Episod 6

6.2K 157 3
                                    

"Okay class. I have to go first. Please make sure to turn off the lights and switches before you leave." jelas Sir Azri sebelum bergegas meninggalkan kelas. Aku mengemaskan barangku ke dalam beg dan berjalan keluar dari bilik kuliah. Kali ini aku tidak ditemani Khairi kerana dia masih lagi memerlukan pemulihan. Selepas pemeriksaan di wad kecemasan tempoh hari, dia memilih untuk berehat di rumah saja memandangkan kecederaan yang dialaminya tidaklah begitu serius. Dia diberikan dua minggu cuti sakit berikutan insiden tersebut.

"Akmal!!! " pekik Fikri dari belakang. Aku menoleh memandang ke arahnya yang sedang berlari-lari anak bersama dengan Paan.

"Kau nak pergi melawat Khairi ke petang ni?" tanya Fikri.

"Itulah, aku pun ingat macam tu, tapi takde transport lah." balasku. Rumah Khairi terletak di Ampang, ia kira-kira 50 km daripada universiti kami.

"Jomlah ikut kitorang, naik kereta Paan" pelawa Fikri. Terkejut jugak aku dengan pelawaan itu kerana setahu aku Paan tidak memiliki kereta.

"Eh, bila masa pula kau ada kereta ni, Paan? Kereta baru err" usik aku.

"Haha, dak aih. Kereta kakak aku tu, dia bagi pakai dulu. Lagipun dia dok dekat-dekat sini ja. Kalau dia nak guna, aku pi la hantaq kat dia" jelas Paan. Kemudian kami bertiga pulang ke kolej masing-masing untuk berehat sementara menunggu petang.

**********

"Woaahh, besarnya rumah ni. Kau confirm ke ni rumah Khairi?" tanya Fikri padaku apabila sesampainya kami bertiga di hadapan sebuah rumah banglo mewah.

"Kalau ikut location yang Khairi hantar ni, kat sini lah" ujarku sambil meneliti aplikasi Waze pada telefonku.

"Hang try call dia tengok, betoi ka dak ni rumah dia" arah Paan. Aku terus menelefon Khairi bagi mendapatkan kepastian.

"Hello Khairi"
"Ya Mal, korang dah sampai ke?"
"Ya, kitorang dah sampai ni. Ada depan rumah kau ni?"
"Oh sekejap ya... Hmm, yang kereta Axia tu ke?"
"Ya ya, kereta Axia"
"Okay jap tunggu"
"Okay"

Tidak lama kemudian, pintu pagar rumahnya pun terbuka. Paan kemudian memandu masuk ke dalam rumahnya. Setelah berhenti di halaman rumah Khairi, masing-masing dalam keadaan teruja untuk menjejakkan kaki ke rumah mewahnya ini. Kemudian dari jauh kelihatan pintu dibuka oleh seorang wanita sambil menjemput kami masuk.

"Terima kasih auntie" ucap Fikri pada wanita tersebut. Setahu aku itu bukanlah mama Khairi.

"Sama-sama. Panggil je Mak Wan" ujar wanita tersebut.

"Mak Wan ni lah yang menjaga aku dari kecil lagi" tiba-tiba Khairi mencelah dalam keadaan terhenjut-henjut sambil bertongkat.

"Eh nak Khairi, kamu tu kena banyak berehat. Mari, Mak Wan bawa ke ruang tamu" ujar Mak Wan.

"Tak payah lah, Mak Wan. Sikit je ni. Lagipun apa function kawan-kawan saya ni datang, diorang boleh tolongkan." ujar Khairi. Kami bertiga ketawa kecil.

"Ishh kamu ni, tak baik lah usik diorang" tegur Mak Wan.

"Ehh, tak apa Mak Wan. Biar kami yang uruskan" ujarku.

"Okay lah kalau macam tu, korang berborak lah dulu ye. Mak Wan nak siapkan air" balas Mak Wan. Kami pun memimpin Khairi menuju ke ruang tamu rumahnya. Ruang tamunya agak besar dan mewah. Dilengkapi dengan perabot-perabot idaman setiap pemilik rumah. Kami bertiga sekali lagi teruja akan apa yang kami saksikan. Tidak sangka rupanya Khairi berasal dari keluarga yang kaya-raya sebegini.

"Mari kita duduk di sana" jemput Khairi sambil menunjukkan jarinya ke arah set sofa di ruang tamunya. Kami kemudiannya mengambil tempat duduk masing-masing di sofa tersebut.

"Macam mana keadaan kau sekarang?" tanyaku pada Khairi.

