Episod 29

2.9K 102 6
                                    

"Hi Fatin" tegurku pada seorang gadis yang sedang duduk di sebuah restoran.

"Hi Akmal, duduklah" jemputnya.

"Dah lama ke sampai?" tanyaku.

"Tak lah, baru je." balasnya.

"Oh ye ke. U datang dengan apa?" soalku.

"Datang dengan kawan tadi. U plak datang dengan apa?" soal Fatin kembali.

"Driver I hantar tadi." jawabku.

"Driver? Wow, I didn't know you have..." ujar Fatin.

"Gurau je la. Datang dengan grab tadi haha" ujarku. Kami pun ketawa serentak.

"Anyway, you look awesome tonight" ujarku.

"Thanks, you too." respon Fatin.

"Shall we...?" tanyaku sambil menunjukkan menu yang terdapat di sisi meja.

"Oh ya, sure sure. Order lah apa you nak? I belanja malam ni." ujar Fatin.

"Betul ni?" tanyaku semula.

"Betul." ujarnya.

"Okay, kalau macam tu, I nak order semua yang ada dalam menu ni." usikku.

"Haha boleh habis ke semua?" ujarnya.

"Mestilah. Nampak ja perut kecil, tapi nafsu singa ni." ujarku sambil menepuk perutku. Kami hanya ketawa kecil selepas itu. Aku kemudiannya menekan button yang tersedia di atas meja untuk memanggil pelayan restoran. Tidak lama selepas itu, pelayan pun datang mengambil pesanan kami.

**********

"Bang, turun sini ye." ujarku kepada driver Grab untuk menurunkan aku dan Fatin. Lalu abang driver Grab pun memberhentikan keretanya dan menurunkan kami. Aku pun menghulurkan sekeping nota RM20 untuk tambang perjalanan dan menyuruhnya untuk menyimpan bakinya sebagai tip. Kemudian aku dan Fatin keluar turun dari keretanya.

"Thanks for tonight, sebab sudi keluar dinner dengan I" Fatin bersuara.

"No problem, I yang sepatutnya ucap thanks, sebab u yang belanja tadi kan" ujarku.

"Ish, tak de apa-apalah. Dulu u yang selalu belanja kan, why not this time I pula" ujarnya.

"Hehe, thanks taw. Jom, I walk you sampai kolej." aku mengajaknya. Kami pun mula berjalan pulang je kolej. Sesampai tidak jauh dari kolej siswi, kami pun berhenti seketika.

"Heyy Akmal, I am sorry for everything..." ujar Fatin sambil mencapai tanganku dan memandang ke arah mataku.

"Sshhh.. You kept saying it, how many time I told you, I already forgive u." ujarku.

Tiba-tiba saja, Fatin memeluk tubuhku erat di tempat awam ini. Aku yang terkejut dengan perlakuan itu, hanya mampu terdiam kaku membiarkan Fatin memelukku sambil mataku meliar mencari jika ada sesiapa yang memerhati. Tidak jauh dari kami, aku terpandang akan seseorang yang sedang duduk di atas kerusi batu, sambil melihat ke arah kami. Jika dilihatkan dari bentuk fizikal dan cara pemakaiannya, aku amat kenali si pemilik tubuh tersebut. Ya, itu adalah Fauzi. Tidak lama selepas itu, dia pun berganjak selepas menyedari aku pun turut memerhatinya. Aku tak tahu mengapa aku berasa berpuas hati sangat melihat reaksi Fauzi tersebut.

"Fatin, nanti orang tengok pula." ujarku sambil perlahan-lahan meleraikan pelukannya.

"Sorry Akmal, I tak sengaja. I just... " ujar Fatin.

"It's okay Fatin, we'll see later." ujarku.

"Akmal, I just wanna ask you something?" soal Fatin.

TERJEBAK MEREBAK (Completed) Where stories live. Discover now