tiba-tiba.
"Ya, Mak Wan." sahut Khairi.
"Makanan tengah hari Mak Wan dah siapkan. Nanti ajak lah Akmal makan sama-sama." jelas Mak Wan.
"Orait Mak Wan. Nanti kitorang lapar, kitorang makan. Sekarang ni pun masih kenyang lagi nasi lemak pagi tadi." ujar Khairi.
"Oh ya ka. Mak Wan sengaja siapkan awal sebab nanti petang Mak Wan nak pergi pekan sekejap. Nak 'bankin' duit dekat Faisol." jelas Mak Wan. Mendengar penjelasan itu, Khairi memberi isyarat 'alright' kepada Mak Wan. Mak Wan pun berlalu pergi ke biliknya.
"Siapa Faisol?" tanyaku kehairanan setelah mendengar Mak Wan ada menyebut nama itu sebentar tadi.
"Oh Faisol, anak bongsu Mak Wan." jawab Khairi.
**********
Aku mengenakan tuala di pinggang sebelum keluar dari bilik mandi. Mandian 'heater shower' cukup menyegarkanku di malam-malam begini. Aku kemudiannya mengesat rambutku dengan tuala sambil melihat cermin. Aku meneliti tubuh badan kedingku yang memerlukan sedikit protein untuk menaikkan berat badan. Aku mencapai hair dryer yang disediakan di atas meja. Aku sebenarnya tidak pernah menggunakannya seumur hidup tapi alang-alang dah ada di situ, aku ingin untuk mencubanya. Aku menghidupkan hair dryer itu dan menghalakan ke arah rambutku. Bunyi dari hair dryer tersebut membuatkan aku tidak dapat mendengar apa-apa selain darinya. Setelah rambutku kelihatan sudah kering, aku mematikannya.
"Wuuuu... Seksinyaaaa." tiba-tiba saja aku mendengar teguran daripada Khairi. Aku terus memaling ke belakang.
"Eh Khairi! Bila masa pula kau ada dalam bilik ni?" tanyaku kehairanan.
"Haha.. Aku ketuk pintu takde yang menyahut. Then aku dengar bunyi bising hair-dryer tu, so aku assume kau tak dengarlah. Tu yang aku terus masuk tu." jelas Khairi.
"Ohh haha. Serius aku tak perasan kau ketuk pintu. Sorry ya Khairi, aku guna hair dryer tu tak minta izin dulu." ujarku.
"Ehh, tak payah minta izin pun. Memang hair dryer tu untuk kegunaan tetamu pun." balas Khairi.
YOU ARE READING
TERJEBAK MEREBAK (Completed)
RomanceKisah perkenalan aku dan dunia songsang. [Matured Content]