"Alhamdulillah so far okay je cuma ada bengkak sikit lah dekat bahagian tulang paha ni. Belum surut lagi." jelas Khairi. Khairi kemudiannya menceritakan kejadian sebenar yang berlaku pada kami.

"So, budak yang kau hampir langgar tu, macam mana keadaan dia?" tanya Fikri.

"Oh dia takde pape. Dialah yang telefon ambulan. Masa tu aku dalam keadaan separuh sedar. Aku arah dia maklumkan pada kenalan emergency yang dah aku save dalam telefon." jelas Khairi.

"Ya, masa aku sampai di wad kecemasan, dia pun ada menunggu Khairi. Tapi tidak lama lah, sebab dia ada hal selepas itu. Dia betul-betul rasa bersalah atas kejadian itu." celah aku.

"Habis tu, kereta hang macam mana weh? Rosak teruk ka?" tanya Paan.

"Teruk jugak lah papa aku cakap. Tapi dia dah uruskan semuanya." jawab Khairi.

"Jemput minum." celah Mak Wan sambil menghidangkan teh dan kuih-kuih.

"Eh, susah-susah je la Mak Wan. Terima kasih." ujarku.

"Sama-sama. Takde susah mana pun ni. Haa kamu nak Khairi, jangan cuba-cuba nak makan lagi ya. Kamu tu dalam pantang. Biar lega dulu." nasihat Mak Wan pada Khairi.

"Alaa, Mak Wan. Sikit je takkan tak boleh" usik Khairi.

"Jangan nak mengada-ngada ya." tegur sinis Mak Wan. Kami bertiga tersenyum melihat teletah Mak Wan dan Khairi. Perhubungan mereka begitu mesra sekali. Mak Wan kemudiannya beredar ke dapur.

"Haa Khairi. Mana mama dengan Papa kau?" tanyaku.

"Ohh, papa aku outstation. Mama aku waktu-waktu begini dekat butik lagi, malam baru balik." jelas Khairi.

"Ehh.. Mama hang ka pemilik butik Ariassa tu?" tanya Paan sambil menunjukkan jari ke arah gambar mama Khairi yang tergantung di dinding ruang tamu.

"Ya, tapi bukanlah pemilik tunggal. Ada beberapa orang lagi pemilik bersama." ujar Khairi.

"Ohh, patutlah rumah kau besar. Kau tak pernah cerita pun sebelum ni." ujar Fikri.

"Dah korang tak pernah tanya, takkan lah aku nak cerita dulu. " balas sinis Khairi.

"Besar-besar begini pun, kalau tinggal dua tiga orang je, tak meriah jugak." tambah Khairi lagi.

"Kau tak de adik beradik lain ke?" tanyaku.

"Ada. Dua dah kahwin, seorang lagi tengah study luar negara, then tinggal aku lah yang bongsu. Nak tunggu gather semua pun time raya ja la." jelas Khairi.

"So, kalau kau masuk belajar, tinggal mama dengan papa kau ja la?" tanyaku lagi.

"Hmm.. Macam tu la selalunya. Korang hujung minggu ni datang lah tidur sini. Adalah juga teman aku nanti, taklah sunyi nanti." ajak Khairi.

"Boleh ka?" tanya Paan teruja.

"Boleh je." balas Khairi.

"Kalau tak ada apa, insyaAllah kitorang datang nanti." ujarku.

"Aku tak boleh lah hujung minggu ni. Aku balik kampung. Kau dengan Paan je la." ujar Fikri. Tiba-tiba pintu rumahnya dikuak, kemudian kelihatan seorang wanita menyusuri masuk dari pintu tersebut.

"Eh mama, balik awal harini." tegur Khairi.

"Ya, mama ada annual dinner malam ni. Eh ada tetamu, Assalamualaikum. Kawan-kawan Khairi ke?" ujar mama Khairi.

"Waalaikumsalam, auntie. " jawab kami bertiga serentak.

"Ye, kitorang kawan sekelas dengan Khairi." ujar Fikri.

"Oh, macam tu ye. Jemputlah minum ye. Buatlah macam rumah sendiri. Auntie minta diri dulu." ujar mama Khairi.

"Mama, hujung minggu ni diorang nak datang tidur sini boleh tak?" jerit Khairi pada mamanya yang sedang menyusun langkah di anak tangga rumahnya.

"Haa, baguslah tu. Mama nak kena pergi roadsbow di Labuan hujung minggu ni." jelas mamanya.

************************************

How was the episode? Okay tak? So, this episode is merely about info pasal keluarga Khairi. Kalau suka episod ni, click the voting⭐ down below. Stay tuned for the next episodes.👍

TERJEBAK MEREBAK (Completed) Where stories live. Discover now